Anak-anak memang sangat gemarkan pizza simple & ekspress ni. Malah orang dewasa juga sangat meminatinya. Jika tiba-tiba terasa nak makan pizza sedap, tapi tak rasa nak makan dalam kuantiti banyak, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ahlia Al Fainzi.

Istimewanya resipi ini tidak memerlukan anda untuk dah buat doh pizza. Hanya menggunakan wrap segera yang sememangnya ada dijual di pasaraya, nah, pizza enak tersedia untuk dinikmati.

Terasa nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Hanya guna 4 bahan je. Anda dan keluarga pasti suka dan tak sabar untuk menikmatinya.

RESIPI PIZZA HOMEMADE SIMPLE & EKSPRESS MUDAH GUNA ROTI WRAP

Buat Pizza Simple & Ekspress Hanya Guna 4 Bahan. Doh Guna Roti Wrap
BAHAN-BAHAN:
Roti Wrap Gardenia
Sosej
Keju Mozarella
Lada Benggala
Buat Pizza Simple & Ekspress Hanya Guna 4 Bahan. Doh Guna Roti Wrap
CARA MEMASAK:
1.Ambil sekeping roti wrap, letak atas dulang yang telah dialas dengan baking paper.
2.Letak sos tomato nipis-nipis atas roti, kemudian susun sosej yang dihiris nipis.
3.Kemudian letak secara bebas lada benggala yang dihiris memanjang. Selain lada benggala kuning, boleh guna apa sahaja warna kegemaran. (RASA: jika suka pedas, boleh letak cili padi atau cili merah)
4.Tabur keju mozarella dengan secukupnya. Jika suka keju, boleh letak lebih banyak. Pastikan guna keju mozzarella kerana keju lain tidak ada efek tarik.
Buat Pizza Simple & Ekspress Hanya Guna 4 Bahan. Doh Guna Roti Wrap5. Akhir sekali, bakar pizza dalam ketuhar dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Pastikan roti tu agak garing baru angkat.
Buat Pizza Simple & Ekspress Hanya Guna 4 Bahan. Doh Guna Roti Wrap6.Pizza express sedia untuk dinikmati. Sekali buat boleh dapat 5 biji pizza.

Kredit resipi & foto: Ahlia Al Fainzi

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI