Salah satu kuih tradisi Melayu ialah kuih keria. Bentuknya seperti donat iaitu kuih bulat yang berlubang pada bahagian tengah. Namun ada juga yang membuat kuih keria bentul bebola dan ianya kelihatan menarik!
Jom kita tengok resipinya.
KUIH KERIA MONTEL
BAHAN-BAHAN
2 biji keledek putih (saiz besar)
3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng
4 sudu besar gula
CARA MEMBUAT KUIH KERIA
1. Rebus keledek putih sehingga empuk dan lenyek ketika masih panas.
2. Kemudian satukan keledek yang telah dilenyek bersama tepung gandum dan garam. Sebelum mengadun keledek bersama tepung, tunggu keledek sejuk sedikit.
3. Uli adunan sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat kecil. Sapukan tepung pada tapak tangan supaya semasa membentuk, adunan tidak melekat.
5. Letak atas lapik yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
6. Setelah siap, panaskan minyak masak dan goreng menggunakan api sederhana panasnya sehingga kuih keria kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Biarkan sejuk.
Adunan keria siap dibulat-bulatkan.
CARA MENYALUT KUIH KERIA
1. Masukkan gula pasir dan air dalam kuali dan kacau sehingga gula pekat. Guna api sederhana.
2. Kemudian, masukkan keria dan gaul rata sehingga adunan gula tadi melekat sempurna.
3.Tutup api apabila gula hampir kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
4. Hidang dan kuih keria sedia untuk dinikmati.
Ads
Keria yang telah siap disalut gula.Siap!
TIP: Kalau guna keledek oren, sila lebihkan kuantiti tepung gandum sebab keledek oren sangat lembut. Gula juga boleh digantikan dengan gula melaka.
Cekodok jagung lemak manis ini paling sesuai dibuat waktu petang. Makan pula waktu cekodok tengah panas lagilah sedap.
Rasanya yang lemak manis, di samping butiran jagung di dalamnya memang takkan cukup makan seketul dua. Membuatnya juga mudah, tak perlu gunakan air panas pun hasilnya tetap kembung elok. Lagi satu waktu goreng bau harum jagung buat kita tak sabar nak makan.
Cara Buat Cekodok Jagung Lemak Manis
Bahan-bahan cekodok jagung lemak manis
1/2 kg tepung gandum
1 tin jagung manis
2 sudu makan sus pekat
1 sudu makan mentega atau marjerin
5 sudu gula pasir
1 sudu makan mauripan
Air secukupnya
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan kering ke dalam satu bekas iaitu tepung gandum, gula pasir dan mauripan. Gaul sehingga sebati.
2. Masukkan bahan basah iaitu jagung manis, susu pekat dan mentega. Gaul rata.
3.Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga menjadi adunan cekodok yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Jika rasa adunan kurang manis, boleh tambahkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.
4. Perap adunan selama kira-kira setengah jam. Bekas tidak perlu ditutup, tetapi jika mahu tutup pun boleh. Selepas diperap, adunan akan naik dan mengembang.
5. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
6. Jemputkan adunan dengan hujung jari dan tolak perlahan-lahan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga cekodok kembang dan keperangan. Balik-balikkan supaya masak sekata.
7. Angkat cekodok yang telah masak dan ulang sehingga adunan habis.
TIP
Nak guna jagung segar pun boleh, tapi jagung berkrim, lagi sedap rasanya
Susu pekat atau marjerin adalah untuk memberi rasa lemak-lemak. Jika tak suka boleh abaikan.
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Resipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Hanna Rahman, beliau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah. Tidak perlu guna daun pisang. Hanya guna acuan lompang sahaja. Memang dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA BUAT LEPAT CENDOL VERSI ACUAN LOMPANG
1 cawan tepung jagung (beli online disini) 2 sudu makan tepung Hoen Kwe (beli online disini) 1 cawan gula 5 1/2 cawan santan (empunya resipi guna santan kara kotak kecil yang dibancuh dengan air. Boleh juga guna santan segar) 1 sudu teh garam Daun pandan – disimpul 1 paket kecil cendol 1 tin kacang merah (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Basuh cendol dan kacang merah. Kemudian toskan. 2. Satukan semua bahan kecuali cendol dan kacang merah di dalam periuk. Kacau sehingga semuanya sebati dan tiada ketulan. 3. Masak campuran menggunakan api kecil sehingga pekat dan mendidih (berbuih meletup-letup). Sentiasa kacau agar adunan tak berketul. 4. Kemudian masukkan cendol dan juga kacang merah. Ratakan. 5. Padamkan api dan tuang adunan ke dalam acuan lompang. Biarkan mengental. 6. Sejukkan Lepat Cendol terlebih dahulu dan sedia untuk dinikmati.
Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai. Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera. Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN TEPUNG:
3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.
Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.
Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.
Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.
Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.
INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih. Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.
Resipi Roasted Chicken Wings ala Pizza Hut yang sangat sedap, mudah dan berbaloi. Ikuti langkah lengkap untuk hasil panggang yang juicy, enak dan memikat selera keluarga.