Menu rojak betik, popular di kalangan orang Terengganu. Siapa yang pernah rasa dan makan, pasti tahu kesedapannya yang menyelerakan.
Rojak betik kuah ikan ini dimakan dengan keropok keping, nenas dan timun batang yang dipotong kecil. Memang sedap! Lagi sedap bila makan sejuk-sejuk.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, menggunakan betik yang sedikit masak.
ROJAK BETIK
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik (masak mekar) 2 biji timun batang 1 biji nenas 6 ekor ikan selayang | direbus dengan asam keping & garam, isi ikan ditumbuk dan air ikan digunakan untuk kuah) 5 sudu besar cili boh – beli online di sini ½ kerek besar nisse – beli online di sini 1 mangkuk air asam jawa – beli online di sini Cuka makan secukup rasa Garam, gula & perasa ½ inci belacan – beli online di sini 7 biji cili api (boleh ditumbuk masuk dalam kuah buat yang suka pedas) – beli online di sini
1. Masukkan nisse, sedikit air dan cili boh ke dalam periuk. Masak sampai nisse cair. 2. Kemudian masukkan air asam jawa, cuka, gula, garam, belacan dan perasa secukup rasa. Kacau-kacau.
Siapa di sini sama macam min? Kalau makan, memang nak kena ada sambal. Barulah lancar makan sampai menambah 3 pinggan nasi kan.
Sambal ringkas macam ni, makan dengan nasi panas-panas pun berseleralah.
Bila ada je sambal atas meja bersama lauk lain, mesti peminat makanan pedas akan teruja kan. Kalau pergi kedai, mesti tanya punyalah.
Jom kita buat resipi sambal lonte yang mudah ini hasil perkongsian saudari Umi Watie. Senang sangat cara untuk membuatnya. Bahan-bahan yang wajib ada di semua rumah. Cuma perlukan kerajinan sikit saja. Jom buat.
1.Basuh ikan bilis dan ditoskan kering. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Gorengkan semua bahan. Kacau-kacaukan biar semua masak serata. Hati-hati supaya sambal lonte tidak menjadi sambal hangus.
3.Bila semua nampak dah garing dan layu, toskan. Biarkan suam sikit.
4. Kemudian, tumbuk dengan lesung batu. Tumbuk semua bahan sampai sebati.Terpulang sama ada suka tumbuk kasar atau halus. Terpulang pada selera masing-masing.
5. Apabila sudah siap, perasakan dengan cili gula. Kemudian, bubuh dalam piring. Hidangkan dengan ulaman dan nasi panas.
Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan Bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.