Makan steamboat tanpa sos pencicah tidak lengkap rasanya. Nak belajar cara membuatnya , boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Sos Steamboat ni pun enak dicicah dengan popia Vietnam,kerang, udang dan sotong bakar . Pendek kata boleh dikatakan pencicah serbaguna jugalah.
Resipi bahan kisar sos steamboat:
10 biji lada merah besar (dibuang biji)
10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan
4 ulas bawang putih
1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air
Bahan sos:
1/2 botol sos cili
Ads
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sunquick
2 kiub pati ayam knorr
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan setengah gelas air
2 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan putih
1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus
6 biji bawang putih dicincang halus
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.
2.Kacau rata,setelah mendidih masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
3.Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat. Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
*jika sos cair tambah air bancuhan tepung jagung jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pes tomyam adalah salah satu bahan masak yang wajib ada di dalam peti sejuk orang Malaysia. Selain digunakan untuk masak tomyam sedap, macam-macam menu boleh digunakan menggunakan pes ni. Nak masak nasi goreng boleh, makaroni atau bihun goreng tomyampun boleh dan bermacam-macam lain menu yang sesuai. Namun, ada petua untuk menjadikan pes tomyam homemade ni jadi sedap dan tahan lama macam pes yang dihasilkan di kilang. Nak tahu rahsianya? Saudari Shamliah Ibrahim ada kongsikan infonya. Selamat mencuba!
1. Satukan semua bahan-bahan kisar dan kisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis cili kisar terlebih dahulu.
3. Masukkan bahan kisar tadi. Tambahkan juga gula kabung, sos ikan, asam jawa dan air.
4. Gaul semua bahan hingga sebati dan masak menggunakan api perlahan selama 45 minit hingga 1 jam sehingga pes pecah minyak.
5. Bila sudah siap, sejukkan pes tomyam dan masukkan ke dalam botol. ( tidak perlu letak daun limau. Dalam gambar ini hanya diletak untuk fotografi sahaja)
6. Simpan pes tomyam di dalam peti sejuk dan bolehlah digunakan dalam masakan harian anda.
7. Nak masak tomyam guna pes ini mudah sahaja. Hanya perlu tambahkan isi ayam, makanan laut dan sayuran. Jangan lupa masukkan serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut untuk rasa lebih enak dan beraroma.
INFO:
Sukatan diatas akan dapat 3 botol kecil pes tomyam. Jika nak buat dalam jumlah sikit, kurangkan jumlah bahan yang digunakan.
Pes akan rasa lebih sedap jika guna udang kering. Jika suka, boleh tambah 2 sudu makan udang kering dalam bahan kisaran.
Urat tengah daun limau purut perlu dibuang bagi mengelakkan pes rasa pahit.
Selain jus asam jawa, boleh juga menggunakan jus limau nipis.
Sambal kicap kalau kamu orang Johor memang wajib kena ada. Untuk penggemar tegar sambal kicap kamu perlu tahu macam mana nak simpan sambal kicap sampai tahan lama! Sambal kicap memang enak jika di makan bersama tempe goreng berempah atau apa juga jenis gorengan minum petang, memang sedap!
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. – Tim
Bahan-Bahan:
1. Cili dan kicap mesti sama ratio.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.
Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
2. Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.
3. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Kicap 1 mangkuk
Cili 1 mangkuk
Cuka atau limau
Kisar sampai halus dan masak seketika dengan api pelahan. Dah siap. Boleh simpan berbulan bulan dalam peti ais.
Tip extra.
i. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini
ii. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa
iii. Goreng layu dgn sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.