Kuih Seri Muka Pandan ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian Puan Fara Bakrini antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Cucur nasi jejari ketam, lembut di dalam rangup di luar. Kalau ada lebihan nasi semalam terutama dalam jumlah yang sedikit, jangan simpan dalam peti sejuk. Boleh terus olah buat cucur ini.
Sesuai dijadikan hidangan sarapan atau makan petang, dengan tambahan jejari ketam dan daun kucai rasa cucur ii memang lebih sedap dari cucur biasa.
Cara membuat pula sangatlah ringkas hanya kisar nasi dan gaul Bersama bahan lain. Anak- anak confirm suka apatah lagi bila dicicah dengan sos cili atau sambal kicap.
Cucur Nasi Jejari Ketam Yang Sedap & Ringkas
Bahan-Bahan
2 cawan nasi
2 cawan air
15 batang jejari ketam (crabsticks) – dipotong kecil
2 ½ cawan kecil tepung gandum
Daun kucai secukupnya – dihiris halus
Sedikit garam & serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1. Kisar nasi bersama air hingga lumat dan sebati.
2. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung gandum dan semua bahan lain satu persatu.
3. Gaul adunan hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil sesudu adunan dan goreng hingga keperangan dan rangup.
5. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan.
Tip Ekstra
Untuk rasa lebih rangup, boleh tambah 1 sudu besar tepung beras dalam adunan.
Kalau suka lebih pedas, boleh campurkan hirisan cili ke dalam bancuhan.
Guna minyak yang cukup panas supaya cucur tidak serap minyak dan jadi lembik.
Suka makan Karipap kosong tanpa inti? Jangan berasa pelik kerana memang ada yang mempunyai kegemaran sebegitu. Memang sedap pun. Menerusi perkongsian saudari Dik Da Aida, beliau kongsikan resipi karipap kosong yang diminta oleh jiran. Pada awalnya agak ‘nervous’ kerana bimbang karipap tidak kembang dan menggelembung seperti biasa. Tapi hasilnya, memang elok. Jom cuba!
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Potato Egg Melt ialah sarapan sihat dan rendah kalori yang mudah disediakan, mengenyangkan dan sedap. Ketahui manfaat, nutrisi dan cara membuatnya untuk rutin harian yang lebih sihat.