Sedapnya dapat sejuk-sejuk Mango Cheese Cake ni. Memang patutlah jadi favourite ramai orang, sebab gabungan rasa masam, manis dan lemak mangga dengan cheese memang mengancam.
Nak buat pun senang je, tak perlu bakar. Hanya simpan di dalam peti sejuk semalaman atau 3-4 jam, dah boleh makan. Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.
500gm cream cheese | biarkan pada suhu bilik 1 jam @ hingga lembut 200ml dairy whipping cream 1 cawan gula kastor – beli online di sini 1 ½ biji mangga susu | kisar dengan ½ cawan air masak ½ biji mangga susu | dipotong kiub 3 sudu besar gelatin halal ½ cawan air panas
1 biji mangga susu | dipotong dadu (untuk hiasan) 1 ½ biji mangga susu | dipotong kecil ½ cawan gula pasir – beli online di sini ½ cawan air masak 3 sudu besar gelatin halal ½ cawan air panas Pewarna kuning (optional)
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum. 2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata. 3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam. 4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye. 5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang. 7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. 8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata. 9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras.
10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping. 11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati. 12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO, Cawangan Kg Istana, Batu Pahat, Datin Hajar Abdul Rahman. Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA.
Menurut Datin Hajar dia mampu menyediakan tiga jenis lauk pauk dalam masa setengah jam. “Sebenarnya untuk menyedapkan sajian ada langkah urutan dan petuanya yang tertentu. Contohnya dalam masakan Asam Pedas Kerisik, kalau masak lauk ini saya akan memasukkan serbuk lada hitam dan kerisik setelah pes cili kering pecah minyak dan naik bau.
Bila nak masukkan daun kesum saya masukkan batangnya dahulu bersama isi bunga kantan dan setelah mendidih baru dimasukkan daun kesumnya. Batangnya lebih wangi dan masakan jadi lebih lazat. Bagi memekatkan kuah, saya letakkan juga buah keras,” ceritanya membuka petua yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Masak Lemak Cendawan juga sungguh lazat. Cendawannya rangup dan kuahnya lemak manis terasa ikan bilisnya. Pesan beliau pilih cendawan hutan yang berkualiti, jika tersalah pilih ia boleh menyebabkan lauk menjadi tidak berapa sedap.
Sambal geledek pula menu ‘wajib’ yang perlu ada di meja hidangan keluarganya.
“Sambal geledek atau sambal ketuk ni sebenarnya boleh dijadikan rencah nasi goreng, jadi jika dibuat lebih pun elok untuk dibuat stok dan jadi rencah kepada lauk lain,” kongsinya lagi.
Jom semak 3 resipi istimewa air tangan Datin Hajar Abdul Rahman iaitu Asam Pedas Kerisik Ikan Merah, Sambal Belacan Geledek dan Masak Lemak Cendawan Hitam.
1. ASAM PEDAS KERISIK IKAN MERAH
BAHAN- BAHAN :
500 gm keping ikan merah (anggaran 2 keping)
3 sudu makan pes cili kering
1.5 sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 biji bawang besar |dikisar
1/2 sudu makan kunyit serbuk
1/2 sudu makan kerisik
1/2 tangkai bunga kantan | ambil isi dan kelopak dari sebelah hirisan yang dibelah dua
3-4 batang daun kesum
Beberapa helai daun kesum
1/2 sudu makan asam jaya | dicampur suku cawan air
1 sudu teh buah keras
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
500 ml atau air secukupnya |bergantung kepada kepekatan yang anda suka
1 biji tomato|dibelah empat
4 batang bendi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, dan masukkan pes cili kering dan serbuk kunyit. Gunakan api sederhana, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan batang daun kesum dan air asam jawa.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kacau dan kemudian masukkan air.
Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
Masukkan buah keras untuk memekatkan kuah. Masukkan pula bendi dan tomato.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Resepi asam pedas warisan dari generasi ‘lama’ Johor
Anggaran kos : RM30
SAMBAL GELEDEK
BAHAN-BAHAN :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar | dihiris kasar
6 biji cili merah
6 biji cili hijau
2 biji cili padi
Dua genggam bilis
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan goreng kesemua bawang, cili merah, cili hijau dan cili padi sampai kekuningan.
Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
Kemudian tumbuk bawang, cili padi dan hingga lumat, kemudian masukkan gula dan tumbuk sekali.
Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk sampai ikan bilis hancur.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Boleh dijadikan rencah nasi goreng jika ada lebihan.
Anggaran kos : RM6
MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN:
100 gm cendawan hitam | rendam bagi kembang
3 biji bawang kecil | dikisar
Segenggam ikan bilis | digoreng dan ditumbuk
220 ml santan kotak
2 helai daun limau purut |dicarik
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | dititik
1 sudu makan sambal geledek (atau apa apa sambal)
500 ml air
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan serai dan ikan bilis
Masukkan satu sudu makan sambal geledek
Masukkan santan, serbuk kunyit dan kemudian air.
Bila mendidih masukkan cendawan.
Akhir sekali masukkan limau purut dan perasakan dengan garam.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kuah berlemak dan masam serta cendawan hitam yang rangup
Umum tauhu memang kaya dengan protein, dan ada pelbagai jenis tauhu di pasaran. Bagusnya, tauhu enak dipelbagaikan cara memasak. Antara menu yang korang semua boleh cuba adalah Tauhu Telur Goreng Bersama Daging Kisar. Cara memasaknya senang dan rasa memang sedap. Tak rugi korang mencubanya.
.
TAUHU TELUR GORENG DENGAN DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
Memang sedap sungguh makan udang goreng pedas yang dicampur dengan daun ketumbar. Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena pula dengan nasi panas. Boleh buat sahur.
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
250 gram udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu kecil pati ayam
6 ulas bawang putih | cencang
2 biji cili merah | cencang
1 sudu besar chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
5. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang.
6. Tutup api dan kacau rata.
Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...