Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang nampak sedap dan membuka selera. Masak pula menggunaan udang bersaiz besar, memang lagi puas hati. Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk, boleh cuba resipi ni. Memang terbaik.
CARA MASAK UDANG BUTTER NESTUM SEDAP
.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg udang- seeloknya guna udang bersaiz besar
- 3 sudu makan mentega – beli online disini
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 2 biji cili api – racik
- Tepung jagung – beli online disini
- 1 mangkuk kecil nestum – beli online disini
- Lada sulah – beli online disini
- 2-3 tangkai daun kari – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masukkan udang ke dalam bekas. Taburkan garam, lada sulah dan tepung jagung. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing.
3. Goreng sekejap sahaja dengan menggunakan api besar. Kemudian angkat dan toskan.
4. Dalam kuali lain, panaskan mentega.
5. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
6. Kemudian masukkan nestum. Kacau rata.
7. Masukkan juga perencah Cukup Rasa.
8. Tambahkan juga sedikit gula dan kacau lagi biar rata.
9. Akhir sekali masukkan udang.
10. Gaul sehingga nestum menyelaputi udang.
11. Angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=xz30qQp3k3I
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akok Sedap & Mudah, Resipi Warisan Nenek
Resipi akok ini walau mudah dibuat, tapi tak ramai generasi muda tau membuatnya. Dulu-dulu nenek-nenek masak , bakar dengan sabut kelapa. Bagi Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku Malaysia, dulu dia sering berkepit dengan nenek untuk melihat arwah neneknya yang rajin memasak akok.
Dari situlah dia berminat untuk cuba membuatnya. Tetapi sudah pastilah dengan menggunakan oven.
Khadijah yang membahasakan dirinya Cik Tie turut menurunkan petua dari arwah neneknya untuk mendapatkan aroma dan rasa akok yang sedap iaitu memastikan tepung beras disangai hingga akak kekuningan. Jom semak resipi warisan daripada arwah nenek Cik Tie ini.
AKOK LEMBUT SEDAP
(Untuk 30 biji akok)
BAHAN-BAHAN :
- 13 biji telur
- 1/4 paket Tepung beras (125g)
- 1 1/4 cawan santan (diperah dari 1 biji kelapa)
Bahan Air Gula :
- 500gm gula pasir
- 1 cawan air (cawan minum teh)
- 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK :
1. Mulakan dengan masak air gula. Masukkan ke semua bahan air gula ke dalam periuk.Gunakan api yang sederhana. Bila air gulanya dah mendidih dan sedikit pekat tutup api. Biarkan air gula sejuk.
2. Apabila air gula dah sejuk boleh lah sangaikan tepung beras sehingga warnanya agak kekuningan untuk bangkitkan aroma akok dan dapatkan rasa yang sedap. Pastikan api perlahan, untuk pastikan tepung tak terlebih masak.
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan air gula, santan & tepung beras.
5. Kacau adunan sehingga sebati.
6. Tapiskan adunan. Untuk pastikan tiada ketulan.
7. Kemudian adunan direhatkan @ dibiarkan selama 2 jam. Supaya apabila dibakar akok akan naik cantik.
8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit. Sapukan acuan muffin dengan minyak supaya akok tak melekat. Cik Tie suka sapukan dengan daun pandan supaya aromanya lebih harum.
9. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
10. Bakar ke dalam oven pada suhu 200 Celcius selama 10-15 minit. Guna api atas dan bawah. Siap.
.
Kredit foto & resipi : FB Meester Muruku Malaysia
#dapur LAZZ
INGIN MENCARI PILIHAN OVEN TERBARU UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMBAKAR AKOK DAN KEK SERTA BISKUT. JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
11 Koleksi Resipi Kuih Muih Pedas, Boleh Cuba Untuk Berbuka.
Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .
Buah-buahan beri memang enak jadi ramuan kek. Tapi buah-buahan tempatan seperti mangga, nangka dan pisang pun super sedap dibuat kek. RASA menampilkan resipi dari Fadzil Md Salleh , Dill Cakes.
5 resipi original kek yang berasaskan nangka, pisang, mangga dan buah-buahan beri dan citrus ini pastinya menceriakan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Jom ‘baking…
DILL MANGO CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
- 350gm krim keju
- 1/3 tin susu pekat
- ½ cawan krim putar
- Sedikit esen vanilla
Bahan lapisan bawah @ crust:
- 150gm biskut Marie
- 75gm mentega | dicairkan
Bahan puri mangga :
- 1 biji mangga | sederhana besar
- 1 sudu teh gula
*Dikisar bersama
- Buah mangga potong kiub kecil
CARA MEMASAK :
Cara masak crust :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan, masukkan adunan di dalam loyang 15sm ( 6 inci).
3. Tekan adunan supaya padat dan masukkan sebentar dalam peti sejuk agar lebih padat.
dengan butter yang telah dicairkan. Letakkan adunan dalam loyang 6 inc. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya padat.
Cara masak kek keju mangga:
- Putar krim keju dan susu serta krim putar hingga sebati dan masukkan esen vanilla.m hingga sebati, masukkan esen vanila.
- Masukkan 1/3 puri manga dan potongan kiub kecil manga, gaulkan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
- Bakar dalam oven (suhu rendah, slow temperature ), 70 darjah Celsius selama 2 setengah jam.
- Keluarkan dan masukkan di dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang.
- Sapu lebihan puri manga di atas kek, hias atas kek dengan mangga yang telah dipotong kiub mengikut kreativiti sendiri.
Saiz hidangan : Satu Loyang bulat (15sm @ 6 inci)
Waktu memasak : 2 ½ jam
Cara masak : Bakar dengan suhu rendah
Jenis masakan : Kek keju berasaskan mangga
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Biarkan keju selama 30 min pada suhu bilik sebelum diputar
FRUITY VANILLA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
- 100gm mentega tanpa garam
- 160gm gula castor
- 50gm krim masak atau boleh guna yogurt
- 3 biji telur A
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 biji orange | ambil parutan kulitnya
- 200gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 600gm buah-buah citrus | pic, anggur, strawberi, raspberi dan blueberi, basuh dan potong
CARA MEMASAK :
- Satukan tepung dengan serbuk penaik dan ayak.
- Pukul mentega, krim masak dengan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan gebu.
- Masukkan telur satu persatu sehingga kembang.
- Masukkan esen vanilla dan parutan kulit oren dan terus putar.
- Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga rata.
- Masukkan sedikit buah-buah yang telah dipotong. Masukkan adunan dalam loyang bulat 17.7 sm (7 inci) yang dilapik kertas dan dioles mentega.
- Susun lebihan buah di atas kek mengikut kreativiti masing-masing. Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 45 min – 1 jam atau sehingga keperangan.
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (17.7sm @ 7 inci)
Waktu memasak : 45 minit hingga 1 jam
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek daripada campuran buah-buahan
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dengan buah-buahan yang lazat
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Bagi mengelakkan buah-buahan daripada terlalu garing di atasnya, 15 minit sebelum kek masak balut kek dengan aluminium foil.
CHOC BANANA MOIST
.
BAHAN-BAHAN :
- 170gm tepung gandum | diayak
- 1 cawan serbuk koko | diayak
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh krim tartar
- 1 cawan air
- 1 cawan minyak jagung
- 1 ½ cawan susu cair
- 2 biji telur
- 1 ½ biji pisang | dilenyekkan
Bahan filling @ inti :
- 500ml krim putar
- 3 sudu makan pisang yang telah dilenyekkan
*Pukul krim putar hingga kental dan masukkan pisang yang dilenyek. Kacau rata.
Bahan ganache coklat :
- 150gm krim putar (dairy)
- 15gm sirap glukos
- 250 gm coklat
- 10gm mentega
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam bekas, gaul rata dan masukkan telur, minyak, air dan susu cair. Kacau rata.
- Masukkan pisang yang telah dilenyekkan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 23sm @ 9 inci dan bakar pada suhu 170 C – 180C selama 60 minit sehingga masak.
Cara membuat ganache coklat :
- Didihkan krim putar dan sirap glukos, tuangkan ke dalam bekas berisi coklat
- Kacau rata hingga coklat larut, tambahkan mentega dan kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Cara melapis kek :
- Selepas kek sejuk potong kek pada tiga bahagian. Pada setiap lapisan sapukan inti yang telah diputar bersama hirisan nipis pisang.
- Ulang untuk lapisan kedua dan ketiga. Sapu dan salutkan kek dengan coklat ganache dan hiaskan dengan hirisan buah pisang .
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (23sm @ 9 inci)
Waktu memasak : 60 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasaskan pisang
Keistimewaan :Kek dengan rasa pisang segar dan enak berkrim dan bercoklat
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Rendam pisang dalam air lemon selama 15 minit untuk mengelakkan pisang daripada menjadi lebam. Usah putar whipping cream terlalu lama atau laju kerana ia menjadikan krim terlalu pekat dan payah disapu.
4. DILL RASBERRY CHEESE CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
- 350gm krim keju
- 1/3 tin susu pekat
- ½ cawan krim putar
- Sedikit esen vanilla
Bahan kerak @ crust :
- 150gm biskut Marie
- 75gm mentega | dicairkan
Bahan puri raspberi :
- 250gm buah raspberi | *Boleh juga guna yang siap dalam botol
- 1 sudu teh gula
* Kisar hingga hancur
CARA MEMASAK :
Cara membuat crust :
- Hancurkan biskut Marie dan kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
- Letakkan adunan dalam loyang berukuran 6 inci @ 15sm. Tekan adunan sehingga padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya lebih mampat dan kukuh.
Cara memasak kek keju raspberi :
- Putar krim keju dan susu serta krim putar sehingga sebati. Masukkan juga esen vanila.
- Masukkan 1/3 puri raspberi dan potong kiub kecil buah raspberi, gaulkan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
- Bakar dalam suhu 70 darjah Celcius selama dua setengah jam
- Keluarkan dan masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 minir supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang.
- Sapu lebihan puri raspberi di atas kek
- Hiaskan kek dengan buah raspberi mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (15sm @ 6 inci)
Waktu memasak : 2.5 jam
Cara masak : Bakar dengan suhu rendah
Jenis masakan : Kek berasaskan raspberi, dengan ketulan raspberi segar
Keistimewaan : Gandingan keju dan raspberi menghasilkan keenakan keju tanpa muak
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Buah raspberi cepat rosak, jadi seeloknya waktu hendak dihidang baru diletakkan buah raspberi di atas kek.
5. JACKFRUIT VANILLA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
- 375gm mentega
- 340gm gula castor
- 6 biji telur
- 340gm tepung naik sendiri
- 340gm isi Nangka | dikisar jadikan puri
- 250gm isi Nangka | diracik kasar
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula serta esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu, putar hingga halus
- Kemudian masukkan tepung dan puri nangka. Masukkan nangka yang telah diracik kasar dalam adunan.
- Bahagikan kepada dua adunan. Masukkan dalam loyang 8 inci @ 20sm yang telah diletak kertas kek dan dioles dengan mentega.
- Bakar dalam suhu 160-170 darjah Celscius selama 45 minit
Saiz hidangan : Dua loyang bulat (20sm @ 8 inci)
Waktu memasak : 45 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas buah nangka
Keistimewaan :Kek berperasa nangka yang enak dengan rasa nangka sebenar
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Resipi yang sama boleh digunakan untuk buah-buahn ganti yang lain seperti cempedak, oren dan epal.
JURU FOTO ; NURUL AKMA AZIMI
RESIPI : FADZIL MD SALLEH, DILL CAKES
TERIMA KASIH: Dill Cakes, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya, Shah Alam
http://dill-cakes .blogspot.com , fb/insta:fadzilmdsalleh, page: dill cakes
ANDA SEDANG MENCARI KETUHAR ELEKTRIK ATAU OVEN YANG TERKINI, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
JOM CUBA RESIPI INI :
Resipi Buat Kek Coklat Velvet Horlick Moist Yang Sedap Kemain
DAN TENGOK JUGA VIDEO MENARIK NI :
Resipi Kuih Bakar Pandan Sedap Untuk Minum Petang
Kuih Bakar Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nur Aisyah Nasa ni? Tak susah pun. Jom cuba!
RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
8 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan santan – beli online disini
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan gula – beli online disini
3 biji telur
2 sudu besar margerin – beli online disini
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
1 sudu kecil pewarna hijau (optional) – beli online disini
Sedikit bijan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Sebelum membuat adunan, panaskan ketuhar pada suhu 170C .
2. Kisar 1 cawan air bersama daun pandan. Tapiskan.
3. Masukkan kesemua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar kemudian kisar sebati.
4. Tapis adunan tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin atau minyak masak.
5. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
6. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan keperangan.
7. Cucuk Kuih Bakar dengan lidi. Jika lidi bersih bermakna Kuih Bakar sudah masak.
8. Pastikan Kuih Bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas tekstur kuih ini sedikit lembik.
Kredit resipi & foto: Nur Aisyah Nasa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Petua Masak Sambal Sotong Jadi Lebih Sedap. Kena Tambah 1 Bahan Ni
Nasi Goreng Cili Padi Resipi Dari Mak, Simple Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official