Kuih Onde Onde atau Buah Melaka adalah salah satu kuih tradisional yang digemari ramai terutamanya bila tiba bulan puasa. Nak membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Ayza Nur. Selamat mencuba!
Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan juadah berbuka puasa yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
Terkenang kalau dulu-dulu bila petang musim hujan, mak mesti buat Lempeng pisang. Tapi sekarang nak jumpa lempeng ala kampung macam emak atau nenek buat memang jarang-jarang dapat. Bila terlanjur ingat, ini dikongsikan resipi lempeng kampung yang sedap sangat, kaya dengan rasa pisang segar, campur pulak dengan kelapa dan gula Melaka memang terbaik. Wajib cuba ni…
LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
Apam Puteri Ayu Coklat Cheese perkongsian Opah Mas Cotek ni memang memukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Coklat Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak apam coklat sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian keluarga petang ni.
CARA MASAK APAM PUTERI AYU CHEESE COKLAT
BAHAN A ( Satukan semua bahan & ayak. Ketepikan.):
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B ( satukan semua bahan & masak guna api perlahan hingga gula larut.)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
BAHAN C ( kisar @ pukul):
4 biji telur
BAHAN ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese / krim keju
80gm gula kastor
25ml susu cair (gantikan dengan air pun boleh)
40gm tepung gandum
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Selang selikan dengan Bahan C. 2. Sebatikan campuran tadi. Ketepikan. 3. Satukan kesemua bahan adunan keju dan pukul hingga sebati. 4. Masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan. 5. Ambil acuan kuih dan sapu sedikit minyak. 6. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. 7. Paipkan adunan cheese ke dalam acuan (agak-agak nak tebal mana lapisan keju nya). Kukus selama 3 minit. 8. Angkat kemudian tuang adunan coklat hingga 3/4 paras acuan. Kukus lagi selama 5 -10 minit. 9. Angkat dan sejukkan apam. Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.