Sesekali teringin nak makan Bingka @ Bengkang Ubi Kayu, anda boleh cuba membuatnya sendiri kerana kuih ini sangat senang disediakan. Cuma memerlukan sedikit usaha untuk menyediakannya. Sedap dan sangat memuaskan. Makan masa baru lepas dimasak, memang sangat sedap. Bila buat sendiri ni, tahap kemanisannya juga kita boleh sesuaikan ikut selera. Nak cuba? Saudari Fifa Ayu ada kongsikan resipi yang cukup mudah untuk anda. Ada tip bagi anda yang nak buat kuih ini tapi menggunakan santan kotak. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI BINGKA @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN: 4 cawan penuh (padat) ubi parut/ kisar 1 cawan santan pekat – beli online disini 1 cawan air 1 cawan gula – beli online disini 1 sudu teh garam Beberapa titik pewarna kuning telur (empunya resipi guna pewarna oil base) – beli online disini 2 sudu makan marjerin @ mentega yang dicairkan – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Kupas licin ubi kayu kemudian parut. Anggaran ubi kayu yang digunakan lebih kurang 1 kg lebih (masih ada sisa). Parutan ubi kayu ini tidak perlu diperah.
Ads
2. Sukat parutan ubi kayu sebanyak 4 cawan penuh dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air, santan pekat, gula, garam dan pewarna. Kacau sebati.
3. Adunan yang sudah dikacau. Jika menggunakan santan kotak, masukkan 2 sudu makan marjerin atau mentega yang dicairkan (optional). Kacau sebati sekali lagi.
4. Ambil loyang dan griskan dengan mentega dan juga dilapik dengan baking paper. Masukkan adunan. ( empunya resipi guna loyang saiz 8 inci.)
5. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 1½ jam atau mengikut ketuhar masing-masing.
6. Bila Bingka Ubi Kayu telah siap dibakar, boleh letak majerin @ mentega dan sapu dipermukaannya supaya nampak cantik berkilat dan kerak pun sedap.
7. Bila kuih telah sejuk atau suam, keluarkan dari loyang dan potong. Sedia untuk dinikmati.
Masih dalam mood raya. Mungkin ada yang nak buat potluck di pejabat. Mungkin boleh buat rendang ikut resipi ini. Rendang tu nampak berminyak sebab tumis bahan-bahannya lama. Rendang ni tumis lama lagi sedap. Bila masukkan ayam elok sebati dan sedap. Sesetengah orang tak suka berkuah, suka kering. Jadi ini rendang versi berkuah.
Rendang Ayam (1 ekor ayam)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
8 batang serai*
5 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 sudu cili blend(ikut kepedasan masing-masing)
2 asam keping
5 sudu kerisik
500g santan (atau agak-agak saja)
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk kunyit
4 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Ajinomoto
Cara memasak:
1.Kisar halus bahan bertanda *.
2.Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan bertanda * dan cili blend. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
3.Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan aji.
4.Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
5.Masukkan daun limau dan kerisik.
6.Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
7.Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap untuk dihidang.
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni. Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk masak untuk keluarga, perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba.
CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
½ biji nanas
Kangkung secukupnya
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 2. Masukkan nanas dan serai. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula ikan. 3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas. 4. Padamkan api dan masukkan kangkung. Ia akan menjadikan kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup. 5. Perah jus limau nipis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Bila tiba malam, nasi ni dah tak berapa nak makan nasi dah. Kalau hidangan mi atau bihun, bolehlah juga. Tapi, kalau asyik makan mi goreng yang biasa buat tu pun naik jemu juga.
Kalau anda ada masalah seperti diatas ni, boleh cuba resipi MI DAGING ni. Comfirm tak tolak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.