Nasi Pandan Ayam Madu versi sendiri.. Simple & murah je tapi rasa tak mengecewakan. Sesuai sesangat buat untuk berbuka nanti. Anak-anak pasti berebut makan.

NASI PANDAN AYAM MADU SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
NASI:
4 cawan beras ( basuh & tos)
5 cawan air rebusan ayam
3-4 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih (titik)
2 sudu makan mentega -beli online DI SINI
1 sudu makan cukup rasa
1 sudu teh perasa pandan – beli online DI SINI
Garam secukup rasa

CARA MASAK:
1. Panaskan mentega, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan beras, perasakan dengan garam, perasa pandan (perasa ini warna hijau) , serbuk cukup rasa dan garam secukupnya.
4. Angkat periuk & masukkan ke dalam periuk elektrik. Masak hingga masak.

AYAM MADU:
1 ekor ayam (belah 4)
4-5 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah4)
3 ulas bawang putih (titik)
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Garam secukup rasa
Air secukupnya.
2 sudu makan madu
2 sudu makan minyak bijan – beli online DI SINI

CARA MASAK:
1. Bersihkan ayam masukkan dalam periuk bersama dengan hirisan halia dan bawang besar dan bawang putih.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3 Rebus hingga masak.
4. Setelah masak angkat dan tos. Air rebusan simpan untuk sup dan masak nasi.
5. Potong ayam, masukkan dalam bekas.
6. Minyak bijan campur dengan madu. Kacau rata dan tuangkan atas ayam tadi.

SAMBAL CILI:
5 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
1 hirisan hala
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam

IKLAN

CARA MASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar hingga hancur.
2. Kalau pedas sangat tambah gula atau kurang masin tambah sikit lagi garam.

KUAH KICAP:
2 sudu makan sos tiram -beli online DI SINI
2 sudu makan kicap manis -beli online DI SINI
6 susu makan kuah sup.

KUAH SUP:
5 cawan air rebusan ayam
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang dan bawang goreng

CARA MASAK:
1. Panaskan sesikit minyak tumis bawang merah & putih hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dgn garam dan pati ayam.
4. Setelah cukup rasa. Turup api.
5. Tabur di dlamnya dgn hirisan daun sup dan bawang goreng.

BAHAN SAMPINGAN
Timun (hiris)
Tomato (hiris)
Salad (jika suka)
Tauhu goreng (jika suka)
Tauge tumis sos tiram (jika suka)

Resipi : Syida Yasin

Jom Cuba Buat Dodol Cair, Guna 4 Bahan Saje

Ayam Masak Merah Macam Style Kenduri Kahwin, Gerenti Sedap

Cara Buat Chicken Popcorn Guna Dada Ayam Yang Sangat Sedap