Sambal Balado Ikan Tongkol lauk yang buat nasi cepat habis. Gabungan ikan tongkol goreng garing di luar, lembut di dalam, bersama sambal merah yang pedas, wangi dan berlemak minyak ni memang padu betul.
Asalnya dari dapur Minang, tapi di Malaysia, versi ni dah disesuaikan ikut cita rasa kita lebih pekat, lebih manis, dan cukup pedas untuk buat berpeluh tapi tak berhenti makan!Kalau tengah fikir nak masak lauk simple tapi nampak “effort”, ini resipi yang confirm buat satu rumah bertambah nasi
SAMBAL BALADO IKAN TONGKOL
BAHAN KISAR KASAR:
3 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
BAHAN IKAN TONGKOL GORENG:
1 ekor ikan tongkol – potong kecil
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
Ads
BAHAN LAIN:
minyak untuk menumis
1 biji bawang merah – hiris dadu
1 cawan air
¼ nisse/gula melaka
2 sudu besar sos tomato
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Ads
Tip Dapur RASA Supaya Balado Lebih Sedap
✨ Guna ikan tongkol segar, tekstur dagingnya lebih manis dan tak hancur masa digaul. ✨ Kisar kasar sambal — tekstur tu yang bagi rasa “kampung” sebenar. ✨ Kalau nak aroma wangi khas Minang, boleh tambah daun limau purut atau serai diketuk masa menumis. ✨ Untuk tahan lama, goreng ikan lebih garing dan pastikan sambal benar-benar kering sebelum disimpan.
Hidangan Sempurna Untuk Nasi Panas
Sambal balado ikan tongkol ni sesuai digandingkan dengan nasi putih panas, telur dadar rangup, dan sayur ulam atau timun segar. Gabungan pedas, masin dan manisnya buat siapa pun tak boleh berhenti suap! Kalau nak buat versi bekal, lauk ni pun tahan lama dan makin sedap bila sambal dah meresap ke isi ikan.
Kalau hari ni tak tahu nak masak apa, sambal balado ikan tongkol ni jawapannya. Simple, bahan pun senang cari, tapi rasanya tak kalah dengan lauk restoran Minang! Pedas, berlemak, dan wangi, lauk ni confirm buat nasi tak cukup satu pinggan.
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asam pedas adalah masakan Melayu yang cukup popular dengan gabungan rasa masam dan pedasnya. Ada pelbagai jenis asam pedas seperti Asam Pedas Johor, Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Nyonya, Asam Pedas Utara dan banyak lagi. Bagi anda yang sukakan hidangan ini, bolehlah cuba.
1. IKAN TONGKOL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol | potong kecil
2 batang serai | diketuk
1 sudu makan kicap manis
Sedikit belacan | dibakar
2 biji tomato | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris bulat
4 sudu makan kacang tanah tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji cili padi
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK: 1. Ikan dilumur dengan garam serta kunyit. Goreng hingga garing. 2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang-bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 3. Masukkan belacan, cili padi dan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan serai, kicap, air asam jawa, garam dan juga gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih. 5. Selepas itu, masukkan ikan, tomato, bawang besar dan kacang tanah. Kacau rata. 6. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Pastikan cili betul-betul masak sebelum dimasukkan air asam jawa.
2. SOTONG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong sederhana besar | bersihkan dan potong kecil
20 tangkai cili kering | dikisar
10 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
2 batang serai | dititik
200gm asam jawa | dicampur air dan ditapis
1 biji buah tomato | dicincang halus
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 2. Masukkan cili kering dan serai. Tumis sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. 4. Akhir sekali, masukkan sotong dan gaul hingga rata. Biar sehingga sotong masak. 5. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Cili kering boleh digantikan dengan cili boh.
3. ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam
3 batang serai | dititik
1 pokok daun ketumbar | dihiris
1 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
1 biji terung | dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
2 biji buah keras
3 biji tomato
2cm belacan | disangai
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga isi ayam lembut dan cili kelihatan pecah minyak. 3. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, air asam jawa. Biarkan seketika barulah dimasukkan air. 4. Sesuaikan rasa dengan menambah garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih sehingga isi ayam benar-benar empuk. 5. Masukkan daun ketumbar dan terung. Biarkan mendidih seketika. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF:Jika kurang gemar aroma belacan, abaikan bahan tersebut.
4. ASAM PEDAS TUMIS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri
3 sudu makan cili kisar
5 biji bawang merah | dikisar halus
4 ulas bawang putih | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
2cm belacan | disangai
2 batang serai | dititik
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 biji tomato | dibelah empat
1 cawan air asam jawa
5 batang bendi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar, belacan dan serai sehingga pecah minyak. 2. Tuang air asam jawa dan air. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Gaul rata. 3. Setelah kuah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehinga masak. 4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Apabila kuah kelihatan pecah minyak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Tumis cili menggunakan api perlahan dapat menghasilkan rasa asam pedas yang enak kerana rempahnya masak dengan sekata.
