Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang-orang Cina. Lain orang lain cara buatnya. Kalau anda nak cuba kelainan, bolehlah cuba resipi yang ini.
Melalui perkongsian daripada Adnan Mat Abu ini, resipi nasi ayam Hainan ini versi yang paling mudah dibuat dan ada teknik untuk bagi ayam empuk dan lembut.
RESIPI NASI AYAM HAINAN VERSI ABAH MASAK
BAHAN UNTUK NASI:
6 cawan air rebusan ayam 4 cawan beras basmathi 2 sudu besar planta
1. Basuh beras dengan bersih dan toskan. Kemudian, campurkan air rebusan ayam dengan beras. 2. Masak di dalam periuk elektrik. Apabila nasi dah kering air, baru digaulkan dengan planta. Ketepikan.
1. Ayam dilumur dengan garam. Bila air dan bahan-bahan rebusan dah mendidih, celupkan ayam selama 15 saat dan angkat. Rehat 15 saat, celup semula selama 15 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
2. Kecilkan api, rebus ayam selama 30 minit. Air rebusan ini akan digunakan utk memasak nasi, buat sambal kicap dan sup.
3. Setelah 30 minit, angkat ayam dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air bercampur air batu. Rehatkan ayam dalam air ais selama 10 minit.
4. Angkat ayam dan gantung. Saya bukakan kipas untuk pengaliran udara yang baik untuk ayam.
CARA POTONG AYAM:
1. Mula-mula belah dua. Sebahagiannya saya nak siram dengan kuah kicap je. Sebelah lagi nak dilumurkan dengan kicap, madu dan dibakar seketika untuk garingkan kulitnya.
2. Setelah dipotong dua, ayam dipotong lima (seperti dalam gambar). Kemudian ayam dipotong kecil-kecil.
3. Ayam disiram dengan kuah kicap. Baki ayam yang lain, diperap dengan madu dan kicap. Kemudian, dibakar.
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. Siramkan dengan 2 sudu minyak masak yang dipanaskan. 2. Masukkan dalam alat pengisar dan kisar bersama cili padi, cili merah besar. 3. Tambah air rebusan ayam, gula, cuka dan garam.
Lauk pedas selalunya jadi pilihan untuk membangkitkan selera makan. Ini kerana lauk pedas boleh membuka selera dan membuatkan kita rasa nak makan lagi. Katanya, lauk pedas kurang sesuai untuk orang yang sedang diet. Lagi sedap kalau ada masam-masam juga. Hidangan ikan tongkol yang RASA kongsikan ini pasti menepati cita rasa untuk makan bersama keluarga.
IKAN TONGKOL RENDANG ASAM
BAHAN A
• 1 ekor ikan tongkol
• Garam
• Kunyit
• Minyak masak
BAHAN B
• 2 batang serai
• Halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• Kunyit hidup sebesar jari kelingking
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji bawang merah
BAHAN C
• Air asam jawa
CARA MEMBUAT
1. Cuci bersih ikan tongkol. Lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak dan goreng sekejap, jangan terlalu garing.
2. Sementara ikan digoreng, bahan-bahan B dikisar kasar. Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
3. Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Tumis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ikan. Kacau-kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang.
Asyik sambal belacan dengan sambal ikan bilis aje. Jom masak sambal special sikit Ni dua resipi dari Hotel The Pearl, KL.
Ni kalau makan dah tak toleh ke mana dah. Iyalah nak makan kenalah pandang depan kan.
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...