Sedapnya Nasi Ayam ‘Roasted’ ni. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibini antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ada rahsia tau nak masak Nasi Ayam Roasted sedap ni. Rasanya? Kalah Nasi Ayam dari restoran. Cubalah. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM ROASTED SEDAP (Untuk hidangan 5-6 orang makan)
1.SUP AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam 2 liter air 1 kiub pati ayam Sedikit serbuk lada sulah – beli online disini Garam secukup rasa 1 hiris halia Bebola ikan secukupnya – jika suka Daun bawang secukupnya Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air dalam periuk tinggi. Masukkan kiub pati ayam. 2. Perasakan juga dengan sekali renjis serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan sekeping halia. 3. Selepas sup mendidih, masukkan seekor ayam ke dalamnya. 4. Angkat ayam selepas ia separa masak kira-kira 10-15 minit. Toskan dalam bekas. 5. Sambung reneh sup guna api perlahan. Masukkan bebola ikan untuk tambahan jika suka. 6. Sewaktu dihidangkan, barulah taburkan daun bawang dan bawang goreng. Sup yang sangat ringkas. Tapi ada rasa yang sangat istimewa.
1.Dalam kuali panaskan marjerin dan masukkan halia, daun pandan yang disimpul, serai dan gula. Jika ada lemak ayam, boleh dicairkan sekali. 2. Masukkan beras yang sudah dibersihkan. Goreng seketika kemudian masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi. 3. Tambahkan air sup secukupnya dan serbuk kunyit secubit dua untuk menghasilkan warna kuning. 4. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasa nasi yang sedikit berlemak dan wangi.
CARA MEMASAK: 1.Lumurkan ayam dengan semua bahan-bahan yang lain hingga rata. 2. Sangkut ayam pada tempat yang sesuai dan jemur di bawah cahaya matahari selama 30 minit (ini adalah tip untuk dapatkan kulit ayam yang garing dan cantik) 3. Kemudian masukkan ke dalam AF. Pilih menu ‘Roast’. Bakar ayam sehingga masak. Boleh juga panggang guna ketuhar.
4. Bila sudah masak, boleh potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.
4. SAMBAL CILI ‘KICK’
BAHAN-BAHAN: 5 batang cili merah 2 biji cili padi merah 1 hiris halia 1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai) 2 senduk air jeruk bawang putih 2 sudu makan Sos Cili Thai by Maepranom – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan cili merah, cili padi, halia, bawang putih jeruk dan air jeruk. Kisar hingga sedikit halus. 2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk kecil. Masukkan sos cili thai. Masak seketika. Sos ini tidak perlu tambah gula dan garam kerana rasanya sudah lengkap.
5. SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN: 1 senduk kicap cair 1/2 sudu kecil minyak bijan 1 sudu besar kicap biasa 1/2 sudu kecil sos tiram
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Panaskan seketika.
2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi. Kacau kesemuanya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam, sambal cili dan lain-lain.
Anda hanya perlukan tepung pulut, kelapa parut dan gula melaka sebagai bahan utama. Rasa-rasanya kebanyakan bahan ini di dalam dapur anda. Apa kata korang cuba buat dan tidak perlu duduk lama di dapur pun. Tak percaya cuba resipi yang dikongsikan ini. Hasilnya memang tidak mengecewakan, sangat sedap.
KUIH PUTERI MANDI BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam
Seddikit pewarna merah, hijau dan kuning BAHAN KELAPA:
1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
1 keping gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung dengan sedikit garam halus gaul rataa.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adaun hingga jadi doh.
Bahagikan doh menjadi tiga bahagian, pewarnakan setiap doh dengan warna merah, hijau dan kuning. Adun lagi hingga pewarna sebati.
Bentukkan doh menjadi bulat, kemudian leperkan sedidkit dan tekan ditengahnya.
Sementara itu didihkan air, dan rebus doh hingga timbul.
Angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan.
Untuk menyediakan bahan kelapa, didikan air dalam kuali bersama gula Melaka dan daun pandan.
Setelah gula larut dan kuah pekat, masukkan kelapa dan sedikit garam halus, kecilkan api dan gaul rata lebih kurang 3-5 minit. Tutup api.
Kemudian, masukkan doh yang telah direbus ke dalamnya dan gaul rata.
Mihun goreng adalah salah satu hidangan sesuai untuk sarapan atau minum petang. Kalau kita lihat mihun warna putih, itu adalah salah satu ciri-ciri mihun goreng Singapura. Mihun ini digoreng tanpa menggunakan cili kering yang dikisar menjadi pes. Inilah yang membezakan antara bihun biasa dengan bihun Singapura.
MIHUN GORENG SINGAPURA
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus bihun (400 gram)
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam (potong dadu)
3 batang fish cake (potong dadu)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur ayam
Kobis (cencang kasar)
Sawi
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar
Telur rebus (potong bulat)
BAHAN TUMBUK HALUS
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk halus.
3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti kobis dan sawi.
7. Taburkan lada sulah, garam dan gula.
8. Kacau sehingga rata dan semuanya masak.
9. Angkat dan hias dengan bahan hiasan. Hidang bersama kopi panas melengkap cita rasa.
Menu ni memang kecur liur dibuatnya. Kerabu Bihun makan begitu sahaja pun sedap.
Ada ayam, udang dan sotong memang lengkap rasa. Buat kerabu ni kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan pedas.Sesuai dinikmati untuk menu tengah hari nanti.
KERABU BIHUN
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus Nuuna Bihun Goreng Segera Pedas
1 keping dada ayam
10 ekor udang
5 ekor sotong-dipotong kecil
3 cendawan shitake kering, direndam air panas
2 keping cendawan telinga kera
Minyak Perencah Nuuna
6 ulas bawang putih
5 cili padi
3 sudu makan udang kering
3 sudu makan sos ikan
1 biji lemon | ambil jus sahaja
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh chilli flakes
1 bungkus serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1.Masukkan dada ayam ke dalam periuk kecil dan tuang air secukupnya untuk merendam bahagian ayam.Didihkan isi periuk menggunakan api kuat, kemudian perlahankan api dengan serta merta. Renehkan ayam sehingga masak sepenuhnya, lebih kurang 20 minit.
Rebus sotong dan udang.
2.Alihkan dada ayam daripada periuk ke dalam mangkuk berasingan. Tapiskan cendawan kering yang direndam tadi, dan didihkan sehingga lembut bersama cendawan telinga kera dalam periuk yang sama. Ini boleh mengambil masa lebih kurang 15 minit, bergantung kepada kepadatan cendawan kering yang diguna.
3.Alihkan semua cendawan daripada periuk. Hiris cendawan secara nipis dan carik daging dada ayam menjadi cebisan kecil.
4.Panaskan kuali menggunakan api sederhana, kemudian masukkan 2 sudu makan minyak masak. Apabila minyak mula berkilau, masukkan bawang putih cincang dan goreng sehingga keemasan.
5.Alihkan bawang putih goreng dari minyak dan letak di dalam mangkuk berasingan. Dalam kuali yang sama, goreng cili padi sehingga lembut,dan alihkan dari minyak.
6.Tambahkan lagi minyak masak kepada kuali jika perlu. Tapiskan udang kering yang direndam tadi dan goreng sehingga rangup, lebih kurang 5 minit.Alihkan ke mangkuk berasingan.
7.Gunakan periuk bersih dan isikan air untuk memasak bihun. Didihkan air ini menggunakan api kuat.Masak bihun yang direndam tadi dalam air yang mendidih ini. Kacau untuk 30-45 saat, angkat dan toskan.
8.Letakkan bihun masak yang ditapis ke dalam mangkuk adunan yang besar. Masukkan ayam dicarik, udang, sotong,cendawan kera, cendawan shitake, bawang putih goreng, cili padi goreng, dan udang kering goreng. Gaul rata.
9.Tambahkan sos ikan dan jus lemon, bersama daun ketumbar dan serbuk cili dan perencah Bihun Nuuna Pedas. Gaul lagi.
10.Perasakan dan seimbangkan perisa jika perlu: anda mungkin sekali harus menambah lagi sedikit sos ikan dan/atau jus lemon.
11.Hidangkan semasa masih panas atau suam.
Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri bukan sekadar ayam goreng biasa. Rasa ayam ni cukup mewah, gabungan pedas, manis dan wangi rempah yang seimbang, membuatkan setiap suapan terasa seperti hidangan istana sebenar.