Enaknya andai dapat makan Kuih Talam Sagu. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih ini merupakan salah satu yang anda perlu cuba. Memang sedap. Saudari Harum Wangiada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH: Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap
CARA MEMASAK:
1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang. 2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat. 3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa. 4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
IKLAN
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS: 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) 2 sudu makan tepung jagung 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul. 2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul. 3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
IKLAN
4. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong. 5. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Sandwic telur adalah sandwic asas dalam pembikinan sandwic sebelum korang mula buat sandwic lain yang lebih memerlukan kepakaran. Pengusaha sandwic ini kongsikan cara membuat sandwic telur sesuai untuk korang yang ingin buat bisnes sandwic. Sebagai bonus, dia turut kongsikan rahsia yang menjadi penyedap pada sandwic telur sehingga boleh membuatkan orang jatuh cinta nak makan sandwic yang korang buat. Nak tahu apa rahsianya?
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur sampai masak. Kemudian rendam dalam air sejuk. Kupas
2. Hancurkan telur tapi jangan hancur sangat.
3. Masukkan bawang dalam mangkuk.
4. Masukkan mayones, susu cair dan telur yang sudah dihancurkan tadi.
5. Sapukan bancuhan telur ke atas roti. Susunkan salad dan tomato.
6. Letakkan kepingan keju.
7. Siap untuk dinikmati.
.
RAHSIA SANDWIC SEDAP
1. Yang menyedapkan sandwic telur adalah susu cair. Rasanya jadi lebih lemak.
2. Nak lagi syok, letak sandwic dalam peti sejuk. Pastikan letak sandwic dalam bekas tertutup untuk elakkan roti keras.
Lagi satu biskut senang buat dan tak perlu acuan, adun rata bahan kemudian sudukan je atas dulang pembakar. Kandungan bahan mudah diperolehi dan sudah serasi dengan tekak. Hasil kejadiannya juga rangup. Apa lagi bolehlah ajak-anak cuba membuat sama barulah rasa tak jemu menunggu berbuka puasa dan seronok menanti raya. Macam biasa resipi dikongsikan di sini ye.
CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS BAHAN-BAHAN:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice | tambahan sahaja
Almond cincang | tambahan sahaja
CARA MEMBUAT:
Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak perlu ayak. Kacau sebati.
Adunan memang lembik ye, jangan panik. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Lepas tu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh. Ikut suka.
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepas itu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Berita baik untuk para isteri bekerja yang selalu macam lipas kudung di dapur nak sediakan makan malam, jangan risau tak tau nak masak apa. Ini ada tiga menu ringkas yang sedap boleh anda semua masak. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan resipi udang, sotong dan filet ikan yang 15 minit boleh siap.
UDANG GORENG BERTELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN CILI KERING BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan Tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.