Laicikang memang terasa nikmat apabila dapat diminum ketika cuaca panas. Sesuai sangatlah dibuat minuman untuk berbuka puasa. Segar apabila diminum. Apa kata jom cuba buat sendiri Laicikang seperti yang dikongsikan oleh Salizawati Salleh. Buat sendiri boleh letak macam-macam mengikut cita rasa masing-masing, baru puas hati.
RESIPI LAICIKANG
BAHAN-BAHAN:
Longan kering Daun Pandan Buah kembang semangkuk Gula kabung/gula merah-BELI ONLINE Barli Gula batu (jika ada)- BELI ONLINE Biji selasih Buah kundur Buah kabung (ditapis dan rendam dalam air baru) Air secukupnya *Anggaran terpulang kepada anda* (Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa saja yang kita suka)
CARA PENYEDIAAN:
1.Rendam longan kering, buah kembang semangkuk, barli dan biji selasih untuk seketika sehingga kembang.
2. Sambil itu, anda boleh rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, bali dan longan kering. (Sekiranya anda gunakan gula merah, anda dinasihatkan untuk rebus asing dan tapis dahulu untuk buang habuk di dalam gulanya).
3. Apabila longan dan barli sudah kembang, anda boleh masukkan biji selasih dan kembang semangkuk(dibuang bijinya) Kacau untuk seketika kemudian tutup apinya.
4. Kemudian masukkan buah kundur yang telah dipotong dadu dan buah kabung.
5. Kacau untuk kali terakhir. Siap! Bolehlah dihidang panas ataupun sejuk. Puas bila minum pada hari yang panas.
Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.
RENDANG CILI PADI REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | rebus dan tos
150gm daging kisar
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Masih memikirkan menu untuk open house? Apa kata anda cuba tiga menu Thai yang sedap ni. Boleh juga tetamu mencuba selera baru cita rasa negara jiran kita. RASA sudah rasa, memang sedap dan sesuai sebagai hidangan rumah terbuka.
AYAM PANGGANGTHAI SOS KACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gula perang
2 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh halia yang telah dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih
Sedikit parut kulit limau nipis
1/2 sudu teh garam
BAHAN SOS:
200gm santan
3 sudu makan peanut Butter
2 sudu makan pes kari merah
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan jus limau nipis
Sedikit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
Bagi menyediakan sos, campurkan santan, peanut butter, gula perang, kicap cair dan pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan ke tepikan.
Sementara itu, panaskan pemanggang. Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.
SUP AYAM BERSANTAN THAI
BAHAN-BAHAN:
200gm isi dada ayam | hiris nipis
100gm cendawan putih
200gm santan
1 cawan air
3cm lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
6 helai daun limau purut
6-8 biji cili padi | titik
3 sudu makan sos ikan
2 1/2 sudu makan sus limau nipis
1 sudu makan daun ketumbar cincang
CARA MEMASAK:
Masukkan air, serai, hirisan lengkuas, cili, daun limau purut di dalam periuk dan didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan hirisan isi dada ayam dan cendawan, biarkan mendidih beberapa minit atau hingga cendawan masak.
Masukkan santan dan biarkan mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan.
SALAD DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
450gm daging batang pinang | panggang
Sedikit minyak masak
1 cawan daun bayam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
3 ulas bawang merah | hiris
6-8 biji tomato ceri | belah dua
BAHAN SOS:
1/4 cawn jus limau nipis
5 sudu makan sos ikan
4 biji cili padi | hiris
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
Untuk menyediakan sis, campurkan sos iakn, jus limau nipis hirisan cili padi dan gula perang di dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar di dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata,