1. Mula-mula, sediakan pucuk ubi dulu. Ambil bahagian pucuk sahaja ye. Saya tak potong-potong, jadi ambil daun yang pendek-pendek saja. Daun yang dah tua panjang semua reject ye, kang tercekik pula.
2. Rebus pucuk ubi. Saya rebus dalam setengah jam hingga sejam. Rebus lama sampai lembut. Dah rebus tu, angkat dan toskan.
3. Kemudian, sediakan itik. Potong itik jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Sedang-sedang saja.
4. Rebus itik dengan kiub knorr,thyme dan mild curry powder. Ini supaya nak bagi hilang bau dan sedap dimakan.
5. Rebus sampai boleh cucuk dengan garpu. Apabila daging sudah lembut, angkat dan toskan.
6. Kemudian, panaskan minyak. Goreng itik tadi sampai agak garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
7. Kemudian siapkan bahan-bahan balado. Saya guna ikan bilis sebagai pengganti belacan sebab ahli keluarga tak makan belacan. Bawang kalau nak lebihkan pun boleh.
8. Goreng semua bahan balado dalam minyak goreng itik tadi sampai layu. Hati-hati sebab cili boleh jadi ‘peluru berpandu’ bila panas. Dah layu tu, toskan dan kisar tanpa air.
9. Kemudian, tumis bahan kisar tadi sampai garing dan naik bau.
10. Masukkan perasa semua dan asam keping. Kacau rata. Bila sambal dah cukup rasa semua, masukkan itik.
11. Masukkan sekali pucuk ubi tadi. Kacau rata dan biar pucuk agak kering sedikit. Siap untuk dihidang.
Tengah berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) macam ni, ni la masa untuk mengajak dan mengajar anak-anak dan suami ke dapur. Sama sama gotong royong biar cepat masaknya. Jangan lupa check ibadat solat anak-anak.
Masak sama-sama dan zikir solat serta berdoa sama-sama, moga Allah cepat menghilangkan virus Covid-19.
Ni ada dua resipi telur puyuh dari dapur ibundo dan sambal tumis telur dari blogger terkenal Azie Kitchen ,berbaloi untuk dicuba.
1. BEBOLA DAGING TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya
Bahan bebola daging 400 gm daging cincang 1/2 biji bawang besar 1 sudu kecil lada hitam 1 biji telur sedikit serbuk stok ayam/daging sedikit garam 1 sudu besar tepung gandum 1 tangkai daun sup dicincang halus halus.
Bahan kuah : 2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 biji bawang besar dipotong bulat 2 biji cili hijau/merah 2 biji ubi kentang dipotong wedges 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air
CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan bebola daging di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan. 2. Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbuka, 3. Ulang langkah sehingga habis. 4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Cara masak kuah : 1. Goreng ubi kentang. Ketepikan. 2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sos-sos. Tambah sedikit air dan masukkan tepung jagung. 3. Masak hingga pekat. 4. Sebelum dipadamkan api, masukkan bawang besar, cili, kentang dan bebola telur puyuh.
Kredit : dapur ibundo
2. SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar – hiris 3-4 sb cili kisar Sedikit belacan Garam Gula Air asam jawa Telur – rebus, kupas & goreng
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
3. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
4. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan,
5. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
Seperti yang disiarkan dalam Astro Awani malam semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ada bertitah mengenai lauk kegemaran baginda Masak Taucu.
Jadi kalau ada yang teringin nak masak lauk pauk taucu bolehlah mencuba resipi yang min kongsikan ini. Tapi rasanya taklah sama dengan air tangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. Air tangan baginda tentulah lebih istimewa .
Namun keenakan tempias rasanya pastilah ada. Kalau nak tahu taucu adalah kacang soya yang telah direbus dan diperam. Digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Sebenarnya terdapat pelbagai variasi lagi lauk pauk sedap yang boleh masak menggunakan taucu ni.
TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri yang dah digoreng
1 inci halia – dihiris
4 biji bawang merah – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
Lada besar – dihiris panjang
Cili api
Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
3 sudu makan taucu
6 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
3 biji bawang merah – dipotong
3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
2 biji cili hijau – dipotong
2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
4 biji cili padi merah – potong halus
4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
Minyak untuk menumis
Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Sesiapa sahaja pasti menggemari resipi yang berkaitan dengan kentang. Apa kata kali ni cuba resipi sambal kentang yang disagat halus dan menghasilkan rasa rangup dan mudah dinikmati bersama dengan nasi, bubur atau ratah sahaja! Memang sesuai di buat stok untuk dimakan pada bulan puasa. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL KENTANG PEDAS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang size besar
10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
8 ulas bawang putih
1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
1 batang serai
5 helai daun limau purut hiris halus
4 sudu mkn gula pasir
Garam
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
Toskan hingga kering.
Panaskan minyak yg banyak hingga betul2 panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya klo kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kentang goreng & bawang goreng dan gaulkan dgn sambal hingga sebati.
Simpan dlm bekas bertutup rapat
NOTA : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika suka.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...