Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Mawar Alina ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Beras dibasuh bersih. Rendam semalaman untuk jimatkan masa memasak. Kalau tidak sempat, rendam 4 ke 5 jam pun sudah cukup.
2.Campur semua bahan-bahan diatas. Masak seperti masak nasi biasa.
3.Sesekali kacau nasi agar ianya masak rata.
4.Bila siap ditanak, tumbuk nasi guna cawan atau anak lesung yang dibungkus dengan plastik. Caranya lebih kurang macam buat Nasi Impit cara traditional.
5.Bila sudah siap tumbuk, ambil nasi dan kepal membentuk seperti dalam gambar. Boleh bat depan kipas untuk redakan kepanasan. Jangan lupa pakai sarung tangan juga.
Ads
6.Punten telah siap disedikan. Boleh dinikmati bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.
NOTA: Untuk sukatan 1:3 ni, tekstur punten jadi sedang elok. Tak keras dan tak lembik sangat. Lembut jer walaupun sudah sejuk. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 25 biji bergantung saiz yang anda buat.
1.Panaskan minyak. Kuantitinya agak-agak dengan banyak mana sambal yang anda nak masak.
2.Tumiskan segenggam ikan bilis sampai garing.
3.Masukkan bawang besar yang dihiris. Tumiskan hingga wangi dan bawang layu.
4.Masukkan pula cili padi dan belacan yang telah dikisar.
5.Tumis reneh bahan-bahan ini hingga cili berubah warna gelap. Ini tips penting untuk mengelakkan sambal rasa pahit. Perubahan warna menandakan cili dah agak masak.
6.Masukkan bawang putih, bawang merah ros, udang kering dan ikan bilis yang telah dikisar. Tumiskan lagi sampai semua nampak masak sebati.
7.Masukkan gula perang secukupnya. Kalau tiada, boleh gantikan dengan gula putih. Biarkan gula berkaramel, baru kacau lagi.
8.Masukkan pula asam jawa. Agak-agak untuk seimbangkan rasa pedas tu. 9.Boleh masukkan sedikit air. Boleh juga tambahkan perasa tambahan.
10.Renehkan sambal sampai cukup masak. Tambahkan garam di akhir masakkan. Siap dan bolehlah dihidang bersama Punten tadi.
Hidangan bubur nasi cendawan shiitake ini memang enak dimakan waktu pagi. Tak perlu pelbagai lauk sebagai pelengkap kerana rasa bubur nasi ini sememangnya sudah sedap. Bukan anak-anak saja suka yang dewasa pun sama, sekejap saja licin semangkuk.
Resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake
Bahan-bahan
1 pot beras
Cendawan shiitake
Lobak merah
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk sup
Mixed herbs
Serbuk lada hitam (jika suka)
2 sudu besar minyak masak/zaitun
Garam & perasa secukupnya
Air secukupnya
Daun sup & Daun bawang
Cara membuat
1. Rendam beras.
2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak, boleh terus masukkan bahan-bahan. Kacau sebati, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.
4. Sedia dihidangkan, taburkan dengan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.
INFO: Sukatan bahan bubur sesuai untuk lima orang makan
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Nasi Ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes Nasi Ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota:Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...