5. ASAM REBUS IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan selar
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan potong kecil. 2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih. 3. Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. 4. Siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan ikan kembung.
6. KEMBUNG MASAK REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | dibelah dua
4 sudu makan cili kering kisar
4 cm lengkuas | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan | dikisar
6 batang bendi
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 biji buah tomato | dibelah empat
4 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk diikuti cili kisar dan bahan lain yang telah dikisar. Biarkan sehingga agak mendidih. 2. Kemudian masukkan ikan, asam gelugur, daun kesum diikuti garam serta gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehingga sayuran menjadi lembut. 4. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain dikisar, bawang merah, belacan, lengkuas dan bawang putih boleh juga ditumbuk kasar. Ia memberikan lebih rasa pada masakan.
7. UDANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
2 tangkai daun kesum
1 biji tomato | dibelah empat
Air secukupnya
1 cawan air asam jawa
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2cm halia
2 biji buah keras
Sedikit belacan | dibakar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga garing dan wangi. 2. Kemudian masukkan udang dan biarkan sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih. 4. Tambahkan daun kesum dan tomato. Biarkan masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 5. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih masam, lebihkan jumlah air asam jawa.
8. KERANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi kerang rebus
8 biji cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris
2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Minyak untuk menumis
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. Kemudian masukkan kisaran cili merah. 2. Tambahkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam dan gula dengan secukup rasa. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan isi kerang dan air asam jawa dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain kerang, boleh juga menggunakan kepah.
Sedapnya Ikan Siakap Stim ni. Bagi yang kurang berselera makan atau tak tahu nak masak apa, menu yang dikongsi oleh saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah, sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah. Malah penggunaan sos tiram juga memberikan rasa yang lebih enak hinggakan anak-anak pun suka akan rasanya. Jom cuba masak.
RESIPI SIAKAP STIM CAMPAK-CAMPAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap sederhana besar – dibersihkan 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 3 sudu makan sos ikan – beli online disini 6 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini 2 inci halia – dipotong halus 1/2 biji bawang holland – dipotong dadu – beli online disini 1 biji tomato – dipotong dadu 1 batang serai – dihiris nipis 4-5 biji cili padi – dipotong halus 2 biji limau nipis Sedikit daun ketumbar Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Lumurkan garam dan gula pada ikan hingga rata.
2. Kemudian letakkan sos tiram. Sapu hingga rata di semua tempat termasuklah dalam perut ikan.
3. Hiris semua bahan rencah mengikut citarasa masing-masing.
4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Perah jus limau dan curahkan sos ikan.
5. Sedia untuk dikukus selama 30 minit. Dah siap!
6. Siakap Stim paling senang sedia untuk dinikmati.
Ikan Siakap Stim Limau Masak dalam kuali pun boleh jadi. Sedap macam kedai Thai tak perlu makan di kedai buat sendiri lagi puas hati.
Ikan Siakap Stim Limau
Bahan-Bahan:
Ikan siakap
Bawang putih
Cili padi
Halia
Limau nipis
Daun Ketumbar
Daun Limau Purut
Kiub Ayam
Sos ikan
Gula
Garam (bila perlu)
Cara-cara:
Hiris serong serai, halia panjang dan siat2 kan daun limau purut. Kemudian masukkan kedalam perut ikat tu. Korg refer laa gmbr.
Cincang bawang putih. Hiris cili padi. Hiris daun ketumbar. Perah Limau dan masukkan sos ikan ikot rasa korg. Kemudian masukkan sedikit gula dan daun ketumbar yg dihiris halus. Sye tak letak garam sebab sos ikan dah masin. Dah bancuh, ketepikan dulu ye.
Masukkan stok ayam/kiub ayam + air dalam kuali. Ikotlaa ske laa nak air bnyk mana.
Bila air stok ayam dah mendidih, masukkan ikan kedalam kuali. Kemudian tutupkan kuali tu.
Bagi yg pakai pengukus air stok ayam teros cmpur dgn ikan dan kukus terus mcm biasa. Tak perlu tggu stok ayam mendidih.
Biarkan ikan tu bersauna dalam 15-20min sehingga dia dah nmpk masak. Kalau tgk x msak lg, tambahlaa masa ye.
Kalau dah msak, korg masuklah ikan yg dah dimasak dgn air lebihan stok ayam tu ke dalam pinggan yg nak dihidang.
Then korg curah je bahan bawang putih + cili padi brsame sos ikan dan perahan limau tadi keatas ikan.
Hias laa ikan anda tu ikot suke korg. Mcm sye campakkan lebihan hirisan halia tadi dekat atas ikan tu. Korang kalau nak campak halia gitu, hiris laa halus lagi ye. Saya malas nak hiris halus lagi