Roti jala menjadi kesukaan ramai. Bagi mendapatkan tekstur yang lembut dan sedap ramai yang gagal. Mungkin adunan ada yang terlalu cair atau pekat. Menerusi perkongsian resepi Azwa Mohtar ada disertakan cara-cara serta sukatan yang standard. Ikut langkah ini gerenti menjadi elok roti jala anda.
Roti Jala
Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum 1 sudu besar majerin 1 sudu besar garam halus 1 sudu kecil pewarna kuning telur 1.7 liter air biasa
Ads
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
Kalau anak anda bawa Apam Aiskrim ni ke jamuan sekolah pasti menajdi tarikan buat kawan-kawan sekelas anak anda. Kalau menu lain dari yang lain seperti Apam Aiskrim ni pastinya digemari kanak-kanak. Cara penyediaan apam ini sangat unik dan gerenti sedap!
Resipi penuh Apam Aiskrim ini telah dikongsikan oleh Fee Sha Taa Hir di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah mendapat Like sebanyak 1.2K.
Jom kita cuba resipi ini dirumah!
APAM AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
3 Biji telur gred A
1 Sudu makan ovalette
Sedikit esen vanilla
1/2cawan gula
(Campurkan kesemua BAHAN A menggunakan mixer sehingga gebu & kental. Pastikan adunan tidak akan jatuh bila diangkat)
BAHAN B
5 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu kotak full cream (boleh juga susu cair)
(Masukkan BAHAN B ke dalam adunan BAHAN A dan mix sehingga sebati)
BAHAN C
2 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
(Ayak BAHAN C dan masukkan dalam adunan tadi)
CARA PENYEDIAAN:
Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan pilih warna kesukaan anda.
Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunting sedikit hujung piping bag.
Paip adunan ke dalam kon yang kita buat awal-awal tadi dan selang selikan warna bagi nampak menarik. Kukus 10 minit api perlahan. Kon tu dirikan di lubang pengukus.
Letak loyang pengukus 2 lapis dan kosongkan loyang bahagian bawah supaya air tu tak terkena kon. Kukus guna api sederhana kecil untuk elak apam merekah. Sejukkan & isi topping coklat atas apam.
Siapa peminat popia sira sambal? Ramai yang menyukai kuih ni. Inti yang sering digunakan sengkuang,lobak dan udang geragau.Inti kalau nak letak bahan lain seperti ayam,daging,udang basah pun boleh,ikut selera masing-masing.Nak ganti sayur dengan kubis atau taugeh pun boleh, yang penting inti toskan bagi kering sedikit.Nampak mudah cara dan bahannya tapi hakikatnya kalau salah cara buatnya tak akan lama jadi rangup dan lembik selepas disira. Boleh ikut langkah berikut untuk menghasilkan popia sira yang rangup.
Popia sira:
Bahan utama:(inti sayur)
1 pek kulit popia/50keping
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
3 biji lobak (saiz sederhana)
2 sudu besar udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Cara membuat:
1.Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
2.Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak bahan-bahan layu sahaja
3.Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering.Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantik dan tak rangup.
4.Bahan inti dah kering dan sejuk boleh mula menggulung.
5.Gulung jangan terlalu ketat atau padat. Inti pun jangan terlalu banyak. Sederhana saja supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.Lekatkan dengan air saja pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
6.Habis menggulung semua popia boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.
7.Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.
Bahan-bahan sambal sira:(untuk 50biji)
8 sudu besar cili kisar(10 tangkai cili kering+ 1/2labu bawang putih+air sikit paras-paras bahan sahaja/blend halus)ambil 8 sudu besar saja dari bahan yang di kisar.
15 sudu besar/ 1 ½ cawan kopi gula pasir
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil Cukup rasa
2 sudu besar bijan
1/2 cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.
2.Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih,api sederhana sahaja. Jangan tambah air sebab cili kisar dah ada air.
3.Gula memang guna lebih dari cili. Itulah tip untuk bagi popia kekal rangup.Sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.
4.Dah pekat serta berbuih ganas,tutup api bagi suam-suam.
5.Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.
6.Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan atau bertindih-tindih kalau tak nanti popia tak kekal rangup. Dah sejuk baru boleh susun dalam bekas.
Anda pernah cuba donut labu? Ha…bagi peminat donut, resipi perkongsian saudari Nita-nvoo Daniels ni boleh anda cuba. Donutnya kelihatan sedap dan gebu. Kalau makan ni, mesti rasa cair di mulut. Fuhhh..Percayalah, satu je tak cukup. Nak cuba buat? Boleh cuba resipi di bawah ini.
BAHAN A:
500gm tepung gandum cap rose
50gm gula halus ( bole lebihkan jika nak manis + labu pun dah manis)
20gm susu tepung
1/2 sudu besar baking powder
10gm instant yis >>( Campurkan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula dan instant yis. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih)
BAHAN B:
2 biji kuning telur
3gm Ovallate
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan labu yang dikukus & dilenyek sehingga halus biarkan sejuk.
150gm air sejuk dari peti ais. >> Isi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut . Jangan isi air sekali gus nanti doh terlalu lembik. Bila doh tak melekat ditangan berhenti isi air. ( Puan Nita guna mixer. Kalau uli dengan tangan, guna air suam.)
BAHAN C:
50gm shortening / marjerin
5gm cream super ( kalau tak ada, boleh abaikan )
BAHAN D:
5gm garam
CARA MEMASAK:
Gaul rata bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B + air sikit demi sedikit. Jangan isi sekali gus nanti doh lembik. Bila dah menjadi doh, berhenti isi air.
Masukkan bahan C dan adun rata. Masukkan juga bahan D dan gaul sebati .
Uli sampai doh menjadi licin dan elastik. ( saya guna mixer dalam 30 minit lebih kurang)
Matikan mixer dan uli dengan tangan selama 3 minit. Tak perlu perap .
Timbang doh 40gm setiap satu dan bulatkan sehingga habis adunan. ( uli sikit sehingga permukaan doh licin )
Tutup adunan dengan kain selama 15 minit.
Selepas 15 minit, tekan doh dan leperkan sedikit dengan tapak tangan. Pastikan tapak tangan disapu dengan sedikit tepung gandum.
Lubangkan adunan donut dengan nozzle atau penutup botol dan tutup dengan kain sehingga doh naik 2 kali ganda (lebih kurang 30 minit.)
Panaskan minyak dan goreng donut dengan api perlahan. Angkat dan toskan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...