Resipi Mudah KUIH BOM BIJAN Guna Sukatan Cawan, Cara Goreng Pun Kena Tahu Supaya Tak Meletup!

Kuih bom bijan atau onde-onde ini antara kuih tradisi yang selalu kita beli walaupun cara membuatnya agak mudah. Sesekali boleh cuba untuk buat sendiri untuk makan pagi atau petang. Boleh letak inti yang kita suka sama ada inti kelapa atau kacang merah.

Namun bab yang mencabar ialah sewaktu goreng kuih bom bijan ni. Jika salah cara boleh meletup-letup dalam kuali.

Bagi yang kali pertama mencuba boleh gunakan resipi Roslina Shaari Ina Kie ini. Memang mudah menggunakan sukatan cawan dan ada caranya supaya kuih bom bijan tak meletup bila digoreng.

Buat sendiri kuih bom bijan

Resipi Mudah KUIH BOM BIJAN Guna Sukatan Cawan, Cara Goreng Pun Kena Tahu Supaya Tak Meletup!

Bahan-bahan

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
2 biji kentang (rebus dan lenyek)
Bijan – secukupnya
Garam dan air suam secukupnya
Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau).

Cara membuat

1. Larutkan gula dalam air suam.

Ads

2. Kemudian campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit ir suam.

3. Uli sampai sebati. Pastikan adunan jangan lembut nanti susah nak dibentuk.

4. Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.

Ads

5.Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan.

6. Bila dah siap, boleh terus goreng tak perlu perap.

7. Goreng guna api sederhana, insya-Allah tak meletup.

Ads

Resipi Mudah KUIH BOM BIJAN Guna Sukatan Cawan, Cara Goreng Pun Kena Tahu Supaya Tak Meletup!

Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Roslina Shaari Ina Kie.

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN: Inisiatif Inspirasi Hebat Dekati...

Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...