Masak lemak cili padi ikan merah ini memang sedap. Seimbanig rasa lemak dan pedasnya. Digandingkan pula dengan kacang buncis. Kira dah tak perlu masak sayur berasingan. Lauk ini dah ada sayurnya. Jimat masa dan tenaga.
Masakan lemak cili padi ikan merah ini memang sedap. Nak masak pun tak susah. Apa salahnya hidangkan sajian ini untuk tetamu yang datang untuk kelainan?
Boleh cuba resipi ini ye.
Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Dengan Buncis
Bahan-bahan:
1 keping kepala ikan merah dan sekeping bahagian isi (cuci bersih)
Cara Memasak Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Dengan Buncis:
Mula-mula bersihkan ikan dengan pes asam jawa dan garam, biarkan kira-kira 10 minit. Kemudian bilas bersih.
Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga hancur.
Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk, diikuti santan. Kacau rata dan masukkan serai, asam keping dan tomato. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air.
Setelah kuah mula menggelegak, masukkan ikan.
Ads
Kemudian, masukkan pula hirisan kacang buncis dan tambah air kalau kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan selera masing-masing. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan mereneh. Setelah ikan masak dan buncis empuk, tutup api. Siap
1. Kisar semua bahan. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga kelihatan pekat sikit. 2. Kemudian, masukkan gula, garam dan perasa secukupnya. Bila rasa dah sesuai, tutup api.
Nampak sedap hidangan Ikan Tongkol Masak Kicap Berciliperkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauknya ringkas sahaja tapi mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menjamahnya. Menggunakan ikan tongkol sebagai bahan utama, menu ini juga boleh menggunakan ayam. Bahkan jika menggunakan ikan kembung, selar atau tenggiri juga sesuai. Jom cuba menu ni. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK IKAN TONGKOL MASAK KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan tongkol @ ikan aye Garam dan serbuk kunyit secukupnya 3 kuntum bunga lawang – beli online disini 1 keping asam gelugur Sedikit kicap manis – beli online disini Sedikit kicap masin – beli online disini 2 cawan air (untuk kuah) 1 sudu teh gula pasir – jika suka 1/2 sudu teh garam 1 batang serai – diketuk 3 senduk minyak masak Sedikit bahan perasa
BAHAN KISAR: 2 biji bawang besar 4- 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 sudu besar jintan manis – beli online disini 10-15 tangkai cili kering – beli online disini 1/2 cawan air
BAHAN HIASAN: 1 biji bawang besar – potong bulat 10 biji cili padi 1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ikan dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang dan serai hingga layu. 3. Masukkan bahan kisar, gula, garam, asam gelugur dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan garing. 4. Masukkan kicap manis dan sedikit kicap masin. Sukatannya biar kicap manis lebih dari kicap masin. Kacau. 5. Seterusnya masukkan air. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula ikan tongkol yang sudah digoreng tadi. 6. Biarkan kuah mendidih ganas dan kuah mula pekat. Kemudian bolehlah masukkan hirisan bawang, cili merah dan juga cili padi. 7. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Kalau kurang masin boleh tambah sedikit kicap masin. 8. Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili sedia untuk dihidang.
Ikan Lampam dan Talapia Merah memang diakui antara ikan air tawar isi putih yang sedap dan tidak hanyir. Selain goreng atau gulai, ini ada dua menu yang orang dulu-dulu selalu masak dan sangat sedap rasanya. Ini RASA kongsikan resipinya yang anda semua boleh cuba, memang tidak mengecewakan rasanya.
IKAN LAMPAM MASAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
Gaul rata dan sebati.
Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
Kukus ikan hingga masak.
Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.