Sedapnya Roti Sardin Goreng Rangup resipi perkongsian saudari Cahaya Kasih Firdausi ni. Ringkas je menunya tetapi terbukti sangat sedap dan menyelerakan. Jika dekat dapur ada roti sandwich yang susah nak habis, boleh cuba resipi ni. Buat untuk sarapan juga boleh. Pasti licin diserbu anak-anak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT ROTI SARDIN GORENG RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sandwich secukupnya Minyak untuk menggoreng
BAHAN TEPUNG SALUTAN: Tepung gandum – beli online disini Sedikit serbuk kunyit – beli online disini Sedikit perahan jus limau nipis Air secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sardin ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang merah, cili padi, gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing.
2. Hancurkan sardin dan gaul hingga semua bahan bercampur rata.
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis seketika hingga masak dan bawang layu. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan tepung goreng, masukkan tepung ke dalam bekas.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk warna dan perah sedikit jus limau nipis untuk merangupkan tepung nanti.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
7. Ambil roti sandwic dan isi inti sardin dengan secukupnya. Roti tidak perlu dilenyek atau dikukus terlebih dahulu. Terus guna begitu sahaja.
8. Sapukan bancuhan tepung cair di bahagian tepi roti dan lipat dua. Ia bertujuan untuk elak kepingan roti terbuka sewaktu digoreng.
9. Celup kepingan roti dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Masak hingga garing dan kekuningan.
Ads
10. Angkat, toskan minyak dan Roti Sardin Goreng Rangup sedia untuk dinikmati.
Jemput-jemput adalah hidangan yang sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang. Kepelbagaian jemput-jemput menjadikan hidangan ini digemari ramai.
Boleh dibuat dengan kos agak tinggi misalnya diletakkan udang. Namun, bagi yang kurang gemar makanan laut, boleh letakkan kentang atau sayuran lain.
Wanita yang menggunakan facebook Maryam Elyas, memberikan resipi sesuai untuk musim catuan makanan ini. Pokok pangkalnya kenyang dan sedap dimakan.
CikYam up gambo makanan time hujan tadi. Bukan makanan mahal pun. Murah je. Ni actually makanan sesuai dibuat time musim catu makanan. Tak banyak bahan pun. Tak perlu letak udang, carrot atau apa. CikYam buat macam ni je. Dah cukup untuk mengenyangkan.
.
JEMPUT-JEMPUT BAWANG & KENTANG
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 biji kentang
1 biji bawang besar
Setengah sudu kecil garam
2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Masuk tepung gandum dalam mangkuk.
2. Kentang dipotong dadu. Masukkan dalam periuk.
3. Bawang dipotong dadu. Masukkan dalam periuk.
4. Bancuh air dengan garam. Tuang sikit-sikit dalam periuk.
5. Kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak masak. Goreng sesudu, sesudu. Buat sampài habis bancuhan.
Senang kan? Murah, sedap dan dapat banyak. Penuh 2 pinggan tadi. Selamat mencuba!
Roti jejari simple dan sedap ini hanya menggunakan campuran dua jenis tepung iaitu BESTARI dan sedikit tepung jagung. Tersangatlah mudahnya kan? Anak remaja pun boleh buat sendiri.
Menurut puan Har Ryea, dia mendapat resipi ini daripada perkongsian daripada grup MAHN. Cuma memandangkan tepung BESTARI sedikit masin, ditambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan rasanya. Tip itu juga diperoleh daripada grup masakan tersebut.
So, bagi yang belum cuba bolehlah cuba. Mudah dan sedap! Bajet pun tak tinggi.
Roti dipotong-potong memanjang atau gunting. Dalam satu mangkuk, bancuh tepung goreng BESTARI bersama tepung jagung. Tambah sedikit air. Kacau sebati jadi bancuhan tepung.
Dalam satu mangkuk lain, masukkan tepung goreng BESTARI dan tepung jgung, gaul rata. Tapi yang ini tak perlu bancuh. Biar kering.
Kemudian celup jejari roti ke dalam bancuhan tepung, kemudian gaulkan pula dalam tepung kering.
Setelah itu boleh terus goreng menggunakan api sederhana sampai ia bertukar jadi warna keperangan. Angkat dan toskan. Ulangi hingga selesai.
Siap, kita cicah dengan sos Thai. Makan panas-panas memang sedap. Kalau ada roti yang belum habis makan sedangkan waktu dah hampir expired, baik cepat-cepat masak ini. Gerenti habis licin anak-anak makan.
Kalau minum kopi, roti kering homemade ni memang padanan yang sedap tak terkata. Biasanya kita beli je di kedai runcit. Tetapi lepas ni, apa kata buat sendiri je menggunakan resipi dari saudari Suzie Maswar kerana caranya sangat mudah dan tidak mahal. Kalau ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh, dari dibiarkan berkulat, bolehlah buat roti kering begini. Jimat kan? Krup..krup rangup. Memang layan! Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
CARA-CARA BUAT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.