Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Kadang kala buntu memikirkan apa menu yang nak dibawa ke pejabat. Cuba buat roti sosej ini, sekeluarga boleh bawanya sebagai bekalan. Buat banyak, masing-masing boleh bawa lebih dan ia mengenyangkan.Dibungkus pula dengan kertas menarik, memberi selera untuk menikmatinya.
ROTI SOSEJ
Bahan-bahan:
Sosej (direbus)
Cheese
Sos spaghetti
Roti sosej
Cara membuat:
1.Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepas tu tekan ke bawah bagi ada lubang.
2.Letak slice cheese. Nak letak banyak mana pun boleh, ikut selera masing-masing.
3.Letak sikit sos spagheti.
4.Letak sosej yang telah direbus.
5.Letak sos atas sosej,jika nak tambah sos lain pun boleh. Ikut selera yang anda suka.
6.Letak kepingan cheese dan daun parsley. Tak ada daun parsley pun tak apa.
7.Bakar dalam oven, suhu 160c api atas sahaja. Bakar dalam masa 8 hingga 15 minit. Ikut garing macamana yang anda suka.
Anda penggemar roti naan cheese dan ayam tandoori? Rindu nak makan sama macam di kedai mamak?
Nah, anda boleh cuba resipi lengkap daripada Tahrunnisah Jali ini. Bukan saja boleh buat naan cheese dan ayam tandoori sendiri di rumah, tetapi juga hidangan sampingan lain seperti timun yogurt dan keema daging.
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi di atas. Bakinya nanti masukkan dalam tepung dan sedikit saja air suam. Kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif. Campuran tersebut akan mengembang seperti dalam gambar.
2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung. Aduk hingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung. Aduk sebati, kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit. 4. Biarkan adunan naik sekali ganda. Tutup adunan dengan kain lembap selama 45 minit suhu agak suam-suam panas (seperti dalam ketuhar suhu 35c atau kawasan yang agak-agak panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh).
5. Adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar sehingga habis. Biarkan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain. 6. Ambil sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut di tengah-tengah doh dan tutup semula (macam buat pau).
7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan supaya cheese tadi tak terkeluar. 8. Panaskan non stick pan, tak perlu letak minyak ye. Api jangan kuat, sederhana sahaja atau perlahan.
9. Letak roti tadi atas non stick pan. Tutup kejap dengan penutup. Balik-balikkan roti tadi. Bila ia menggelembung, leperkan ia.
10. Siap angkat, boleh dihidang dengan kari pekat atau keema daging, ayam tandoori dan timun yogurt.
** Jika yogurt takde tak mengapa, abaikan. Cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye. ** susu segar tu jangan curah sampai habis, nanti terlembik pula. Masukkan sedikit demi sedikit. Adunan ni tak keras dan tak lembik, erti kata lain tak lekat di tangan. ** jika anda suka letak madu, siap masak layang-layangkan madu atas roti naan tadi.
RESIPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan ½ cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style (nestle cawan kecil) 2 sudu besar rempah tandoori 2 sudu besar pes halia bawang putih | dilulurkan kesemua ketulan ayam 2 sudu besar jus limau nipis. 1 sudu garam masala (saya tak letak sebab takde) ½ sudu kecil serbuk jintan putih – beli online di sini 2 sudu besar daun ketumbar segar | dicincang halus 2 sudu besar minyak masak (minyak ini bukan untuk apa, tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit) ½ sudu kecil serbuk pewarna oren merah (kalau tak ada, tambah serbuk kunyit sedikit tapi saya tak letak) 1 biji bawang labu bersaiz besar | dihiris bulat Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa (tak mahu aji, guna gula sikit)
CARA-CARA:
1. PENYEDIAAN PES TANDOORI – 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan jadikan pes. 2. Masukkan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa. Kalau nak warna tandoori ayam berwarna merah menyala, masukkan pewarna kalau suka. Gaul sebati adunan ini. 3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa. 4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Pastikan ketulan ayam disalut dengan baik. 5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik semalaman dalam peti sejuk bahagian dingin. 6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada. Kalau tak ada, kuali biasa pun boleh. Masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. Jangan hangus, kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50 peratus masak. 7. Sementara itu, panaskan ketuhar dalam suhu 180C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill. 8. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam, tetapi ia menentukan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. Kalau bakar ayam penuh buat begini. 9. Masa pembakaran awal adalah 30-40 minit, selepas itu terbalikkan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. 10. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.
RESIPI TIMUN YOGURT
2 batang timun | diracik halus 2 cawan plain yogurt Sedikit garam Sedikit dry mint
CARA-CARA:
Campurkan kesemuanya dalam satu bekas.
RESIPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging | dipotong kecil & dibersihkan Sedikit halia – beli online di sini 3 biji bawang putih | dicincang halus – beli online di sini 2 biji bawang besar saiz sederhana | dicincang halus 2 sudu kecik serbuk ketumbar | ditumbuk 1 sudu kecil serbuk jintan putih – beli online di sini 2 sudu besar cili kisar 1 batang kayu manis – beli online di sini 3 biji bunga lawang – beli online di sini 3 biji bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1@2 biji tomato | dipotong dadu Kacang peas Sedikit minyak (untuk menumis) 2 sudu yogurt plain 1 sudu besar garam masala
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia. Biar ia naik bau dan masukkan cili kisar. 2. Masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga), kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala. 3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk. 4. Masukkan sedikit air lagi. Jangan terlalu cair sangat ye sebab ia tak guna santan. Masukkan tomato, kacang peas, yogurt dan perasakan dengan garam.
Anak-anak memang sangat gemarkan pizzasimple & ekspress ni. Malah orang dewasa juga sangat meminatinya. Jika tiba-tiba terasa nak makan pizza sedap, tapi tak rasa nak makan dalam kuantiti banyak, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ahlia Al Fainzi.
Istimewanya resipi ini tidak memerlukan anda untuk dah buat doh pizza. Hanya menggunakan wrap segera yang sememangnya ada dijual di pasaraya, nah, pizza enak tersedia untuk dinikmati.
Terasa nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Hanya guna 4 bahan je. Anda dan keluarga pasti suka dan tak sabar untuk menikmatinya.
RESIPI PIZZA HOMEMADE SIMPLE & EKSPRESS MUDAH GUNA ROTI WRAP
CARA MEMASAK:
1.Ambil sekeping roti wrap, letak atas dulang yang telah dialas dengan baking paper.
2.Letak sos tomato nipis-nipis atas roti, kemudian susun sosej yang dihiris nipis.
3.Kemudian letak secara bebas lada benggala yang dihiris memanjang. Selain lada benggala kuning, boleh guna apa sahaja warna kegemaran. (RASA: jika suka pedas, boleh letak cili padi atau cili merah)
4.Tabur keju mozarella dengan secukupnya. Jika suka keju, boleh letak lebih banyak. Pastikan guna keju mozzarella kerana keju lain tidak ada efek tarik.
5. Akhir sekali, bakar pizza dalam ketuhar dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Pastikan roti tu agak garing baru angkat.
6.Pizza express sedia untuk dinikmati. Sekali buat boleh dapat 5 biji pizza.