Sedapnya Puding Milo Oreo. Jika dimakan sejuk-sejuk, pastinya sangat menyegarkan. Resipi yang dikongsi oleh saudari Fauziah Yahya ini pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Memang ‘ngam’lah. Malah beliau juga berkongsi perua membuat puding ini supaya setiap lapisannya melekat elok dan tidak terpisah bila dipotong. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
CARA MEMBUAT PUDING MILO OREO SEDAP & MELEKAT SEMPURNA
CARA MEMASAK: 1.Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. 2.Kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan hingga larut baru masukkan susu cair. Masak hingga mendidih. Kacau betul-betul ya. 3. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo. Kacau hingga sebati. 4. Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk adunan Milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk elak agar2 membeku. 5. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua Oreo.
6. Apabila permukaan agar-agar putih oreo sudah mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar milo. (puding akan ada 3 lapisan) 7. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah dingin baru masukkan dalam peti sejuk.
TIP UNTUK MELAPIS SUPAYA PUDING MELEKAT SEMPURNA
1.Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya. 2. Jika sudah mengeras, guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya. 3. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.
Apa hidangan istimewa di Hari Raya Korban?Rasa macam nak buat gulai kawah dan nasi kebuli seperti yang dikongsi oleh Kallthom Mohamed. Barulah ada feel hari raya. Daging segar dan segala ramuan sudah tersedia, jomlah kita buat. Bila cukup ramuan barulah sedap gulai kawah yang dihidangkan.
GULAI KAWAH Bahan-bahan:
1 1/2 kg daging (ada orang suka + tulang)
1 ulas bawang besar*
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 hiris halia*
2 hiris lengkuas*
3 hiris kunyit*
3 sudu besar rempah kampung
1 1/2 senduk cili mesin
450-500gm santan pekat
1 sudu besar nyor gula
Nisang/gula
Garam
Asam jawa
Belacan (pilihan) Kisar semua bahan bertanda *
Bahan-bahan untuk menumis:
Rempah 4 beradik
3 ulas bawang merah- mayang
2 ulas bawang putih-mayang
Minyak untuk menumis
Cara memasak; 1.Panaskan minyak, masukkan bawang, halia mayang dan rempah 4 beradik. 2.Bila dah naik bau (bawang warna kuning), masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi berserta cili mesin. 3.Kacau dan bila dah naik bau (pecah minyak) masukkan daging. Masukkan air asam jawa, belacan dan secubit garam. Kacau rata dan tutup periuk.Kita mati air dulu. *** api jangan terlalu besar untuk mengelak daging lambat empuk. 4.Buka dan kacau sekali sekala. 5.Bila daging dah empuk, masuk nyor gula. 6.Kacau dan bolehlah masukkan santan, garam dan nisang. Tambah air jika perlu. Kacau sekali sekala. 7.Bila dah mendidih, slowkan api dan masaklah sehingga pecah minyak.
NASI KEBULI Bahan-bahan:
3 mug beras (kite guna beras Basmathi) * Jika guna beras Siam atau beras biasaKena tambah beras pulut ( 4:1) Basuh bersih dan rendam sekejap.
4 1/2 mug air
3 ulas bawang merah- mayang
2 ulas bawang putih- mayang
1 inci halia (ketuk)
Rempah 4 beradik
Daun pandan
1 sudu besar lada hitam dan 1 sudu besar ketumbar diblend/ditumbuk kasar + 1 sudu besar halba – bunjutkan seperti sup bunjut
Minyak utk menumis.
Cara memasak: 1.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dimayang, 4 beradik, halia & daun pandan. 2.Tumis hingga naik bau. 3.Tambah air dan rempah yang dibunjut tadi. Bila dah mendidih masukkan beras, garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup peiuk. Kite guna rice cooker je. Kredit: Kallthom Mohamed
Sesekali terasa nak makan kek, pastinya anda akan tercari-cari resipi yang paling mudah dan sedap untuk dicuba. Namun kebanyakan resipi kek menggunakan mentega. Kalau dekat rumah anda hanya anda marjerin, anda masih lagi boleh buat kek yang sedap tau. Tak perlu pun beli mentega. Jom cuba! Puan-puan pasti suka akan rasanya.
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
370gm marjerin
380gm gula halus
500gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
8 biji telur
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
280gm cawan marjerin
285gm cawan gula halus
5 biji telur
185gm cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
130gm susu pekat
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
185gm tepung gandum
4 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu makan ovalette | jika suka
1/4 sudu teh garam
7 sudu makan susu sejat
1 sudu teh esen vanilla
60gm marjerin cair
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
Masukkan marjerin cair. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
4. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum | diayak
190gm gula pasir
90gm marjerin/mentega | dicairkan
180ml air suam
1/2 bungkus yis segera
5 biji telur
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
Pukul gula, telur, telur kuning dan marjerin cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
5. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum
130gm susu pekat
90gm marjerin
5 biji telur
190gm gula pasir
250ml air
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
6. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin
190gm gula halus
1/4 sudu teh garam halus
4 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh esen ros
Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Cantik pula cream puff ni bila dibeli, letak pula dalam kotak bersusun begini. Nak beli sekotak memang harga pun boleh tahan mahalnya. Kalau anda penggemar cream puff ni, boleh jer buat sendiri.
Mula-mula buat untuk keluarga makan, bila dah pandai nanti boleh ambil order. Tambah juga pendapatan anda. Boleh ikut resepi yang dikongsikan ini.
CREAM PUFF
Bahan-bahan Puff:
110g butter
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
2g gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
Cara membuat:
1.Masukkan air,butter,gula,garam kacau sebati hingga mendidih.
2.Perlahankan api masukkan tepung kacau sehingga tidak melekat. Tutup api.
3.Kacau sehingga adunan suam kemudian masukkan telur 1 persatu hingga habis.
4.Pipekan guna nozel 1M, bakar dengan kepanasan suhu 180, 30 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...