Kadang-kadang nasi putih yang dimasak tak habis dimakan. Nak simpan dalam peti sejuk pula terlalu sikit. Jadi anda boleh buat nugget ayam hoemmade ni. Sedap & pasti tak membazir.
NUGGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi sejuk
2-3 keping isi ayam dicincang – lebih banyak lebih sedap
5 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam – boleh hancurkan sedikit dengan air panas
Sedikit air – untuk mengisar
BAHAN SALUTAN:
2 biji telur
Serbuk roti
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dengan sedikita air. Jangan letak air banyak nanti adunan jadi lembik.
2. Kisar sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan dalam bekas bersesuaian.
3. Ambil bekas tahan panas atau loyang. Sapukan sedikit minyak.
4. Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, potong kecil.
5. Celup kepingan nugget tadi dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Jika nak sejukbekukan, hanya simpan terus dalam bekas tanpa perlu goreng.
Tauhu berlauk ini sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan sos cili. Ada juga yang buat pencicah cili kicap seperti tauhu bergedel. Rasanya yang digabungkan dengan isi ayam, tauhu dan tauhu telur memang sedap.
Boleh dikatakan tauhu berlauk ini juga sebagai antara menu sihat disebabkan bahan-bahannya dan cara memasaknya iaitu mengukus. Sesuailah pada yang sering mengamalkan pengambilan makanan yang sihat ini.
Ikuti perkongsian resipi tauhu berlauk daripada Maslinda Catelleya Orchid ini. Kalau dilihat, memang menyelerakan dan gerenti tak cukup satu. Jom cuba buat.
Bertih jagung atau popcornkaramel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan popcorn homemade enak buat anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hidayah Zakaria ni. Bolehlah makan sambil menonton TV di hari cuti. Pasti best!
CARA BUAT POPCORN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Apa kudapan yang sedap dan simple untuk petang ni? Jom kita buat resipi yang mudah dikongsi oleh Adelina Ainuddin ni. Bagi yang suka makan Golden Ball di Sushi King nah boleh buat sendiri ikut resipi ni. Ikut step by step,gerenti menjadi. Golden Ball ni memang tak cukup satu. Sesiapa peminat tegar Golden Ball ni, jom buat ikut resipi ni.