
Pau goreng inti kacang merah merupakan antara kuih yang digemari ramai terutamanya jika dimakan panas-panas. Pau yang gebu pasti akan buat anak-anak makan tanpa henti. Cubalah buat di rumah untuk menu minum petang hujung minggu nanti dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Eyfa Emir ini.
PAU GORENG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu besar minyak
- Bancuhan yis (1 paket yis kering + 2 sudu besar gula + air suam)
- Air suam dalam 2 1/2 cawan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bancuh yis dahulu dan biarkan sehingga kembang.
2. Satukan bahan kering termasuk minyak.
3. Gaul rata dengan menggunakan tangan atau pengadun doh.
4. Masukkan yis dan air. Gaul supaya tidak lekat.
BACA JUGA: PAU BAKAR BUAT UNTUK MINUM PETANG
5. Adun doh dalam 10 minit dan biar sampai naik 2 kali ganda.
6. Kemudian, bulatkan kecil-kecil dan masukkan inti.
7. Biarkan sekejap dan goreng guna api sederhana.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Eyfa Emir
Nak beli KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sagu Gula Melaka Sedap & Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur & Berketul
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI