Sempena Tahun Baru Cina akan datang, jom kita cuba resipi kuih Nan Gua Bing atau kuih tradisional Cina ini yang menggunakan buah labu dan berintikan kacang merah.
Rupanya yang seakan-akan kuih bom, resipi yang dikongsikan Shahmila Radha ini sememangnya kuih tradisional orang Cina.
Kulit dia dari tepung pulut dan labu, inti tu selalunya kacang merah atau salted egg. Rasanya crispy di luar, cair di dalam. Lemak manis gitu. Tambah pula roll dalam sesame seeds memang crunchy!
NAN GUA BING (TRADITIONAL CHINESE PUMPKIN CAKE)
BAHAN-BAHAN:
Labu (rebus dan lenyekkan anggaran dalam 2/3 senduk besar) 2 senduk tepung pulut – beli online di sini 1 sudu besar gula icing/gula pasir –beli online di sini
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan di atas. Jangan campur dengan air. Saya suka kuih ni lembut dan rasa labu tu, jadi saya kurangkan tepung pulut.
2. Kalau nak kuihnya keras sikit, lebihkan tepung pulut. Letak pewarna kuning telur sikit kalau nak dia jadi cantik (golden colour) bila goreng. 3. Bila dah siap, doh dia jadi macam dalam gambar. Saya suka kurangkan tepung supaya rasa labu tu. Tapi kalau nak keras sikit tambah tepung lebih ok! 4. Inti kacang merah ni saya beli yang ready made. Buat bulat-bulat macam dalam gambar dan ketepikan.
5. Letak tepung sikit atas tangan, supaya tak lekat bila nak uli nanti. Mula, leperkan dulu dan letak inti kat tengah. 6. Balut inti tu dan pastikan inti tak terkeluar. Guna inti kacang merah memang senang nak uli sebab dia tak cair.
7. Bila dah bulat jadi bola, leperkan semula. Jangan risau. Inti tu takkan terkeluar. Ada sebab kenapa kuih ni leper sebenarnya. Bila leper kuih ni akan masak sekata dan inti dalam tu akan cair. 8. Bila dah siap roll dalam sesame seeds depan belakang.
9. Kuih ni boleh deep fry atau pan fry. Kalau nak kurangkan minyak masa menggoreng pun boleh.
10. Guna non stick pan fry dan boleh goreng macam biasa. Api kena sederhana, jangan terlalu kuat, nanti kuih cepat hangus.
11. Bila dah nampak warna bertukar keemasan, kena cepat-cepat angkat! Selepas goreng warna dia akan jadi golden brown colour.
Ads
12. Bila dah siap goreng tapis dulu minyak, baru hidang dalam pinggan. Nampak tak inti dia cair! Makan panas-panas memang ngam!
Sedapnya Cucur Kucai Udang ni. Kalau buat untuk minum petang memang sesuai sangat. Resipi yang sangat simple ini adalah perkongsian saudari Norhaniza Kamaruddin dan digunakan untuk niaga. Katanya memang laris. Bagi anda yang nak cuba boleh salin resipi di bawah ni. Malah kalau nak buat dalam jumlah yang sedikit, bolehlah bahagikan adunan bahan. Senang sangat. Selamat mencuba.
CARA MASAK CUCUR KUCAI UDANG PALING MUDAH & SEDAP
SUKATAN 1 KG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1/2 paket ibu roti @ mauripan @yis
Garam secukup rasa
1 sudu makan lada sulah
2 sudu makan cili kisar
1 ikat kucai
Tauge – dalam RM1
1 biji telur – pilihan. Jika tiada, boleh abaikan.
Udang kertas secukupnya
Air masak – kuantitinya agak-agak dengan jumlah tepung
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali kucai dan udang) di dalam bekas bersesuaian. Adun sebati hingga tak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 2. Tambahkan kucai dan udang. Gaul sekali lagi hingga sebati.
3. Biar adunan selama 30 minit sebelum digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng bancuhan cucur tadi hingga garing.
Sedapnya Jemput Jemput Isi Durian. Tatkala musim durian tiba, macam-macam menu boleh kita buat. Pengat, Serawa, Kek, Aiskrim, Bubur Kacang letak durian, Durian Crepe, Mille Crepe dan banyak lagi lah. Tapi ada juga yang versi sempoi dan mudah. Salah satunya adalah menu yang satu ini. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kalau makan onas-panas, fuh… Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Faridzoh Abd Rahman. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT JEMPUT JEMPUT ISI DURIAN YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Isi durian
Tepung gandum – beli online disini
Sedikit tepung beras – beli online disini
Sedikit tepung kek (tak letak pun tak apa)
Gula jika perlu
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Ambil durian dan asingkan isi bersama bijinya.
2. Satukan dengan tepung beras, tepung kek (jika perlu) dengan secukupnya.
3. Tambahkan juga sedikit garam dan gula jika adunan jemput-jemput kurang manis.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan jemput adunan durian tadi.
5. Goreng hingga garing dan keperangan.
6. Angkat dan toskan minyak. Jemput Jemput Durian sedia untuk dinikmati.
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung yang jadi kegemaran orang Kelantan, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera. Ada resipi Kerutup Ayam, Singgang Daging Lengkuas, Ayam Percik dan Teresek Kacang Panjang. Cubalah.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...