Hidangan Nasi Ayam Penyet sambal sedap sememangnya menjadi kegemaran ramai. Set nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, yang dimakan bersama ayam goreng yang garing serta sambal yang power memang membuka selera. Nak cuba? Jom tengok resipi perkongsian saudari Mashitah Mas ni. Nampak sedap dan membuka selera.

RESIPI NASI AYAM PENYET SAMBAL SEDAP

Cara Masak Nasi Ayam Penyet Sambal Sedap Macam Di Restoran

BAHAN AYAM PENYET:

1 ekor ayam bersaiz kecil
4 biji bawang merah – kisar
Sedikit halia – kisar
Sedikit lengkuas – kisar
Sedikit kunyit – kisar
1-2 batang serai – diketuk
2-3 helai daun salam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN SALUTAN TEPUNG:

1 cawan tepung beras beli online disini
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh jintan manis – ditumbuk beli online disini
1 sudu teh jintan putih – ditumbuk beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit beli online disini
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam secukupnya beli online disini
Sedikit lada hitam tumbuk beli online disini
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam.
3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering.
5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati.
6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat.
7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

Cara Masak Nasi Ayam Penyet Sambal Sedap Macam Di Restoran

8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung.
9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing.
10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.

RESIPI SAMBAL AYAM PENYET
Cara Masak Nasi Ayam Penyet Sambal Sedap Macam Di Restoran
BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis
Bawang merah
Cili padi
Cili merah
Tomato
Belacan bakar beli online disini
Gula dan garam secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit gula melaka beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak.
3. Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat. Masak sampai tomato layu. Angkat.
4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejap sahaja (kisar kasar).
5. Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan nasi.

 

INFO: Jumlah bahan sambal hanya perlu agak-agak ikut citarasa.

 

Kredit resipi & foto: Mashitah Mas

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI