1. Buang biji rambutan dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji dengan kupas isinya dengan jari atau guna pisau kalau isi dia jenis tak lekang dari biji.
2. Potong cili seperti di dalam gambar. Bawang merah dan bawang putih tak payah potong. Kita nak tumis dia besar-besar begini. Oh ya, saya menggunakan penggesek cili cobek.
4. Cuci bersih dan keringkan ikan bilis. Kemudian, digoreng sampai garing dan rangup. Selepas itu, campak sekali dalam kuali dengan cili.
Ads
5. Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak. Rehatkan bahan ni. Biarkan ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup. 6. Sekarang kita boleh gesek bahan-bahan ni guna cobek (tempat menggiling lada). Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriuk bila digesek. Cili dan bawang akan dilenyek dengan mudah.
7. Jadilah macam ni! Kalau makan macam ni pun dah mengancam sebenarnya, tapi hero kita adalah rambutan. Jadi harap bersabar!
8. Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Saya cuba sedikit apa yang kurang. Bilis saya tak masin, jadi kena tambah garam.
9. Letak sedikit garam. Nak letak belacan pun boleh. Cencaluk atau budu pun boleh je. Itu semua sumber kaya dengan umami (rasa sedap yang nikmat). Baru sedap!
10. Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, saya perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili padi lagi.
11. Siap! Benda ni, kalau ratah macam tu sahaja pun boleh. Manis dan pedas. Ada rasa lemak dari bawang putih yang kita goreng tadi, dan gurih ikan bilis. Makan dengan nasi pun sangat sedap!
Sekiranya anda ke Seksyen 3, Shah Alam pasti mata tertumpu melihat kafe berwarna merah jambu. Aroma semerbak bau bakeri dan pasteri yang dibakar segar di dapur kafe menjadi tarikan pelanggan ke sini.
Pemiliknya yang juga blogger dan pengajar kelas online bakeri dan pastri Zalina Zainal sudi berkongsi lima menu bakeri dan pasteri yang menjadi tarikan dan cukup laris di sini.
Jom kita semak resipi dari Zalynz Oven ini…
1. BOMBOLINI BISCOFF CREAMCHEESE
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500gm tepung protein tinggi (tepung roti)
100gm gula kastor
100gm margerin atau mentega
2 biji telur gred B (100gm)
210ml air suam kuku | untuk uli tangan
1 sudu teh @ 5gm garam halus
2 sudu teh @ 10gm susu tepungg
1 sudu teh bread improver
1 paket yis kering (11gm)
Bahan krim keju biscoff :
250gm krim keju
120gm gula ising | yang telah diayak
50gm Lotus Biscoff Spread
200gm non dairy whipping cream
Snow powder secukupnya (sejenis serbuk gula untuk menyalut bombolini)
CARA MEMASAK :
Cara Penyediaan Doh : 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula. 2. Sebelum itu bancuh gula dalam air suam dan kacau, selepas itu baru letakkan yis.Kacau dan biarkan hingga berbuih. 3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi,gaul rata dan kemudian kita keluarkan dan uli kat atas alas silikon untuk menyenangkan kerja menguli.Kalau dirumah ada meja aluminium atau meja marmar pun boleh. 4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin. 5. Tutup doh dengan plastik, biarkan rehat selama 30 minit. 6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepuk doh untuk buang angin. 7. Timbang doh 40gram. Susun doh atas dulang pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung. 8. Tunggu doh cukup kembang. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga perang kedua-dua bahagian atas dan bawah Bombolini. 9. Toskan atas tisu dapur, Bila dah sejuk boleh salut bombolini dengan snow powder. 10. Paipkan dengan krim keju Biscoff Cream. 11. Hias dengan biskut Lotus Biscoff. Sedia untuk dihidang.
Cara penyediaan krim keju biscoff : 1. Pukul krim keju dan gula icing. 2. Masukkan biscoff spread dan pukul rata. 3. Dalam bekas berasingan pukul non dairy whipping cream hingga kental. 4. Campurkan keduanya dan kaup balik hingga kental
Masa penyediaan : 3 jam Kos : RM15 INFO CHEF : Pastikan bombolini usah kerap dibalikkan dalam kuali. Cukup 2 atau 3 kali sahaja.
2. ROTI CREAMCHEESE OREO
.
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein tinggi (tepung roti)
100gm gula kastor
100gm margerin atau mentega
2 biji telur gred B (100gm)
210ml air suam kuku | untuk uli tangan
1 sudu teh @ 5gm garam halus
2 sudu teh @ 10gm susu tepungg
1 sudu teh bread improver
1 paket yis kering (11gm)
Bahan krim keju :
250gm krim keju
120gm gula ising | yang telah diayak
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula. 2. Sebelum itu bancuh gula dalam air suam dan kacau, selepas itu baru letakkan yis.Kacau dan biarkan hingga berbuih. 3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi,gaul rata dan kemudian kita keluarkan dan uli kat atas alas silikon untuk menyenangkan kerja menguli.Kalau dirumah ada meja aluminium atau meja marmar pun boleh. 4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin. 5. Tutup doh dengan plastik, biarkan rehat selama 30 minit. 6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepuk doh untuk buang angin. 7. Timbang doh seberat 50gram setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh 15 minit. 8. Gelek doh dan boleh masukkan doh dalam acuan roti saiz 15sm. Biar doh naik kembang ¾ cup. Tekan bahagian tengah doh dengan jari. 9. Sapu susu cair atas doh dan paipkan inti krim keju. 9. Tabur sekeliling atas doh dengan serbuk oreo, tunggu doh kembang paras acuan. 10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang. 11. Selepas bakar boleh dihias bahagian tengah roti dengan serbuk biskut Oreo.
