Ikan tongkol masak cuka ini memang sedap dan mampu merangsang selera. Makan nasi panas-panas memang sedap.
Selalunya ikan tongkol dimasak gulai atau masak kicap. Apa kata kali ini kita masak cuka pula. Nak tahu resipinya? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sabariah Bahasar ini ye.
Ikan Tongkol Masak Cuka
Bahan-bahan:
3-4 kepingan ikan tongkol
1 ulas bawang Holland (potong bulat) – boleh beli online di sini
Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng. Ketepikan.
Tumis bawang dan halia hingga naik bau.Masukkan cuka dan biji sawi. Tumis lagi.
Ads
Tuang air, masukkan hirisan cili api dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biar mendidih sebelum masukkan ikan. Gaul perlahan.
Kemudian masukkan hirisan bawang Holland dan cili hijau besar. Biar seketika. Tutup api. Siap.
Sedap betul bila dapat makan gulai darat ikan keli. Cuma bila tiba bab menyiang ikan tu, sedikit tersipu-sipu malulah kan. Namun demi resipi gulai ikan keli yang jarang-jarang sekali dapat ni, apa salahnya kan.
Perkongsian resipi daripada ZuLaily Hanim Lilly, betul-betul membuka selera makan tengahari. Kena pula lengkap dengan ulam-ulaman. Memang kenyang tak usah cakaplah. Jom kita cuba resipi sedap ni!
Sardin dalam tin tidak kurang enaknya kalau kreatif mengolah resipi. Selain sedap masak macam tu je, anda juga boleh cipta menu baru yang cepat, mudah dan sedap. Sangat sesuai buat ibu-ibu yang sentiasa sibuk atau buntu nak masak.
1. IKAN SARDIN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia | kisar
2biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
Kacau hingga kuah pekat.
Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
INFO CHEF: Hidangkan sardin bakar dengan sos berasingan atau dituang terus di atas ikan.
2. TELUR BUNGKUS SARDIN
BAHAN-BAHAN
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 – 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah kering, tutup api.
Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara mudah untuk terbalikkan telur dadar, tekapkan telur dengan piring atau pinggan di atasnya kemudian terbalikkan kuali. Telur akan masuk dalam piring dengan cantik.
3. IKAN MACKEREL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
4 biji bendi
1 biji tomato | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah dua
3 pucuk daun kesum
1/2 cawan air asam Jawa
Air secukupnya
2 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan ikan.
Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan dan daun kesum .
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api,
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan kacau selalu untuk mengelakkan isi ikan hancur.
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.