Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
Untuk penggemar petai, enam koleksi resipi menarik ini yang boleh kita masak nanti:
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis ] kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Tumis dan goreng. Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis ] kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar ] hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis. Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL ] bersihkan
2 batang serai ] titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata.
4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Reneh. Keistimewaan: Pedas berlemak. Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
Bawang Putih (Hiris)
Bawang Holand (Hiris)
Petai (Belah dua)
Cili Api (Hiris)
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Resipi Ayam Masak Kicap ni memang ada pelbagai cara masak. Ada yang suka berkuah dan ada juga suka yang kering. Kali ini, kami kongsikan cara buat Ayam Masak Kicap versi kering yang dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. Katanya, lagi kering lagi sedap. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AYAM MASAK KICAP KERING
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
½ biji bawang Holland
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau dipotong kasar lalu ditumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil supaya lebih cepat masak. Boleh juga gunakan bahagian lain seperti dada.
3. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kicap lemak manis. Jika tak suka manis, gunakan kicap lemak masin. Sentiasa gaul ayam.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Sos-sos ini membantu memekatkan kicap. Gaul hingga sebati.
5. Boleh tambah garam jika tidak masin. Biarkan kuah memekat. Boleh masukkan sedikit bawang Holland.
6. Bila kuah dah kering, boleh masukkan daun bawang atau apa sahaja daun yang ada di dalam peti sejuk. Barulah nampak lebih menyelerakan.
Kalau anda ingin berniaga cari duit tambahan di musim PKP ni, tapi tak tau nak niaga apa di kawasan kejiranan. Anda boleh cuba buat kuih Lompang Pandan, cara buat mudah dan rasa pun sedap. Mula-mula cuba dulu untuk makan sendiri, kalau menjadi dan sedap bolehlah jual. Resipinya ada di sediakan di bawah ini ye..
LOMPANG PANDAN BAHAN-BAHAN A: 3 cawan air 3/4 cawan gula pasir 2 helai daun pandan.
Masak gula dengan air, masukkan 2 helai daun pandan sekali.
Gula hancur dan didih, tutup api dan sejukkan. BAHAN B: 2 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 1 cawan air pati daun pandan Sedikit pewarna hijau star brand Sedikit kapur sireh Sedikit garam halus
CARA MEMBUAT:
Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk besar.
Masukkan 1 cawan air pati pandan dan 3 cawan air gula yang dah sejuk tadi. Kacau-kacau sebati.
Masukkan sedikit garam halus dan kapur sirih.
Masukkan sedikit pewarna hijau sekiranya warna bancuhan kurang cantik. Kacau hingga semua larut kemudian tapiskan.
Sementara tu panaskan kukusan.
Oles minyak dalam acuan lompang terlebih dahulu.
Setelah air medidih, panaskan sekejap acuan lompang terlebih dahulu.
Kemudian kacau-kacau dulu bancuhan tepung tadi sebelum tuang ke dalam acuan.
Tutup pengukus dan kukus la dalam 10 ke 12 minit dengan api sedang.
Sejukkan kuih lompang dahulu baru la boleh dicungkil keluar.
Ulang proses yang sama hingga bancuhan habis.
Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sebentar supaya tak mudah basi.
INFO: Air gula mesti sejukkan dahulu, bancuhan kena sentiasa dikacau dahulu sebelum tuang ke dalam acuan. Sukatan air gula mesti 3 cawan dan air pati pandan 1 cawan.
Kredit :Rozza Roha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!