Senang je sebenarnya nak buat bubur jagung ni, yang buat susah rasa malas je. Bahan nak buat bubur jagung ni pun mudah je tak banyak hal. Menu bubur jagung ni terpulang nak dihidangkan panas ataupun sejuk. Tapi saya lagi suka makan masa sejuk rasa lemak manisnya lagi terasa di tekak. Resipi yang dikongsikan oleh Norhafizan Ezan Sulaiman di Facebook ni memang laku keras kalau terhidang. Jom kita cuba!
RESIPI BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 tin Cream Styled Corn (jenama hosen)
1 tin Sweet Corn (jenama hosen)
Susu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)
Sehelai daun pandan
2 sudu besar gula perang
Ads
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.
3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.
Ads
5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.
6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.
Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya. Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal. Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK KETAM KAM HEONG SEDAP ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN: 3-4 ekor ketam nipah Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: Segenggam daun kari Cili kering – digunting 2 ½ sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes) Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana) – beli online disini Garam & aji (optional) Sedikit air Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan aji ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat. 8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.
Hari ini, kita kongsikan resipi kari kepala ikan kerapu yang dimasak stail kampung.
Paling best, bila ada 3 ketul kepala ikan yang saiz besar dan segar lagi. Menerusi perkongsian resipi daripada saudara Mohd Rozmie ini, kari ikan ini sedap dimakan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal belacan.
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN;
3 ketul kepala ikan kerapu 8 ulas bawang merah kecil | dimayang – beli online di sini 3 biji cili merah besar | belah tengah & potong dua 1 sudu teh halba campur 3 tangkai daun kari 5 sudu makan rempah kari ikan 2 sudu makan serbuk cili – beli online di sini 1 biji tomato | dipotong kasar 10 batang sayur bendi ½ cawan minyak masak ¼ cawan air asam jawa 100ml santan kotak – beli online di sini
1. Ada 3 ketul besar ikan kerapu ini saya belah dua. Dah alang-alang masak, kali ini saya nak hantar bagi mak mertua dan bapa mertua merasa kari kepala ikan ini.
2. Bancuh dengan sedikit air 5 sudu makan rempah kari ikan dan 2 sudu makan serbuk cili.
3. Sebelum minyak mula panas, masukkan dulu halba campur. Jangan masukkan masa minyak tengah panas, nanti meletup-letup halba dalam kuali. 4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah dipotong mayang. Tumis sehingga bawang merah jadi layu. 5. Bila bawang merah sudah layu, masukkan cili potong dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong kasar. Masukkan daun kari. Kacau sebati sehingga tomato jadi layu. 7. Masukkan bancuhan rempah kacau sehingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau takut rempah jadi hangit.
8. Masukkan air lebihan rempah yang ada kat mangkuk tu. Tumis rempah sehingga pecah minyak. Tambah setengah cawan air, kacau lagi sehingga rempah masak. 9. Bila nampak kering tambah lagi sedikit air dan kacau lagi. Saya lakukan dua atau 3 kali supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok, nanti kari tak sedap.
10. Bila rempah sudah betul-betul masak elok, masukkan air asam jawa sedikit dahulu. Nanti jika kurang masam boleh tambah kemudian. 11. Lepas tu tambah secawan atau dua cawan air mengikut sukatan ikan yang dimasak.
12. Kemudian masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi biarkan sehingga kari mereneh dan ikan masak. 13. Bila kari dah mula mereneh masukkan sedikit santan. Tak perlu santan banyak, nanti tak sedap kari. Saya masuk 100ml saja atau separuh kotak. 14. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika kurang masam boleh tambah sedikit lagi air asam. Jika perlu sedikit gula boleh jer tambah untuk seimbangkan rasa. 15. Akhir sekali masukkan kacang bendi dalam seminit camtu, dah boleh tutup api.
Ramadan sering mengingatkan kita dengan nostalgia makanan tradisi Di bulan inilah segala macam makanan akan dijual di Pasar Ramadan. Itulah keistimewaan bulan yang mulia ini. Bercakap tentang nostalgia Ramadan , buat penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak terkecuali dari mengimbau seleksi makanan yang menjadi kesukaannya.
“ Biasanya bulan puasa ni akan mengingatkan saya dengan hidangan Nasi Kerabu bersama Ikan Percik dan juga Sarea ( rumpai laut) yang digaul dengan kelapa . Bulan puasa sahaja ada makanan ni. Lagi satu ialah kuih cek mek molek dan seri muka.
Masa kecil saya selalu ikut arwah ibu berniaga dekat pasar besar Pasir Putih. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya Jala Emas, Kuih Tanjung, rata-rata semua masakannya manis. Itulah antara menu-menu special hanya ada pada bulan Ramadan,”terangnya.
Cuma tiap kali Ramadan teringin akan kuih Cek Mek Molek. Kuih Cek mek molek memang menjadi kegemaran Zarul dari kecil kerana di Kelantan mamang banyak dijual dan salah satu kuih kegemaran keluarganya.Ia memang sedap dimakan waktu panas-panas.
Tambah Zarul yang paling istimewa ialah Nasi Kerabu yang dimakan bersama ikan kembung percik. Ikan percik cara Kelantan berbeza warnanya putih manakala di tempat lain kuah perciknya merah. Menurut Chef Wan bezanya kerana diletakkan sedikit cili. Cili bergantung kepada kepedasaan masing-masing.
Bagi Chef Wan pula menyukai kuah percik merah. Nasi Kerabu olahan Chef Wan diletakkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Menurut beliau ada yang meletak serai dan dititik sahaja sekadar memberi bau. Kuah percik biar berlebih jangan kurang agar puas menikmatinya.
NASI KERABU DAN PERCIK IKAN KEMBUNG
IKAN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh asam jawa
1 sudu teh halba
1 batang serai
Sehelai daun kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk kunyit secukup untuk menggoreng ikan
Daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia
CARA MEMASAK PERCIK IKAN KEMBUNG:
1Tenggekkan santan di dalam periuk dan masukkan halba.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar, garam dan gula secukup rasa, asam jawa dan kacau untuk seketika.
3.Titikkan serai dan koyakkan daun kunyit lalu masukkan ke dalam periuk. Gaul seketika.
4.Panaskan sedikit minyak masak, celupkan ikan kembung yang telah disalut dengan kunyit, garam dan gula ke dalam kuah percik goreng ikan tersebut.
5.Sediakan hirisan daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit yang dicincang halus dan bawang besar yang telah dicincang yang disajikan bersama nasi kerabu.
6.Setelah ikan digoreng, sediakan di atas pinggan dan tuangkan kuah percik bersama dengan ikan tadi. Sajikan nasi dan ulam-ulam yang telah dihiris dan dicincang . Sedia untuk dinikmati.
Tip: Boleh tambahkan bunga kantan dan daun kunyit ke dalam masakan untuk haruman yang lebih.
BAHAN NASI:
5 1/2 cawan beras
Air secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh bersih hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan air dengan secukupnya mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
3. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan daun pandan. Gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sehingga masak.
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan:
300gm ubi keledek ( direbus sehingga masak dan dikupas)
50gm tepung gandum serbaguna ( diayak)
Gula secukupnya
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Rebus ubi keledek sehingga masak. Ramas atau tumbuk keledek tadi sehingga lembut.
2. Masukkan gula ikut citarasa sendiri dan tepung gandum. Jangan masukkan tepung terlalu banyak agar tidak keras dan tidak terlalu sikit agar tidak melekit.
3. Gaulkan adunan keledek tersebut dan bentukkan adunan keledek bersama inti gula di dalam. Pastikan inti gula adunan keledek tersebut menutup inti gula dengan betul.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil, goreng keledek tersebut sampai warna kekuningan dan boleh diangkat.
5. Kuih Cek Mek Molek sedia untuk dihidang.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA
Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.