Raya bukan sehari ya, tapi sebulan wei..Tak chill la setiap kali tamu datang sama aje menunya. Untuk sajian yang lebih mantap, ni RASA kongsi 10 resipi lauk-pauk untuk hidangan Raya nanti.

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

Ni resipi warisan famili  Mok Teh  atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib dari Restoran Mok Teh Nasi Dagang, Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Rugi tak cuba…

1. AYAM MASAK MERAH MOKTEH

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 250 g cili boh

BAHAN A

  • 1 biji bawang besar |di hiris besar
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makansos cili
  • Sedikit air asam
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dibasuh bersih, gaul dengn garam dan kunyit, digoreng. Bila sudah masak, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang dihiris , tumis, bila garing masukkan cili boh dan teruskan tumis.
  3. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar, kemudian dimasukkan ke dalam kuali.Tumis hingga garing , kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan air asam.
  4. Tumis lagi hingga masak, masukkan garam dan gula.
  5. Apabila sambal ayam masak merah sudah masak, masukkan ayam yang digoreng tadi, masak kan untuk seketika.
  6. 6.Apabila dah cukup rasanya, boleh diangkat. Ketika menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan cili hidup ke atasnya.

Saiz hidangan: 6 orang.

Waktu memasak  30 minit.

Cara Memasak : Tumis dan reneh

Keistimewaan:  Enak dan pedas

2. DALCA DAGING CINCANG

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm kacang dhal
  • 250 gm daging cincang
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • I inci halia
  • 2 sudu makan cili boh
  • 5 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 2 batang terung
  • 20 urat kacang panjang
  • 2 biji cili hijau
  • 3 biji pisang muda(*optional)
  • ½ kilo santan
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa

CARA MEMASAK:

  1. Rendam kacang dhal hingga kembang dan Daging cincang dipotong kecil.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia dipotong halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali , kemudian masukkan bahan bahan yang dihiris tadi. Tumis hingga garing, masukkan cili boh,tumis, bila agak garing, masukkan rempah kari.
  4. Bila rempah sudah garing, masukkan daging cicang.tumiskan sebentar. Masukkan air, apabila mendidih masukkan kacang dhal.
  5. Sementara itu, Ubi kentang, lobak merah, terung dan kacang panjang dipotong ikut saiz yang disukai.
  6. Apabila mendidih, masukkan santan, masak lagi hingga mendiidih, masukkan ubi kentang.
  7. Bila ubi kentang agak lembut, masukkan terung. Masak sekejap, kemudian masukkan lobak merah dan kacang panjang. Kemudian masukkan garam dan sedikit air asam. Sebelum tutup api, masukkan cili hijau yang sudah dipotong.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Tumis dan reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

3. MASAK LODEH

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN A – KISAR

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 10 biji cili api hijau
  • 2 biji cili merah
  • 3 sudu besar udang kering

BAHAN B

  • 250 gm udang basah

BAHAN C

  • 2 keping tauhu basah
  • 2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng
  • 1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang
  • ½ biji sengkuang |dipotong
  • 15 batang kacang panjang |dipotong
  • 1 batang lobak merah |dipotong
  • 300gm kubis |dipotong
  • 1 kilo santan
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar.
  2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap
  3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika.
  4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng.
  5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Tumis dan reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

4. NASI TOMATO

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 750 g beras |ebih kurang 3 mug|

BAHAN A

  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji bawang merah |dihiris nipis
  • 1 inci halia | dihiris nipis

BAHAN B

  • 10 sudu makan tomato puree
  • 3 sudu makan susu cair
  • 2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan 4 mug air  dalam rice cooker. Hidupkan rice cooker, masukkan daun pandan.
  3. Panaskan minyak dan miyak sapi dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan A dan tumis sehingga garing, kemudian masukkan tomato puree dan teruskan tumis.
  4. Bahan bahan yang ditumis, dimasukkan kedalam rice cooker, teruskan memasak.
  5. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Apabila air mendidih masukkan beras yang dibasuh tadi. Bila nasi hampIr masak, letakkan daun ketumbar di atas nasi.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Tumis dan reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

5. PARU PARU LADA HITAM KELUARGA WAN

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg paru
  • 3 sudu besar lada hitam|dikisar halus
  • 2 kilo santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Paru direbus separuh masak. Sejukkan, kemudian di potong nipis.
  2. Panaskan kuali masukkan paru yang sudah dipotong bersama dengan santan dan lada hitam yang sudah dikisar.
  3. Apabila mendidih, masuk kkan garam secukup rasa.Teruskan masak sehingga kering.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Tumis dan goreng

Keistimewaan:  Enak dimakan dengan lontong atau nasi putih

6. RENDANG AYAM CILI API

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam| dipotong 12
  • 1 kilo santan

BAHAN A

IKLAN
  • 30 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup

BAHAN B

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 7 batang serai |diketuk
  • 2 asam keping
  • 3 helai daun kunyit
  • 1 sudu kerisik
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
  2. Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
  3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
  4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
  5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
  6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

7. RENDANG ITIK

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor itik |potong 12
  • 1 kilo santan

BAHAN A

  • 20 biji cili api
  • 5 sudu cili boh
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 batang serai

BAHAN B

  • 5 batang serai |diketuk
  • 2 asam keping
  • 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Itik dibersihkan, disalai .
  2. Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali.
  3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
  4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
  5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C.
  6. Masak sehingga agak kering.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

8. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG 

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
  • 2 kilo santan
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam cili api
  • 3 inci kunyit
  • 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
  • 5 batang serai | dititik
  • Garam
  • Asam keping

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
  2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
  3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
  4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan

INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.

Saiz hidangan: 10 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

9. RENDANG CAMPUR MAMA

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

 

BAHAN A – CUCI DAN TOS

  • 250gm daging
  • 250gm paru paru
  • 250gm limpa
  • 250gm jantung
  • 250gm hati

BAHAN B – KISAR

  • 250gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 10 batang serai
  • 50 gm halia
  • 75gm lengkuas
  • 50gm kunyit
  • 100g cili api | ikut kepedasan yang diingini
  • 100g cili  boh| ikut kepedasan yang diingini

BAHAN C

  • 2 kilo santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 5 batang serai |diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit gula merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
  2. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.

Saiz hidangan: 10 orang.

Waktu memasak  40 minit.

Cara Memasak : Tumis dan reneh

Keistimewaan:  Enak dan berlemak

10. SAMBAL SOTONG

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor sotong kembang
  • 10 sudu makan cili boh
  • 10 biji bawang merah |kisar
  • 3 biji bawang putih |kisar
  • 1 inci halia |kisar
  • 2 biji bawang besar |hiris kasar
  • Asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup raasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit belacan |jika suka
  • 3 helai Daun pandan
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili boh, belacan dan bahan yang dikisar.
  3. Masak sehingga agak garing, masukkan air asam jawa.
  4. Masak sehingga mendidih, masukkan sotong dan daun pandan.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.           

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak  30 minit

Cara Memasak : Tumis dan reneh

Keistimewaan:  Pedas dan enak dimakan bersama lontong

RESEPI : Zunita Adibah bt Mohamed Adib @ Mok Teh

TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang

Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI