Adunan Lempeng Pisang perkongsian saudari Eniza M. Salim nampak sedap dan gebu. Makan panas-panas di waktu pagi atau petang, memang terbaik. Bahan-bahannya ringkas sahaja malah nak masaknya pun cukup mudah. Boleh guna pisang emas. Namun jika tiada, anda boleh sahaja guna mana-mana jenis pisang yang ada. Paling penting, masak sempurna. Barulah sedap lempeng anda masak nanti. Terasa nak makan Lempeng Pisang yang sedap, wangi dan beraroma? Nah..resipi ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat KuihNagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Zura Abdullah yang anda boleh cuba. Tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk dan jika tiada daun pisang, boleh cetak guna acuan lompang atau loyang sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Kacau hingga agak sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan jagung. Kacau lagi hingga pekat dan likat. Tutup api. 3. Untuk mencetaknya, boleh bungkus adunan menggunakan daun pisang atau plastic tahan panas. Untuk lebih mudah, masukkan sahaja ke dalam acuan Kuih Lompang. Boleh juga guna loyang biasa atau apa-apa sahaja cetakan yang sedia ada.
4. Biar kuih sejuk dan bolehlah dinikmati.
Nota: Selain jagung, boleh juga gantikan dengan cendol. Pun rasa sedap.
Kuih muihMelayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. BINGKA UBI KELAPA CERI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu | parut
2 cawan santan
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
1/2 cawan buah ceri
Sedikit mentega
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dgn sedikit mentega 2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas. 3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa lemak santan dan ubi yang sedap Cara memasak : Bakar
2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja. 2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana. 3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata. 4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. 5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi. 6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak.
Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa kacang hijau yang sedap Cara memasak : Bakar
3. APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh ovalette
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning dan pink secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang 2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan. 4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Manisan tradisional Keistimewaan : Rasa lemak santan, manis dan gebu Cara memasak : Kukus
4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum
Tepung gandum secukupnya
Gula secukup rasa
Secubit garam
Jem strawberi secukupnya
Hirisan pisang secukupnya
Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK: 1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya. 2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya. 3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 4. Sedia dinikmati.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kukusan. 2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. 3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik. Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM SEMAK DI SINI.
Kuih muih melayu memang tiada tandingan kesedapannya. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai ialah kuih apam. Jika dimakan dengan kelapa muda memang habis sepinggan. Jom kita buat apam gula hangus kukus hanya pakai kuali. Memang elok menjadi.
APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan: 1 ½ cawan tepung gandum ½ cawan minyak 1 sudu kecil soda 2 sudu kecil susu pekat 2 biji telur 1 cawan air panas untuk gula hangus 1 cawan gula dihanguskan secantik habis sebab kejadian apam bergantung pada warna gula hangus
Cara membuat: 1.Masukkan gula putih dalam kuali sambil kacau perlahan-lahan. 2.Bila bertukar perang, masukkan air panas, perlahan-lahan. 3.Blender semua bahan hingga sebati. 4.Tuang adunan dalam bekas dan kukus guna kuali. Kukus 10 minit saja dah siap. Kredit: Nur Fairus Mohd Adam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!