Sambal Nasi Kak Woksememangnya sangat sedap dan diakui ramai. Kombinasi rasa sambal yang pedas, masam dan manis membuatkan sambal ini begitu enak sekali. Cicah sahaja dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam goreng, ikan goreng. Semuanya sesuai. Bahan-bahannya sangat mudah. Nak cuba buat sendiri stok sambal ini di rumah anda? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara-caranya. Saudari Dilla Nazri ada kongsikan resipi yang boleh dicuba. Moga bermanfaat ya!
Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Rafidah Arshad telah berkongsi step by step membuat sambal tomato ikan bilis yang sangat sedap. Caranya pun senang. Yang penting, sambal tomato ikan bilis sangat sedap dimakan dengan nasi. Tambah selera makan tau!
“Sambal tomato ikan bilis goreng. Haaa terliur tak? Mabeles, mantop. Ratah pun sedap, makan dengan pulut pun sedap, makan dengan lontong pun sedap.” kata Rafidah Arshad yang berkongsi resipi melalui Roselyza.
BAHAN GORENG
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 mangkuk ikan bilis
1 inci belacan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Goreng belacan dan ikan ikan bilis. Ketepikan.
BAHAN TUMBUK KASAR
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk kasar semua bahan ini.
BAHAN PERASA
1 inci gula melaka
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan BAHAN TUMBUK KASAR. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ikan bilis dan belacan tadi. Kacau lagi. Pastikan belacan hancur elok.
3. Masukkan gula melaka. Kacau sampai gula melaka hancur betul.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kuah kacang menu wajib bila tiba hari raya. Dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate memang sedap. Tapi ramai yang akui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Kuah kacang antara masakan bersantan dan masakan jenis ini selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Nak buat nasi lemak sambal ekspres boleh guna cara ini. Guna microwave pun boleh, mudah dan hasilnya pun sama seperti menggoreng. Kalau hidang, orang pun tak tahu nasi lemak ni resipi ekspres. Lagi-lagi kalau hias macam ni gayanya.
Sambal ni teksturnya tak beza sangat dengan sambal yang gunakan cili kisar. Rasanya ada umami dari belacan, manis gula melaka dan bawang Holland dan pedasnya tak melampu. Resipi sambal ni juga boleh digunakan untuk buat sambal udang, ikan bilis, petai dan sebagainya. Cuma saya sarankan guna “serbuk cili kasar” supaya teksturnya tak macam air.
Resipi Kamarul Ariffin Nor Sadan dikongsinya ketika belajar di Ukraine dahulu. Biasalah student, duit terhad, masa terhad, peralatan terhad.Maka terhasilah resipi kreatif ini.
Nasi Lemak Sambal Microwave
Bahan-bahan:
½ pot nasi
4 sudu besar santan kotak
2 sudu besar empingan cili
¼ biji bawang Holland
¼ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar gula Melaka
1 sudu kecil belacan/kiub ikan bilis
2 sudu besar ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 butir telur ayam
Bahan-bahan “optional”:
¼ batang timun Jepun
3 sudu besar kacang tanah
3 ketul ayam goreng sejuk beku
1 helai daun pandan
Cara membuat:
1.Basuh beras, letak dalam mangkuk, letak santan. Sukatannya; 1 pot beras + 4 sudu besar(sb) santan kotak. Saya masak ¾ pot, maka + 3 sudu besar santan. kalau guna santan segar atau serbuk, pandai-pandai agak.
3.Tambah air. Sukatan air yang biasa saya guna 1 pot berat + 1½ pot air. Takut ada yang keliru, pot yang saya maksudkan tu bukan periuk tau. Pot = cawan (seperti dalam gambar).
4.Masukkan air dalam periuk nasi. Kalau tambah 1 pot air dalam pada beras di dalam mangkuk, maka tambah 1 pot air dalam periuk. Nisbah kena sama. Biasanya air dalam periuk kering, ngam nasi pun masak.
5.Masukkan mangkuk berisi beras, santan dan air tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Saya masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi. Kalau kalian nak masak banyak, tak payah guna mangkuk.
6.Ada orang buat telur rebus, dia letak sekali telur dalam beras yang hendak ditanak. Lepas tu kena kecam oleh netizen sebab kulit telur kadang-kadang ada najis. Saya biasa kukus telur dalam mangkuk macam ni.
7.Maksudnya, tanak nasi di bawah. Di pengukus tingkat atas, saya kukus telur dalam mangkuk. Jadi tak bercampur. Lebih selamat dan bersih. Kulit telur pun saya dah cuci sehingga bersih.
8.Sementara tunggu nasi siap. Kita buat sambal. Saya gunakan empingan cili (chili flakes) macam ni. Beli di pasar raya tulis “serbuk cili kasar”. Saya guna yang ini sebab akan lebih cantik dari serbuk halus.
9.Serbuk cili ni saya campurkan dengan air 3-4 sudu besar, belacan, asam jawa, gula Melaka, bawang putih (ditimbuk/disagat/pes), garam. Gaul sampai sebati. Kalau nak letak halia atau bahan lain, silakan.
10.Lepas tu saya letak minyak 4 sudu besar. Kita akan tumis campuran ini dalam mangkuk ini, menggunakan microwave. Tak yakin?
11.Masuk dalam microwave, set selama 1 minit. Tunggulah dengan debaran. Peringatan, gunakan mangkuk yang tahan microwave.
12.Selepas satu minit, keluarkan untuk diperiksa. Dah pecah minyak nampaknya. Tapi belum masak lagi sambal ni. Kena gaul-gaul dan masuk dalam microwave lagi. Biasanya kena ulang 2-3 kali. Baru masak.
13.Saya suka sambal yang ada bawang Holland. Jadi saya letak ke dalam sambal sebelum saya sambung microwave lagi. Waktu ni kalian boleh letak udang, ikan bilis atau petai jika mahu.
14.Ada orang suka letak santan dalam sambal biar ada rasa lemak sikit sambal tu. Maka boleh letak sekarang. Hari tu Cik Nah (mak-nya Mahathir Zainol) pesan suruh letak, maka saya letak.
15.Microwave lagi seminit. Periksa, gaul. Kalau belum masak tambah lagi seminit. Bergantung kepada jumlah sambal yang kalian buat, biasanya perlukan 3-5 minit untuk sambal masak sepenuhnya.
16.Ni sambal yang dah masak. Empingan cili tadi dah tak rasa cili mentah, bawang dah layu dan saya dah tambah apa-apa yang kurang. Warna pun dah cantik. Ada bau gula terkaramel juga.
17.Nasi belum masak, jadi saya nak goreng ikan bilis dalam microwave juga. Letak ikan bilis dalam pinggan dan curah minyak dalam 2-3 sudu besar. Masuk microwave, set 1 minit.
18.Ni hasilnya. Ikan bilis rangup. Tak payah kuali, tak bazir minyak, tak lama nak masak. Tak percaya ikan bilis ni rangup?
19.OK, periuk nasi bunyi “keletek”. Maknanya dah siaplah nasi dan telur ni. Bila saya buka penutup periuk, nampaknya telur ni masih belum menetas.
20.Nasi nampak OK. Mungkin nampak macam sedikit tak bermaya, tapi jangan risau, bila kita gemburkan dia, dia akan nampak bertenaga.
21.Nasi yang telah digembur. Nampak tak sebutir-sebutir. Tak melekat, tak lembik, tak hancur. Rasa pun cukup berlemak, ada masin dan ada aroma halia serta daun pandan yang saya letak.
23.Gabungkan semua komponen tadi, maka terhasillah nasi lemak ayam dalam masa 15-20 minit.