Nasi Goreng USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai makan dan restoran. Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Bahan sampingan yang perlu ada adalah hirisan timun dan telur mata kerbau,

Nak cuba masak Nasi Goreng USA yang sedap secara homemade? Puan Habeebah Md Daud ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.

 

RESIPI NASI GORENG USA

Cara Masak Nasi Goreng USA Sedap Secara Homemade

 

1. NASI GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 belacan  besar ibu jari
    ( semua bahan ditumbuk lumat.  Asingkan.)

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji bawang putih – potong dadu
  • 3 biji bawang merah – potong dadu
  • Sedikit udang
  • 4-5 pinggan nasi putih
  • 1 mangkuk kangkung
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk sampai sedikit keperangan.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
  • Masukkan udang dan goreng sampai masak.
  • Seterusnya tambahkan nasi dan sayur. Kacau rata sehingga sayur sedikit lembut.
  • Perasakan dengan sos ikan, garam, lada hitam dan serbuk perasa ikut citarasa masing-masing. Adun sebati dan sedia untuk dinikmati.

 

2. DAGING MASAK MERAH

Cara Masak Nasi Goreng USA Sedap Secara Homemade

IKLAN

BAHAN UTAMA:

  • 300gm daging yang direbus dengan pewarna merah

BAHAN TUMIS:

  • 3 biji bawang putih-diketuk
  • 1/2 bawang holland-dihiris
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato
  • Cili padi
  • Cili merah
  • 5 sudu makan sos cili
  • Sedikit air rebusan daging (warna merah)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara Masak Nasi Goreng USA Sedap Secara Homemade

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan separuh cili padi.
  2. Masukkan daging yang sudah direbus. Kacau seketika.
  3. Masukkan sos cili dan tomato yang dipotong dadu.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati sekali lagi.
  5. Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging diikuti hirisan bawang holland, lebihan cili padi dan cili merah.
  6. Kacau sebati dan biarkan kuah sehingga sedikit pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Cara Masak Nasi Goreng USA Sedap Secara Homemade

INFO:

  1. Goreng telur mata yang kuning telurnya sedikit cair.
  2. Boleh tambahkan sotong dan isi ayam dalam nasi goreng.
  3. Jika tidak makan daging, boleh gantikan dengan aneka bahan lain seperti sotong, udang dan ayam yang dimasak dengan rencah tumis yang sama.

 

Kredit resipi & foto: Habeebah Md Daud

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI