Jika jemu menggoreng, kita merebus. Jika bosan dengan kuetiau goreng, apa kata kita tukar dengan kuetiau sup pula. Buat cita rasa ala kopitiam. Bahan-bahan pun ringkas, dan mudah juga nak buat.
Selera kita memang berubah-ubah. Kadang kala rasa teringin nak ke kopitiam, tapi malas sungguh nak bersiap keluar. Jadi, cara paling mudah, buat saja kuetiau sup ini demi memenuhi selera. Resipi mudah ini ada dikongsikan oleh Siti Rahayu Ahmad. Jom kita buat. Cili kicap dan garlic oil tu yang buat lagi terangkat rasanya.
Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.
SUP MI SUAH ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
*5 biji bawang merah (ditumbuk)
*8 biji bawang putih (ditumbuk)
*Sedikit halia muda (ditumbuk)
Sos tiram
Minyak Bijan
Garam
Lada sulah
Ayam (terpulang suka bahagian mana)
Daun sup
1 kiub pati ayam
Sawi
2 biji telur
Lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
4. Selepas itu masuk 3 cawan besar air. Lebih sedikit supaya ayam empuk dan mi suah itu nanti akan kembang dan menyerap air. Masuk garam secukup rasa.
5. Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
6. Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
7. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)
INFO: Untuk rasa pedas boleh makan bersama cili potong dengan kicap cair.
RASA kini tampil dengan rancangan masakan ‘online’ terbaru, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi. Menampilkan Chef Imelda Harris sebagai pengacara, pada setiap minggu Chef Imelda akan berkongsi resipi masakan menggunakan bahan-bahan dari bakul misteri. Kalau nak salin resipinya, saksikan Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi secara live di FacebookMajalah Rasa dan Youtube ChannelMajalah Rasa pada setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi.
Episod pertama yang bersiaran hari ini, Chef Imelda telah berkongsi dua resipi mudah, sedap dan membuka selera menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul misteri iaitu Yee Mee Goreng Cendawan dan Sekaya Labu Pulut. Nak cuba masak menu-menu ni untuk keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
1. YEE MEE GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 paket yee mee kering | celur hingga lembut
2 keping dada ayam | hiris nipis
3 biji telur
8 biji cendawan shintake kering | rendam dan hiris
2 paket cendawan enoki
1 paket kecil cendawan tiram
12 biji ceri tomato
1 batang lobak merah | sagat halus
1 ikat sawi hijau | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 cawan sos tiram
1 cawan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
5 ulas bawang putih | hiris
1 inci halia | hiris halus
Minyak untuk menumis
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan. 2. Masukkan isi ayam dan cili merah. Tumis sehingga ayam separuh masak. T 3. Tuangkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga sebati lalu tambahkan sedikit air. 4. Tuang kesemua cendawan dan halia. Biarkan merenih seketika. 5. Seterusnya gaul yee mee dan kuah sehingga sebati. Masukkan lobak merah, sawi, minyak bijan dan reneh sehingga mee masak. 6. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Pecahkan telur dan tutup api. Pastikan mee masih berkuah dan tidak kering. 7. Taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang sebelum dihidang
2. SEKAYA LABU PULUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu | saiz sederhana
5 biji telur ayam gred A
1 cawan gula perang
1 cawan santan pekat
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
BAHAN PULUT:
1 cawan beras pulut | dibersihkan
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan air
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK:
1. Sediakan periuk kukusan dan pastikan air yang dimasukkan mencukupi untuk mengukus nanti. 2. Satukan beras pulut, santan, air, minyak masak dan garam ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak dalam periuk tekanan ( pressure cooker) sehingga pulut masak. Boleh juga masak menggunakan periuk nasi elektrik. Sejukkan. 3. Ambil labu dan bersihkan kulitnya. Potong bahagian atas labu ( kawasan tangkai) dengan cermat untuk dijadikan penutup. 4. Angkat penutup, keluarkan biji labu dan basuh bersih bahagian dalamnya. Toskan seketika. 5. Dalam bekas berasingan, kacau gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla, santan serta susu. Kacau sebati dan tambahkan garam. 6. Isi pulut dan bancuhan telur ke dalam labu. Tutup penutupnya dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. 7. Angkat labu dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN
JOM TONTON: DAPUR RASA: CAMPAK-CAMPAK JADI ( EPISOD 1)
Hidangan mi ringkas yang pastinya membangkitkan selera. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan bersama hirisan ayam, wantan dan sup. Sangat sesuai dinikmati bagi anda yang inginkan kelainan.
MI WANTAN BERKICAP & KUAH SUP
BAHAN-BAHAN UNTUK MI KICAP:
200gm mi wantan basah | celur dan tos
2 sudu makan kicap pekat
3 ulas bawang putih
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan minyak masak
BAHAN ISIAN:
3 pokok sawi hijau | celur dan tos
150gm isi dada ayam | rebus dan hiris nipis
4 biji dumplim isi ayam | goreng
BAHAN SUP:
2 mangkuk air rebusan ayam
1 biji bawang putih | titik
1/2 biji bawang besar | hiris
2cm halia | hiris
1 kiub pati ayam
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN SAMPING
Sambal kicap atau cili potong
Hirisan limau nipis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan mi wantan, kicap pekat, sos ikan dan minyak bijan. Gaul rata dan ketepikan.
Seterusnya sediakan sup. Masukkan air rebusan ayam dalam periuk bersama bawang putih, bawang merah, halia.
Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam, garam dan persa secukupnya.
Setelah masak, tutup api dan tapiskan sup ke dalam mangkuk, ke tepikan.
Untuk menghidangkan, masukkan mi wantan dalam mangkuk, kemudian hias atasnya dengan hirisan ayam, daun sawi, hirisan limau dan dumpling yang telah digoreng.
Hidangkan bersama kuah sup dan hirisan cili jeruk atau sambal kicap. Ikut cita rasa.
INFO CHEF: boleh juga kuah sup dicampurkan terus di dalam mangkuk kuah. Ikut suka.