Koleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, bila tibanya cuti sekolah, riuh rendah rumah dibuatnya. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Memang meriah! Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.
Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.
1. NUGGET AYAM TEMPURA
BAHAN-BAHAN:
700gm isi dada ayam | potong kecil
2 biji telur
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz sederhana
Serbuk lada hitam secukupnya
3 sudu makan tepung ubi kayu
Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
Tepung goreng serbaguna secukupnya
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
250gm krim keju
1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
1 sudu teh garam halus
BAHAN SALUTAN:
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur | dipukul
1 cawan serbuk roti oren
Nota: ** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh. ** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh. ** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya. ** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus. ** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
Ads
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
Ads
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
Resipi Kubis Kukus Gulung Berkeju yang mudah, lazat dan halal. Hidangan ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Sihat dan mengenyangkan. Bukan itu saja, orang yang tak makan sayur pun mesti suka dengan hidangan ini.
Tambahkan keenakan hidangan ini dengan kepingan keju Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba nanti.
KUBIS KUKUS GULUNG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping kobis panjang/bulat
6-8 keping Anchor Cheese Slices
400gram daging kisar
½ biji lobak merah – parut halus
4 biji cendawan shiitake – hiris
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 tangkai daun bawang – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap soya cair
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Celur kepingan kobis hingga sedikit layu (dalam 10-15 saat) lalu toskan (buang lebihan air).
Di dalam mangkuk, satukan daging kisar, cendawan shiitake, parutan lobak merah, cincangan daun bawang, bawang putih cincang, sos tiram, kicap soya cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata.
Ambil sekeping kobis yang telah dicelur tadi, letak sesudu inti lalu gulungkan dengan rapi dan susun di dalam pinggan tahan panas.
Kukus gulungan kobis selama 8 minit.
Keluarkan pinggan berisi kobis gulung, susun kepingan Anchor Cheese Slices diatas gulungan kobis. Kukus kembali selama 1-2 minit. Hidangkan panas.
Kebiasaannya, selain menyediakan hidangan berasaskan nasi, makanan yang lebih ringan seperti jenis mi dan pasta turut disediakan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada para tetamu sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Citarasawan berkongsi resipi dengan 10 jenis hidangan berasaskan mi dan pasta yang sedap dan boleh dijadikan idea rumah terbuka.
1. ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa basah atau laksa kering | direbus dahulu
1 kg ikan kembung atau sardin
2 liter air
4 keping asam gelugor
2 sudu besar asam jawa tambah 1 cawan air
2 batang serai | di ketuk
5 tangkai daun kesum
2 bunga kantan | belah 2
Garam secukup rasa
PES – KISAR HALUS:
6 tangkai cili kering | rendam dan kisar halus
1 in lengkuas
1 batang serai | ambil bahagian putih
1/2 inci kunyit
6 ulas bawang merah
1 inci belacan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas | dihiris
2 biji cili merah |dihiris
1 biji timun | dihiris
1 labu bawang besar | hiris halus
1 bunga kantan | hiris halus
4-5 biji limau kasturi | belah 2
2@3 sudu besar petis udang
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit. Tambah air jika kuah pekat.
Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.
Telur rebus jika suka
2. LAKSA LEMAK SIAM / THAI LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering | rebus dan toskan
5 ekor ikan sardin / kembung /selar | rebus, asingkan isi dan kisar halus
5 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut | di carik-carik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering | buang biji, rendam dulu
5 tangkai cili padi | buang biji
1 sudu teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai | ambil bahagian putihnya
3 biji buah keras
BAHAN ULAM – HIRIS:
Kacang panjang
Timun
Kobis / Daun Salad
Daun Selasih
Limau Kasturi
Bunga Kantan
Telur Rebus jika suka
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor. Asingkan isinya. Simpan air rebusan dan asam gelugor.
Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
Masukkan daun limau purut, asam gelugor biar mendidih seketika.
Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Rasa masin, manis, lemak dan pedas.
Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau sehingga wap hilang.
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.
3. SEAFOOD SPAGETTHI
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket spagetthi
1 cawan udang
sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak zaitun
2 ulas bawang putih | cincang halus
4 hiris halia | hiris halus
2 tangkai cili hijau | buang biji potong dadu
1 1/2 cawan kepah
1 1/2 cawan tomato ceri | belah 2
4 batang crabstik | potong pendek
1 cawan stock ayam atau | 1 cawan air dan 1 sudu makan stok pekat ayam
1 biji limau nipis
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Gaul udang bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak zaitun.
Perap sebentar kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga udang kemerahan.
Angkat dan ketepikan dulu,
Rebus spagetthi dengan sedikit minyak hingga lembut.
Angkat dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, halia dan cili hijau sebentar.
Tambahkan tomato, stock ayam, garam, serbuk lada putih, lada hitam dan kepah.
Tutup kuali dengan penutup dan masak sebentar.
Masukkan crabstick, jus limau nipis dan parutan kulit limau. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan spagetthi dan gaul rata.
Hidang di dalam pinggan dengan taburan daun ketumbar.
4. GRILL KWAY TEOW DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kway teow | cuci dan toskan
1 cawan taugeh
3 tangkai daun kuchai | potong 1 inci
1 biji telur
100gm daging lembu
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar minyak masak
BAHAN PERASA:
3 ulas bawang putih | di cincang
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap seasoning
CARA MEMASAK:
Daging di hiris nipis, gaul bersama tepung jagung hingga rata.
Masukkan lada putih, kicap cair dan minyak, gaul hingga sebati. Perap sebentar.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan daging perap dan masak hingga daging berubah warna.
Masukkan kway teow, masak dengan api besar hingga kway teow menjadi mengerutu dan terbakar.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa dan gaul rata.
Kosongkan tengah kuali, pecahkan telur dan tutup dengan kway teow.
Biarkan sebentar sehingga telur masak.
Kemudian gaulkan telur bersama kway teow hingga rata.
Letak taugeh dan daun kuchai, kacau sebentar dan angkat.
Hidang bersama jeruk cili hijau.
5. MEE KARI PENANG
BAHAN-BAHAN:
2 paket mee kuning
1 cawan taugeh
2 keping paha ayam | potong sedang
10 ekor udang
3 tangkai kacang panjang | potong pendek
8 biji tauhu pok
1 liter air
1 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
Didihkan air di dalam periuk, celur kacang panjang sebentar.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan
Kemudian celur tauhu pok sebentar untuk membuang minyaknya.
Angkat dan siram air sejuk. Tekan atau ramas hingga airnya kering.
Potong 2 dan ketepikan.
Didihkan 1 liter air, masukkan ayam dan masak sebentar.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan.
Dalam air rebusan yang sama, masukkan udang, celur sebentar.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan.
Simpan air rebusan tadi untuk membuat kuah kari.
BAHAN PES KARI:
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula batu kecil
1/3 cawan serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 cawan minyak untuk menumis
PENYEDIAAN PES KARI:
Kisar halia, lengkuas, serai, bawang dan buah keras hingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
Setelah siap, angkat dan ketepikan 2 sudu besar untuk tumisan ayam.
Bakinya akan di masukkan ke dalam kuah.
BAHAN AYAM TUMIS:
2 sudu besar pes kari yang di ketepikan
Potongan ayam yang di celur
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit minyak untuk menumis
PENYEDIAAN AYAM TUMIS:
Panaskan minyak, masukkan pes kari, masak dengan api kecil.
Masukkan ayam dan kacang panjang. Gaul rata.
Tambah serbuk pati ayam dan kacau rata.
Angkat dan ketepikan.
BAHAN SAMBAL CILI :
6 ulas bawang merah
3 sudu besar udang kering, rendam dan tos
1 sudu kecil belacan
1/2 cawan cili kering kisar
2 batang serai, ketuk
1 sudu kecil gula batu
PENYEDIAAN SAMBAL CILI:
Kisar bawang, udang kering dan belacan hingga halus.
Panaskan sedikit minyak, tumis serai hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Akhir sekali, tambahkan sedikit gula batu dan masak hingga gula hancur.
PENYEDIAAN KUAH KARI:
Masukkan pes kari ke dalam air rebusan tadi.
Bila mendidih, masukkan gula batu, garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
Akhir sekali masukkan santan.
Setelah mendidih, masukkan tauhu pok.
Untuk hidangan, masukkan mee dan taugeh yang di celur ke dalam mangkuk.
Tambahkan kuah dan hidang bersama ayam tumis, udang dan sambal cili.
6. MEE KUAH ROJAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji keledek oren
3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
2 sudu kecil garam
8 tangkai cili kering | rendam dan kisar
1 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat. Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.
BAHAN-BAHAN:
1 kg mee kuning | cuci dan celur sebentar, toskan
2 keping tauhu | goreng, potong dadu
4 biji telur rebus | di belah 4
2 biji ubi kentang rebus | potong dadu
Taugeh | celur sebentar
Timun | hiris halus
Daun salad | hiris halus
Cucur Udang | potong kecil**
CUCUR UDANG KERAS**
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1/2 cawan isi udang cincang
Sedikit serbuk kunyit
1 ikat daun kucai atau daun bawang | potong
3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
Goreng hingga keperangan. Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.
7. BIHUN SUP PERUT
Bahan-bahan:
1/2 kg ketulan daging | potong 2 ketulan besar
2 liter air
2 uncang sup bunjut
5 batang serai | di ketuk
1 inci lengkuas | di ketuk
1/2 in halia | di ketuk
6 cili padi | di ketuk
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos ikan
4 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
PELENGKAP HIDANGAN
Bihun, rendam dengan air panas hingga lembut, toskan
Perut lembu | rebus hingga lembut, hiris nipis
Daging | hiris nipis
Fish ball | jika suka
Daun ketumbar, hiris
Daun sup | hiris
Lobak masin | cuci potong kecil
Kacang tanah goreng | tumbuk kasar
Serbuk lada putih
Limau nipis
Cili hijau jeruk
Serbuk cili
Taugeh dan sawi | di celur sebentar
CARA MEMASAK:
Rebus ketulan daging hingga mendidih. Buang airnya dan bilas ketulan daging hingga bersih.
Masukkan semula ke dalam periuk bersama 2 liter air, sup bunjut, lengkuas, halia dan serai.
Masak hingga mendidih dan daging empuk.
Keluarkan ketulan daging, biarkan sejuk dan hiris nipis-nipis. Ketepikan.
Perasakan sup dengan kicap cair, sos ikan, jus limau, perasa, gula dan garam. Masukkan cili dan biar mendidih seketika.
Untuk menghidang, masukkan beehoon, tuang sup dan tambahkan bahan-bahan pelengkap yang lain.
8. PENNE PASTA MARINARA
BAHAN-BAHAN:
300g penne pasta
Sedikit garam
100 g udang | buang kulit, tinggalkan bahagian ekor
100 g sotong | potong bulat
Serbuk lada hitam secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih | dicincang
Parutan keju Parmesan
Daun parsley
Tomato Cherry
Lemon
CARA MEMASAK:
Rebus pasta dan sedikit garam hingga mendidih mengikut arahan pada paket. Toskan.
Gaul udang, sotong dengan secubit garam, lada hitam dan serbuk bawang putih.
Dalam kuali, panaskan minyak zaitun, masukkan udang dan sotong, goreng sebentar saja. Angkat dan ketepikan.
Bersihkan kuali, kemudian cairkan mentega dengan api sedang.
Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
Akhir sekali masukkan pasta, parutan keju, seafood, dan tomato. Gaul rata hingga keju cair.
Hidang bersama taburan daun parsley, rengisan lada hitam dan tambahan parutan keju dan perahan jus lemon.
9. KWAY TEOW TH’NG
BAHAN-BAHAN:
1 paket Kway Teow / Beehoon atau Mee
Serbuk lada sulah
Daun bawang
Minyak bawang putih
CARA MEMASAK:
Rendam kway teow dalam air panas dan kacau sebentar untuk membuang minyaknya. Tos dan ketepikan.
BAHAN SUP:
1 keping dada ayam | tak perlu potong
Tulang, kaki atau leher ayam
1/2 biji sengkuang | potong 4
3 ketul kecil gula batu
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar bawang putih goreng
1 sudu besar stok pati ayam Maggie
Fish ball secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air, masukkan dada ayam bersama tulangnya.
Rebus sebentar hingga lemaknya terapung di permukaan air.
Keluarkan ayam dan tulang, toskan dan cuci hingga bersih.
Buang air rebusan tadi.
Dalam periuk lain masukkan 1 1/2 liter air dan didihkan.
Masukkan dada ayam, tulang, sengkuang dan bawang putih goreng.
Setelah mendidih, angkat keluar dada ayam dan ketepikan.
Masukkan serbuk pati ayam, gula batu, garam dan stock pati ayam.
Reneh sup dengan api kecil selama 20 minit. Lagi lama lagi sedap supnya.
Akhir sekali masukkan fish ball dan didihkan sebentar.
Untuk menghidang, masukkan kway teow, hirisan dada ayam dan fishball.
Tuangkan sup, letak sedikit serbuk lada sulah, minyak bawang putih dan taburan daun bawang.
Tambah kicap cili.
Kway Teow Th’ng mempunyai rasa manis yang ringan.
KICAP CILI:
6 tangkai cili padi | hiris
2 sudu besar kicap cair
1 biji perahan jus limau kasturi
MINYAK BAWANG PUTIH @ MINYAK WANGI:
2-3 labu bawang putih | di cincang dan di goreng dengan minyak hingga keperangan.
Sejukkan dan simpan di dalam botol.
10. MEE JAWA
BAHAN-BAHAN:
1kg Mee kuning | celur dan tos
300gm taugeh | celur dan tos
200gm daging | di hiris dan rebus dan airnya di simpan untuk stok
5 ekor udang | buang kulit
4 biji telur | di rebus
2 keping tauhu | di goreng dan di hiris
Daun sup | hiris
Cili merah dan hijau | hiris
Bawang goreng
BAHAN KUAH:
1/2 kg keledek oren | di rebus dan kisar halus
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 batang serai | ambil putih sahaja *
2 hiris halia *
2 hiris lengkuas *
100gm udang kering *
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bahan bertanda * hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan, daging dan keledek kisar.
Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar mendidih sebentar.
Angkat dan hidang mee bersama kuah, taugeh, telur, tauhu, daun sup, cili dan bawang goreng.
Senang je sebenarnya nak buat bubur jagung ni, yang buat susah rasa malas je. Bahan nak buat bubur jagung ni pun mudah je tak banyak hal. Menu bubur jagung ni terpulang nak dihidangkan panas ataupun sejuk. Tapi saya lagi suka makan masa sejuk rasa lemak manisnya lagi terasa di tekak. Resipi yang dikongsikan oleh Norhafizan Ezan Sulaiman di Facebook ni memang laku keras kalau terhidang. Jom kita cuba!
RESIPI BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 tin Cream Styled Corn (jenama hosen)
1 tin Sweet Corn (jenama hosen)
Susu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)
Sehelai daun pandan
2 sudu besar gula perang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.
3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.
5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.
6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.