Masa penyediaan : 3 jam Kos : RM12 INFO CHEF : Satu adunan ini boleh dapat 20 biji roti.
300gm whipping cream ( non dairy,zalina guna Value Pride)
Bahan coklat ganache (topping) :
300gm coklat coin
250gm whipping cream UHT ( dairy,Zalina guna Anchor atau Emborg)
200gm whipping cream (non dairy)
CARA MEMASAK :
Cara memasak kek coklat : 1. Ayakkan tepung, serbuk koko,baking powder dan bikabonat. 2. Pukul telur dan gula hingga kembang pada kelajuan tinggi. 3. Perlahankan kelajuan. Masukkan minyak jagung. 4. Masukkan susu cair . 5. Berhentikan mixer. Kemudian masukkan tepung. Sambung pukul pada kelajuan perlahan. 6. Berhentikan mixer lagi sekali. Masukkan air panas. Kacau dulu guna spatula. 7. Kemudian baru pukul dengan mixer pada kelajuan perlahan. 8. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang. 9. Kalau guna loyang, sapukan marjerin dan alaskan loyang dengan baking paper. 10. Kalau tuang pada acuan aluminium, hanya tuang separuh bekas. 11. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 – 35 minit (ikut adunan dan saiz loyang ) atau hingga masak. 12. Berat adunan lebih kurang 1680 gram.
Langkah menyediakan kek coklat dengan krim coklat: 1. Sediakan kek dan sediakan krim coklat 2. Lepa krim pada lapisan kek 3. Simpan dalam peti chiller lebih kurang satu jam 4. Sediakan coklat ganache, sejukkan sekejap 5. Curah coklat ganache atas kek.
Cara penyediaan krim coklat: 1. Masukkan coklat coin dan whipping cream UHT ke dalam bekas aluminium. 2. Panaskan secara double boiler sehingga coklat cair sepenuhnya, dikacau selalu. 3. Sejukkan sebentar. 4. Pukul whipping cream (non dairy) hingga kental. 5. Coklat ganache dan whipping cream digaul rata menggunakan spatula.
Cara penyediaan coklat ganache : 1. Masukkan coklat coin dan whipping cream (dairy) dalam bekas aluminium 2. Masukkan whipping cream yang sudah dipukul kental. Masukkan ke dalam bekas aluminium tadi 3. Panaskan secara double boiler hingga coklat cair sepenuhnya. 4. Sentiasa dikacau selalu, sejukkan sebentar sebelum dituang pada kek.
Masa penyediaan : 5 jam Kos : RM30 INFO CHEF : Kek yang telah dilepa hendaklah disimpan dalam peti sejuk sehingga krim betul-betul keras sebelum dituang coklat ganache atas kek.
4. NUTELLA CHESSE TART
(Hidangan 75 biji)
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tartlet :
500gm tepung gandum
250gm mentega
125gm gula icing
50gm telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan inti krim keju :
250gm cream cheese
50gm gula icing (diayak)
20gram daripada telur yang telah dikocok (atau boleh tambah sedikit sedikit mengikut kesesuaian)
½ sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
Cara penyediaan doh : 1. Masukkan tepung ke dalam bekas. 2. Ayakkan gula icing. 3. Masukkan mentega yang telah dipotong kecil. 4. Ramas semua bahan hingga menjadi serbuk roti. 5. Masukkan telur dan esen vanilla. 6. Uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat di tangan. 7. Bungkuskan doh dan simpan dalam peti sejuk minimum 2 jam atau seeloknya sehari semalam. 8. Bentukkan doh ke dalam acuan. Cucuk doh dengan garfu. 9. Bakar selama 25 minit pada suhu 180 darjah celcius atau hingga nampak keperangan.
Cara penyediaan krim keju(filling) : 1. Putar krim keju hingga tidak berketul dan licin. 2. Masukkan gula icing yang telah diayak. Pukul lagi hingga licin. 3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Kaup balik adunan. Angkat sptatula dan buat pengiraan 1 hingga 10. Kalau adunan masih agak pekat, kita masukkan sedikit sedikit baki telur tadi. Adunan krim keju harus tidak terlalu cair. 4. Masukkan Nutella ke dalam kulit tart. 5. Paipkan krim keju ke atasnya. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing. 6. Bila tart keju dah sejuk boleh paipkan Nutella atas tart keju dan boleh dihias dengan cip coklat.
Masa penyediaan : 3 jam Kos : RM15 INFO CHEF : Kulit tart boleh dibuat awal dan disimpan di dalam balang kedap udara.
5. ECLAIRS
(ANGGARAN 25 BIJI)
BAHAN-BAHAN
Bahan doh :
275ml air
100gm mentega
1/2 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam halus
150gm tepung gandum
225gm telur gred B (ditimbang)
Bahan inti (filling) :
40gm kastad segera
100ml air sejuk
300gm Whipping Cream ( Zalina guna Value Pride)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan air, mentega, gula dan garam dalam periuk hingga mendidih. 2. Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga doh tak melekat kat periuk lebih kurang 5 minit. 3. Masukkan terus doh ke dalam mixer. Pasang mixer pada kelajuan sederhana. Biarkan sehingga adunan sejuk sedikit. 4. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga adunan nampak licin. 5. Hidupkan oven dan panaskan selama 15 minit. Set suhu 200 darjah celcius. 6. Alas dulang dengan parchment paper(warna putih,kalau baking paper warna hitam creampuff akan melekat lepas bakar) Boleh juga sapu margerin pada dulang kalau tak nak guna baking paper. 7. Masukkan nozzle dalam plastic kon. 8. Masukkan adunan dan paipkan. 9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 – 20 minit kemudian turunkan suhu pada 180 darjah celcius dan bakar lagi selama 5 minit atau hingga nampak garing. 10. Jangan buka oven selagi belum cukup 25 minit. Kalau masak tak rata, selepas turunkan suhu 5 minit, boleh buka oven dan pusingkan tray dan sambung bakar lagi 3 atau 4 minit atau sehingga cukup perang.
Cara memasak filling : 1. Pukul whipping cream hingga kental menggunakan mixer. 2. Bancuh instand custard dan air sejuk. 3. Bila whipping cream dah kental, masukkan bancuhan instant custad dan digaul/kaup balik menggunakan spatula. 4. Potong eclairs kepada 2 bahagian 5. Gunakan nozel bintang dan paipkan krim ke atas bahagian bawah Eclairs. 6. Bahagian atas eclairs dicelup dengan coklat bar atau coklat coin yang telah dicairkan secara kaedah double boiler. 7. Boleh hias bahagian atas eclairs dengan bebola manik.
Masa penyediaan : 3 jam Kos : RM10 INFO CHEF : Boleh simpan eclairs di dalam petisejuk supaya coklat yang dicelup cepat mengeras.
Terima kasih : Zalynz Oven
No. 10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor IG @ zalynz_oven
Nak beli bahan ramuan bakeri dan pastri jom beli online DI SINI
Ayam adalah antara menu yang senang nak diolah jadi lebih sedap. Kalau pandai olah, hidangan ayam pastinya jadi lebih sedap dan menarik. RASA berikan tiga resipi ayam yang pastinya sedap dan anda boleh cuba di rumah. Confirm jilat jari. Tak percaya, buatlah.
JEJARI AYAM NESTUM BERSAMA SOS MADU BAWANG PUTIH
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (hiris memanjang)
3 cawan nestum (kisar kasar)
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu makan daun ketumbar (dicencang halus)
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Bahan sos bawang putih
2 ulas bawang putih (dicencang)
4 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos cili Thai
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Secubit garam
Cara memasak
1. Keringkan ayam di atas tisu dapur.
2. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam, serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau rata.
3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama sehingga ayam habis.
4. Panaskan kuali, goreng ayam sehingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
6. Sementara itu sediakan sos madu bawang putih.
7. Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk, kacau sehingga sebati.
8. Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.
AYAM GORENG PERI-PERI
Bahan-bahan
500 gram drummet ayam (bersih dan toskan)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 cawan minyak masak (goreng ayam)
3 sudu makan mentega (untuk menumis)
3 ulas bawang putih (cencang halus)
Sehelai daun bay kering
2 biji cili merah (cencang halus)
1 sudu makan paprika
1 sudu teh oregano
1 sudu makan sos peri-peri
1 biji perahan lemon
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
4. Masukkan cili, paprika, oregano dan sos peri-peri.
5. Kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata.
6. Kecilkan api. Perah jus lemon dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
AYAM PERCIK ORIGINAL KELANTAN
Bahan-bahan
1 ekor ayam (biasa org potong 4)
Bahan perap
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan kuah
7 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
2 pek santan pekat
Garam secukupnya
Gula – kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping (letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam)
Cara memasak
1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
2. Ayam yang diperap tadi, susun dalam rice cooker pastu tekan suis. Biarkan ayam masak dalam rice cooker sekejap. Ayam lebih juicy.
3. Bila ayam masak, keluarkan dan bakar sekejap. Nampak garing-garing sikit bahagian luar dan siram dengan kuah percik.
4. Jika nak tebal salutan kuah, kena ulang siram dalam dua tiga kali. Siram, bakar, siram, bakar sampai salutan nampak tebal. Baru sedap.
5. Untuk sediakan kuah percik, kisar bawang merah, halia, serai serta cili kering dan masak di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
6. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Kredit resipi & gambar: Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.