Bagi anda yang suka makan Kuih Lapis atau baru nak cuba buat kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Siti Salmah ni antara yang terbaik. Memang mudah dan senang nak ikut. Malah, ia juga cepat masak sebab guna acuan lompang dan tidak mengggunakan loyang. Jadi bagi anda yang baru nak belajar buat kuih ni, memang mudah dan boleh buat dalam jumlah yang sedikit. Jom cuba! Sedap ni kalau buat untuk minum petang.

 

KUIH LAPIS MUDAH & SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ½ cawan santan pekat – guna santan kotak
  • 3 cawan air
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu makan tepung gandum – sudu plastik
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 1 ½ cawan gula
  • 1 sudu teh (sudu kfc) garam
  • Pewarna merah & hijau secukupnya
  • Sedikit perasa ros & pandan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan panaskan hingga agak-agak suam kuku. Tutup api.

IKLAN

2. Kemudian masukkan semua tepung, gula dan garam. Kacau guna pemukul (whisk) supaya tidak bergentel.

3. Kacau adunan hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air dalam 1/2 cawan. Angkat dan tapis.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan perasa ros, manakala satu bahagian lagi diwarnakan hijau dan perasa pandan.

5. Panaskan periuk kukusan dan oles sedikit minyak pada acuan lompang.

IKLAN

6. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Sukatannya 1 sudu makan adunan untuk setiap lapisan.

7. Sebelum tuang lapisan kedua, tekan perlahan lapisan pertama tadi. Jika masih bertepung (belum masak), biarkan seketika. Jika dah masak, baru dituang lapisan seterusnya.

8. Ulang langkah melapis yang sama hingga adunan habis.

IKLAN

Cara Mudah Masak Kuih Lapis Guna Acuan Lompang.

9. Setelah kuih masak, sejukkan dan bolehlah dinikmati.

Cara Mudah Masak Kuih Lapis Guna Acuan Lompang.

Cara Mudah Masak Kuih Lapis Guna Acuan Lompang.

 

Kredit resipi & foto: Siti Salmah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI