Sedapnya Popcorn Caramelperkongsian Chef Garang ni. Bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas dan anda sendiri boleh cuba buatnya di rumah. Jangan risau, alatan memasaknya juga mudah. Cukup sekadar ada periuk dan ketuhar. Dah boleh buat snek ni untuk kudapan suami dan anak-anak. Jom lihat cara-caranya!
Pakora merupakan antara snek yang popular dalam kalangan masyarakat India. Memang sedap dimakan panas-panas. Rangup di luar, lembut di dalam. Nak lebih enak, boleh tambahkan keju di dalamnya. Bertambah enak rasanya. Tak jemu menikmatinya.
Hidangan ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana Anchor Cheese Slices kaya dengan kalsium dan protein. Diperbuat dengan susu dari New Zealand, keju ini memang wajib ada dalam peti anda. Memang mudah khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja.
Rebus ubi kentang hingga empuk lalu toskan (buang lebihan air) kemudian tuang ke dalam mangkuk. Hancurkan/tumbuk ubi kentang kasar (jangan terlalu lumat). Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali Anchor Cheese Slices dan bahan-bahan B ke dalam mangkuk lalu gaul rata.
Potong Anchor Cheese Slices dan masukkan dalam mangkuk, gaul rata.
Masukkan tepung gandum dan air sedikit demi sedikit lalu gaul rata.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil secubit bancuhan tadi lalu masukkan ke dalam minyak panas (seperti membuat cekodok). Goreng hingga keperang-perangan dan hidangkan panas bersama sos pilihan.
Dapatkan lebih banyak petua yang memudahkan kehidupan kerja-kerja anda di laman web RASA:
Tercari-cari menu yang mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM15, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
1. AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
6 ketul kepak ayam | dipotong dua
5 tangkai cili kering | dikisar
1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai | dikisar
1cm halia | dikisar
1cm lengkuas | dikisar
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
1/2 biji kelapa | diambil santannya
5 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
4 tangkai cili kering | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
350gm hati ayam
1 biji bawang besar | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
3 tangkai cili kering | dikisar halus
5 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm terung pipit
50gm ikan bilis
30gm cili padi hijau | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1cm belacan | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
Barli membantu menyejukkan tubuh terutama bagi mereka yang menghidap demam. Selain dijadikan minuman, barli juga sebenarnya sesuai dijadikan bubur. Tambah sedikit keledek atau lobak merah untuk menambah cita rasanya. Bubur barli yang dihirup suam-suam boleh menyejukkan tubuh dan sekali gus membantu menghilangkan panas badan yang demam.
RASA tampilkan resipi bubur barli untuk anda.
BUBUR BARLI
BAHAN-BAHAN
1 cawan barli (direndam 1 jam dan toskan)
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar gula merah
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus barli dengan 2 cawan air sehingga kembang. Lebih kurang 30 minit.
2. Dalam periuk lain, isi 1/2 cawan air. Kemudian masukkan gula pasir dan gula merah. Biarkan mendidih.
3. Tapiskan bancuhan gula ke dalam periuk berisi barli tadi.
4. Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih lagi.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia hidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!