Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Istimewanya resipi ni, walaupun kuihnya sudah sejuk, tetap terasa sedap dan lembut. Malah sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
BAHAN INTI: 150gm daging kisar 1/2 biji bawang besar – potong dadu 2 ulas bawang putih – potong dadu 1/2 sudu makan cili kisar – beli online disini 1 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini Sedikit garam, gula dan perasa
BAHAN HIASAN: Daun sup – hiris halus Cili merah – hiris serong
CARA MEMASAK INTI: 1.Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan hiris dan cili kisar hingga garing. 2. Masukkan rempah kari. Tumis lagi. 3. Seterusnya masukkan daging kisar, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Masak hingga kering. 4. Inti siap dimasak. Biarkan sejuk seketika.
CARA MEMASAK KUIH CARA BERLAUK: 1. Satukan bahan-bahan adunan tepung. Kacau sebati. Masukkan ke dalam blender dan kisar supaya semua bahan bercampur rata dan tidak berketul. Masukkan ke dalam jug. 2. Panaskan acuan bahulu atau acuan kuih cara guna api sederhana besar. 3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Bila acuan sudah panas, tuang adunan tepung. 4. Masukkan inti dengan secukupnya, tabur daun sup dan letak hirisan cili merah. Tutup acuan guna tutup periuk.
5. Biarkan kuih seketika dalam 4-5 minit. Apabila kuih sudah masak sekata, kuarkan kuih dari acuan dengan menggunakan sudu.
6. Ulang proses hingga adunan habis. 7. Kuih Cara Berlauk sedia untuk dinikmati.
Anda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.
1.Tulang Rusuk Lembu Masak Hitam
BAHAN-BAHAN :
4 kg tulang rusuk/siap direbus dengan air selama 3 jam
250 ml ml air rebusan daging
300 gm bawang besar /dikisar
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan jintan putih
50 gm kicap pekat
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml. 4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan. 5. Masukkan asam keping dan kicap pekat 6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. 7. Biarkan daging betul-betul empuk 8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.
2.Mousakka Kambing
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato. 2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi. 3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk. 4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu. 5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap) 6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang 7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu 8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi 9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
3.Gulai Kawah Betis Kambing (Lamb Shank)
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya. 2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging 4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan 5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit 6. Biarkan daging empuk 7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
4.Rendang Daging Shepherd Pie
BAHAN-BAHAN:
4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
300 gm bawang besar /dikisar
7 ulas bawang putih/dikisar
5 sm halia /dikisar
2 sm lengkuas/ dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
4 sudu makan serbuk cili
4 batang serai /diketuk
200 gm kerisek
2 keping asam keping
1 biji santan kelapa
Bahan B:
5 biji kentang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau. 3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. 4. Kemudian masukkan daging dan didihkan 5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam. 6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil. 7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi 8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek 9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi 10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius 11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Reneh dan bakar Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.
5. Ayam Panggang Gulung Madu & Sos Percik Berkeju
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
4 keping paha ayam tanpa tulang (chicken chop)
1 ketul dada ayam /dicincang
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 sudu makan madu
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
2 biji bawang besar India
1 sm hali
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sm kunyit hidup
1/2 biji kelapa (santannya)
50 gm keju mozzarella @ keju cheddar
CARA MEMASAK : Cara membuat ayam gulung : 1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam. 2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati. 3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’. 4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap Cara membuat kuah percik : 5. Kisar semua bahan B 6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar. 7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi 8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika. 9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa 10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut. 11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu. 12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi 13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Orang kita bila bab makan kambing, memang nombor satu. Resipi yang dikongsikan ini, memang akan kena dengan tekak orang Melayu kita.
Resipi kambing paratal olahan bersantan yang dikongsikan Ben Safwan ini, menggunakan kerisik, daun pandan, santan segar dan kentang.
Jika diikutkan resipi asal tidak menggunakan santan, tapi rupanya lagi sedap bila masukkan santan.
Buat makan dengan roti canai, nasi putih, nasi minyak, roti biasa. Aduhai memang best. Api kena kecil supaya tak hangus rempah yang buatkan gulai rasa pahit.
10 sudu makan rempah kari daging – beli online di sini 5 sudu makan serbuk cili Babas 3 sudu makan serbuk ketumbar 2 biji cili besar – beli online di sini 3-4 biji kentang | dipotong empat – beli online di sini ½ keping gula melaka kepingan besar 3 sudu makan sos tomato – beli online di sini 2 sudu makan sos tiram – beli online di sini 1 sudu makan kicap pekat 500gram santan pekat 1 sudu teh garam sedikit membukit ½ sudu teh gula 1 sudu teh serbuk cukup rasa
CARA MASAK:
1. Kisar bahan kecuali daging kambing dengan air minika atau minyak ya. Kambing 3kg masuk dalam pressure cooker 35 minit dahulu. 2. Panaskan 3 senduk minyak dalam periuk. Kalau lebih, tak apa di akhir proses boleh keluarkan.
3. Tumis kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang bersama daun kari. 4. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak, masukkan 10 sudu makan rempah kari daging sukatan biasa tak perlu membukit sangat, 5 sudu makan serbuk cili Babas, 3 sudu makan serbuk ketumbar.
5. Tunggu pecah minyak berulang kali dengan api kecil baru masukkan 2 biji cili besar, 3-4 biji kentang, ½ keping gula melaka, 3 sudu makan sos tomato, 2 sudu makan sos tiram,1 sudu makan kicap pekat.
6. Masukkan kambing dan masukkan 500gram santan pekat. Perasakan dulu dengan 1 sudu teh garam sedikit membukit,1/2 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk cukup rasa. 7. Masak dengan api kecil hingga mulai kering. Dalam 30-45 minit. Sesuaikan rasa untuk peringkat terakhir dan boleh tabur daun ketumbar.
Daging salai masak lemak cili padi ini memang kegemaran ramai.Daging salainya penuh aroma asap dan dagingnya juga tak kering. Masih lembut di dalam.
Selain rebung, daging Salai ini boleh digabungkan dengan sayuran lain seperti ubi kentang, pisang muda dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
Tak susah pun nak masak daging salai masak lemak cili padi dengan rebung ni. Cubalah.
Cara Membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung:
Mula-mula bersihkan rebung dan rebus kira-kira 10 minit, kemudian tutup api dan toskan. Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili padi dan cili merah besar hingga hancur.
Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk (tak perlu tumis guna minyak). Masukkan rebung yang sudah direbus. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air jika perlu.
Setelah itu, masukkan pula daging salai yang sudah dipotong.
Gaul rata rebung dan daging salai. Kemudian, masukkan air secukupnya untuk kuah. Masak rebung dan daging salai itu lagi.
Setelah itu, masukkan santan pekat dan kacau sebati.
Masukkan pula daun salam, asam gelugur dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.
Biarkan kuah masak dan pekat. Tambah garam secukup rasa. Masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata. Perlahankan api, biar ia mereneh seketika.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.