Roti benggali homemade memang berbeza dengan yang dibeli. Bila buat sendiri ni memang lagi sedap. Macam yang biasa kita beli dan makan waktu kecil-kecil dulu. Homemade dan bukan buatan mesin. Kini anda pun boleh hasilkan sendiri roti ni. Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri roti benggali pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Memang sedap!
Ads
RESIPI ROTI BENGGALI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1000gm tepung high protein
80gm gula
50gm susu tepung
12gm yis
10gm bread improver
2 biji kuning telur
550gm air
18gm marjerin
10gm garam
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan kesemua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
Sapu marjerin pada keseluruhan loyang dan susun doh-doh tadi. Biarkan seketika supaya doh naik sekali lagi.
Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit atau hingga bahagian atas roti keperangan.
Keluarkan, sejukkan diatas redai dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai. Lihata sahaj restoran yang menjual roti canai best, pasti penuh dengan pelanggan. Lebih enak jika didatangkan dengan kuah kari serta sambal yang power. Anda nak cuba buat sendiri roti canai untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya. Boleh makan semasa sarapan esok.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
2. Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
4. Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
5. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
6. Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
7. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
8. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
9. Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
10. Setelah garing, angkat dan nikmati bersama kari atau kuah dhal.
Nota: Dengan menggunakan asas doh roti canai ini, anda juga boleh hasilkan roti telur, roti bawang, murtabak dan sebagainya.
Roti keju salut telur ini memang sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Memang sedap dengan kejunya yang meleleh. Bahan pun tak banyak. Yang sudah tersedia di dapur rumah kita.
Sedap dimakan untuk sarapan, atau boleh juga dibuat untuk minum petang. Atau snek ketika duduk santai bersama keluarga pada waktu malam. Pendek kata, roti ini sesuai dimakan bila-bila masa yang kita suka.
Bahan pun tak banyak diperlukan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryea ini ye. Gerenti anak-anak suka.
Menu bakeri dan pasteri dari Hotel Armada PJ kali ini cukup istimewa. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru.
Ni min kongsikan 2 daripada resipinya, Lemon Meringue Tart dan Pistachio Biscotti. Kalau tart rapuh dan lembut, bicotti sejenis biskut berasal dari Itali ni pulak garing dan ringan.
Cuba tengok 2 resipi, ni ringkas aje bahannya…
1. LEMON MERINGUE TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit (sugar dough) :
125gm mentega
125gm gula
50gm telur
250gm tepung gandum
3gm garam
1gm esen vanila
Bahan untuk inti lemon :
220gm gula
200gm telur
1 biji lemon | diambil jusnya
260gm mentega
Bahan ‘topping’ meringue:
50gm telur putih
100gm gula halus
CARA MEMASAK : Cara buat inti lemon : 1. Didihkan gula dan jus lemon, api perlahan dan kacau 2. Tuangkan larutan jus lemon yang mendidih tadi ke dalam telur. Biarkan sehingga menjadi pekat. Cara buat meringue (topping): 3. Masukkan putih telur dengan gula ke dalam mangkuk, pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat dan pastikan pukul telur putih dengan kecepatan sederhana dalam ‘mixing bowl’ Cara masak lemon meringue tart: 4. Campurkan tepung, gula mentega dan garam, gaulkan hingga sebati 5. Kemudian masukkan esen vanila dan telur dan adunkan sehingga menjadi doh. 6 .Masukkan ke dalam acuan tart, tekan dan ratakan doh dan di sekeliling acuan. 7. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 15 minit. 8. Tuangkan inti lemon ke atas pai lalu hiaskan dengan meringue. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pencuci Mulut Keistimewaan : Gabungan rasa masam dan manis yang enak
Info Chef: Bakar kulit tart tidak melebihi 15 minit. Pembuatan pastri tart dan inti yang sedap kunci kelazatan pai
2. PISTACHIO BISCOTTI
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
200gm tepung gandum
140gm gula
3gm tepung penaik
150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata. 2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan. 3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit 4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis 6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup. 7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar selama dua kali Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali Keistimewaan : Ringan dan rangup
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
TERIMA KASIH : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Selangor Darul Ehsan,Petaling Jaya, Selangor . www.armada.com.my