Siapa yang suka kuah kacang boleh cuba buat resipi ini. Ikut langkah yang betul gerenti menjadi.Kuah kacang ni ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sikit. Sedap bila tergigit.Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.
Sambal Kacang Daging
Bahan-bahan:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis
1.Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2.Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
Ads
3.Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4.Masukkan kacang tanah ,daging dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
Ads
5.Masukkan gula Melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tip:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Buat sendiri bawang goreng memang lagi sedap. Rasanya lain daripada yang kita beli. Bila tabur nasi goreng, soto, lauk dan sebagainya aroma dan rasa bawang garing ini terus membangkitkan selera.
Tapi nak dapat bawang goreng yang betul-betul rangup dan tahan lama kena ada tekniknya. Dengan cara yang betul, bawang goreng bukan saja rangup bila baru digoreng, malah boleh tahan lama tanpa jadi lemau. Kalau buat sendiri di rumah, lebih jimat berbanding beli siap dalam botol.
Buat Sendiri Bawang Goreng Yang Sedap & Rangup
Bahan-Bahan
½ kg bawang (campur bawang merah rose & bawang biasa) – kupas & cuci
Tepung Bestari secukupnya
Tepung jagung (nisbah 2:1 dengan tepung Bestari, bawang berair tak perlu tambah air)
Minyak masak secukupnya
Cara Penyediaan
1. Kupas bawang, kemudian hiris nipis menggunakan pisau tajam atau penyagat untuk hasil yang sekata.
2. Gaulkan bawang yang telah dihiris bersama campuran tepung Bestari dan tepung jagung. Pastikan bawang bersalut rata.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang yang telah digaul tepung tadi menggunakan api sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya hirisan bawang tidak melekat antara satu sama lain.
5. Bila bawang bertukar warna keemasan, segera angkat dan toskan atas tisu dapur supaya lebihan minyak diserap.
6. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tip Rangup, Tahan Lama, Tak Lemau
Hiris sekata: Ketebalan bawang yang sama penting untuk elakkan ada yang hangus atau ada yang masih lembik.
Jangan tunggu terlalu coklat: Angkat bila masih keemasan kerana bawang akan terus masak dengan haba minyak yang tinggal.
Guna bawang jenis kering: Bawang merah ros lebih sesuai kerana rasanya manis dan hasil gorengan lebih rangup.
Simpan dalam bekas kedap udara: Pastikan bawang sejuk betul sebelum simpan untuk elak wap yang boleh buatnya lemau.
Boleh jemur dulu: Untuk hasil lebih rangup, ada juga yang menjemur bawang hiris sekejap sebelum digaul tepung.
Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Tak lengkap hidangan setiap hari tanpa adanya sambal. Kalau nak tahu, Sambal Belacan Kenduri Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi. Kalau pernah rasa makan kenduri di Kelantan, ha…inilah sambalnya. Sekali buat dalam jumlah yang banyak kerana sambal ini boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama disimpan lagi sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ruby Suhana Said ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI SAMBAL BELACAN KENDURI KELANTAN
BAHAN-BAHAN: 4 biji bawang holland – dibakar/ panggang – beli online disini 1 labu bawang putih – dibakar/ panggang – beli online disini 4 biji tomato – dibakar/ panggang 6 biji cili merah 1 genggam cili api – ikut tahap pedas masing-masing 8 biji limau kasturi – kisar bersama kulit 1 cawan cuka – beli online disini 2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek) – beli online disini 4 sudu makan gula putih – ikut tahap manis digemari Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Bakar atau panggang bawang holland, bawang putih dan tomato.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dibakar dan bahan-bahan lain ke dalam pengisar.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air. 4. Biarkan sambal beberapa jam di dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam balang.
5. Jika buat dalam kuantiti yang banyak, simpan sambal da;am peti sejuk supaya tahan lebih lama.
INFO: Sambal Kelantan tidak menggunakan belacan dan tidak perlu letak air masa kisar.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.