Sedapnya Kuih Lompang Labu Kuning ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan minum petang. Biasanya labu ni kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.
Tiga resipi ketam ini buat makan nasi bertambah. Uih..memang mantap. Tentu ramai yang sukakan ketam bahkan ketam antara seafood yang disukai ramai. Dapat pula ketam fresh, memang terasa manisnya. Masak apa pun sedap.
Bagi yang suka ketam, boleh cuba tiga resipi yang dikongsikan ini iaitu Sup Ketam, Ketam Kukus dan Ketam Sambal Nyonya. Selamat mencuba!
Shepherd’s Pie antara menu barat untuk hidangan minum petang yang popular dan sangat mudah disediakan, Dari dulu hingga sekarang menu ini menjadi kegemaran ramai orang. Kepada anda yang ingin mencuba berikut dikongsikan resipinya,
SHEPHERD’S PIE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (besar), buang kulit dan potong dadu
1 sudu makan mentega
1 sudu makan bawang merah cincang
50gm keju cheddar
Sedikt garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji bawang |cincang
600gm daging kisar
2 sudu makan tepung
1 sudu makan sos tomato
180ml stok daging
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah C. Ketepikan.
Rebus kentang hingga lembut. Tos dan lenyek. Campurkan mentega, bawang cincang dan keju cheddar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata. Ketepikan.
Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan tumis hingga layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging perang. Masukkan tepung dan masak sebentar (kira-kira 1 minit).
Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kecilkan api dan masak selama 5 minit.
Setelah itu tuangkan daging ke dalam loyang, ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar selama 25 minit sehingga ia masak sepenuhnya.
Teringin nak makan red velvet oreo cheesecake, boleh cuba resipi dari biskut oreo perisa red velvet ini. Rasa krim keju lemak berkrim ni tak muak sebab ada jus lemon.
Menerusi perkongsian resipi daripada Sue Unnie ini, dia menggunakan biskut perisa red velvet untuk kelainan.
RED VELVET OREO CHEESECAKE
BAHAN BASE/ LAPISAN DASAR:
1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan) 3 sudu besar mentega (dicairkan) – beli online di sini
500gm dengan krim keju 200ml krim putar Krim putih Oreo 2 sudu besar jus lemon 3 sudu besar gula kastor – beli online di sini 1 sudu besar serbuk gelatin 2 sudu besar air ½ pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya. 2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk. 3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati. 4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6″ dan tekan sehingga mampat. 5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul. 7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan. Kemudian gabungkan gelatin dengan air suam.
8. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati. 9. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit. 10. Masukkan adunan krim keju ke atas base Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda. 11. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Kredit resipi: FB Sue Unnie
Masih mencari ketuhar untuk membakar kek, beli online aje, jom layarinya DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: