Untitled design - 2020-01-07T133311.888

Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.

Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.

Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni.

1. PULUT INTI MANIS


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN-BAHANNYA:

Bahan inti :

  • 50 gm gula merah
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 300 gm kelapa parut /diambil putih sahaja

Bahan pulut :

  • 100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan
  • 100 ml air
  • 50 ml santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

CARA MASAK INTI :

  1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
  2. Masak hingga gula larut.
  3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
  4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.

CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :

  1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
  2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
  5. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
  6. Sedia dihidang

Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5

INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.

2. KUIH TEPUNG PELITA ASLI


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN-BAHAN :

Bahan lapisan hijau /bawah:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
  • 1 sudu teh gula bagi setiap bekas

Bahan lapisan atas/santan :

IKLAN
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:

  1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
  2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
  3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.

CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :

  1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
  2. Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.

Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.

3. KUIH ABUK -ABUK SAGU


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan biji sagu
  • 2 cawan kepala parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 10 calong daun pisang, lidi penyemat

CARA MEMASAK :

  • Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  • Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
  • Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  • Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
  • Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
  • Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
  • Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa.
Anggaran kos : RM 6

INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.

4. KUIH KOCI PULUT HITAM

IKLAN


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN INTI:

  • 2 biji kelapa
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu makan tepung gandum

CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.

NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.

BAHAN DOH KOCI:

  • 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
  • 500gm tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • Air secukupnya

CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).

BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras

CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.

BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi

CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.

Kredit resipi & foto: Izza Howzin

IKLAN

5. KUIH NAGASARI


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 camca besar penuh tepung jagung
  • 2 camca besar rata gula
  • 1/2 camca teh garam
  • Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
  • Daun pisang secukupnya
  • Pisang nangka (atau apa shj yg sedap)

CARA MEMASAKYA 🙂
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata.
2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental.
3. Kemudian matikan api. Biar suam.
Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai.
4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja.
5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….

Kredit :FB : Buku Resipi Online

6. PULUT PANGGANG


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut (rendam semalaman)
  • 1 liter santan cair
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.

BAHAN INTI:

  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 biji bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 50 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 2 sudu makan cili boh
  • ½ biji kelapa parut
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cm lengkuas (kisar)
  • 1 cm kunyit (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membungkus

CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.

CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.

7. LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an


7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 Kg tepung pulut
  • 3 cawan Gula merah
  • 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
  • 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

CARA MEMASAK :
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI