Petang-petang dapat makan Pulut Udang ni, memang sedap kan. Lagi-lagi bila buat sendiri, memang tak puas makannya. Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan saudara Ariff Budiman Zainal Abidin. Anda sekeluarga pasti kagum dengan keenakan rasanya.
CARA BUAT PULUT UDANG SEDAP & MUDAH
BAHAN INTI PULUT:
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah* – beli online disini
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam) – beli online disini
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar* – beli online disini
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan bertanda *. Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar bagi halus.
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
Ads
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Petang-petang begini, kalau dapat makan Cucur Udang yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba resipi Cucur Udang yang admin kongsi ni. Resipi simple je. Tapi rasa dia memang best!
Suka makan donut? Anda kena cuba resipi Bomboloni Hot Pink Velvetperkongsian saudari Ainur Aziana ni. Sedap, lembut dan gebu. Memang puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BOMBOLONI HOT PINK VELVET
BAHAN A:
1 paket yis ( 11gm)
2 sudu maka susu pekat manis
1 cawan air suam
1 sudu teh emulco red velvet (campur semua bahan dan biar hingga yis naik)
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver ( pilihan)
2 sudu makan marjerin
1 sudu teh garam ( campur semua bahan dan ramas hingga jadi serbuk roti)
BAHAN C:
250gm krim keju
Susu pekat manis – sukatan agak-agak
Gula ising – sukatan agak-agak
Krim putar ( whipping cream) – pukul hingga kental (Pukul krim keju, gula ising dan susu pekat manis. Jumlah susu dan gula agak-agak ikut kemanisan yang anda suka. Campurkan dengan krim putar. Sebatikan dan simpan dalam peti sejuk.)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A ke dalam bekas berisi bahan B. Kacau sebati dan perap. Tak perlu uli lama. Adunan memang agak lembik. Asalkan doh tidak melekat di tangan, sudah dikira ok. 2. Perap doh selama 30 minit atau 1 jam. Tumbuk bagi membuang angin dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan biar hingga naik 2 kali ganda.
3. Goreng doh tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Bila bomboloni dah sejuk, isikan inti ( campuran bahan C) dengan secukupnya. Salut dengan gula (jika suka) dan sedia untuk dinikmati.
Memang sedap dapat nikmati kuih tradisi seperti kuih nagasari. Sedap tak terkata. Nak makan sedap macam ni kenalah rajin membalutnya. Pasti ada yang suka, jom kita buat untuk minum petang. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Fauziah.
KUIH NAGASARI Bahan-bahan: 1 beg tepung beras gajah 3(500gm) 1 cawan gula pasir 1 sudu kecil garam 6 1/2 cawan santan 3 helai daun pandan pisang berangan @ pisang nangka (Tp sis lebih suka pakai pisang berangan je)) daun pisang
Cara memasak:
1.Masukkan tepung beras,gula pasir.garam daun pandan yang disimpul ke dalam periuk. 2.Tuang santan. 3.Bancuh sedikit demi sedikit sampai habis..
4.Masak bancuhan tadi di atas api yang sederhana besar dan masak sampai pekat. 5.Gaul rata sampai berketul-ketul. 6.Gaul-gaul, ratakan. 7.Kecilkan api. Masak sampai pekat dah berkilat.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.