Anda sedang mencari resipi yang sesuai untuk hidangan minum petang? Jom cuba buat Crab Stick Wonton Cups yang mudah dan sedap ini. Kombinasi kulit wantan yang rangup, kelazatan isi ketam yang pedas serta taburan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes yang membuka selera. Memang best guna Perfect Bakes ni kerana ia akan memberi hasil kerak perang keemasan yang menyelerakan. Sesuai untuk hidangan yang dibakar. Jom cuba.Resipi Crab Stick Wonton Cups Yang Mudah. Anak-Anak Mesti Suka!

CRAB STICK WONTON CUPS

Resipi Crab Stick Wonton Cups Yang Mudah. Anak-Anak Mesti Suka!

BAHAN-BAHAN:

  • 6-8 keping wantan segera
  • 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 180gram isi ketam (crabsticks) – carik-carikkan
  • 50gram Anchor Cooking Cream
  • ½ biji bawang holland – cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • ½ sudu teh chili flakes
  • 1 batang daun bawang – cincang halus
  • 1 biji cili merah – buang biji & cincang
  • 1 sudu teh sos soya cair
  • 1 biji telur
  • Garam & lada sulah secukupnya
  • Anchor Unsalted Butter secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk; pukul telur bersama Anchor Cooking Cream, serbuk cili, serbuk lada hitam, chili flakes, garam dan lada sulah secukup rasa. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan cincangan isi ketam, bawang holland, daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
  3. Sediakan dulang acuan muffin. Sapu sekeliling acuan dengan Anchor Unsalted Butter.
  4. Susun kulit wantan di dalam dulang acuan muffin dan rapikan.
  5. Tuang campuran isi ketam ke dalam kulit wantan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes di atas inti.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10-12 minit atau hingga masak. Hidangkan panas.

 

JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX

Resipi Crab Stick Wonton Cups Yang Mudah. Anak-Anak Mesti Suka!

Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.

Anda hanya perlu:

  1. Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
  2. Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
  3. Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.

Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.

IKLAN

Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .

Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.

Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!

IKLAN

Jom join!

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI