Bagi anda yang sukakan lauk pauk pedas bercili, resipi Tumis Ayam Serai ni memang harus dicuba. Cara menyediakannya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Namun rasanya sangat mantul! Sekali cuba resipi perkongsian saudari Noratiqah Nordin ni pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK MENU TUMIS AYAM SERAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam – potong kecil Cili padi – ikut kuantiti kepedasan yang dikehendaki 2 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 batang serai – diketuk 2 helai daun limau 2 sudu sos tiram – beli online disini Garam secukup rasa Sedikit gula – beli online disini Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga halus. Boleh pilih sama ada nak guna blender, chopper atau lesung batu.
Ads
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Jangan sampai garing kerana nanti ayam akan keras.
3. Goreng ayam hingga sebegini.
4. Panaskan minyak masak yang sama. Buang sedikit minyak jika terlalu banyak.
5. Tumis bahan yang telah dikisar tadi. Masak hingga wangi dan sedikit garing.
6. Masukkan serai yang telah diketuk. Tumis lagi seketika.
7. Tambahkan juga daun limau purut. Gaul rata.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Kemudian masukkan pula sos tiram, garam secukup rasa dan sedikit gula bagi menyeimbangkan rasa.
10. Jika suka lauk yang berkuah, masukkan sedikit air. Tak nak letak pun tidak mengapa.
11. Tumis Ayam Serai siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi dan telur dadar.
Syawal dah habis tapi masih rasa nak makan lemang dan ketupat? Ha..meh cuba resipi ni. Menerusi perkongsian saudari Khairani Binti Ismail, beliau berkongsi cara-cara membuat lemang atau ketupat lemak versi homemade. Memang mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya masak guna plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas. Jom cuba!
RESIPI PULUT LEMANG / KETUPAT LEMAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – anggaran 1 kg
Secubit garam
1 keping asam gelugur
Daun pandan – disimpul
Plastik bersesuaian
1 kotak santan
Air secukupnya
Sedikit gula – ikut citarasa. Nak abaikan pun tak apa.
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan. Biarkan selama 5 jam. Jika guna beras pulut susu, rendam sekejap sahaja.
2. Isi beras pulut ke dalam plastik. Jangan letak penuh supaya bila dimasak, santan boleh meresap pada pulut.
Plastik aiskrim boleh digantikan dengan plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas.
3. Cucuk lubang pada plastik pulut tadi.
4. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan dan air sehingga pulut tenggelam. Tambah sedikit gula ikut citarasa masing-masing. Tutup periuk dan tunggu hingga masak.
5. Ketupat /lemang homemade ni dah masak bila air dah kering, santan putih-putih dan tak ada dan jadi berminyak.
6. Angkat, biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati bersama rendang.
INFO: Bila pulut hampir masak, tolak beras pulut supaya padat di dalam plastik kemudian ikat balik. ( supaya teksturnya lemak, lembut dan gebu.)
Kuetiau Kung Fu menu yang sesuai untuk makan malam. Makan panas-panas ada pula kicap cili potong memang mantap.
Letak segala jenis sayuran dan juga haiwan, mesti meriah dan menyelerakan.
Kalau ada stok yee mee dekat rumah boleh jadikan alternatif selain kuetiau. Memang sedap pasti tak menyesal kalau buat.
KUETIAU KUNG FU
BAHAN-BAHAN (untuk 3 orang makan):
500 gm kuey teow/ 3 keping yee mee
3 biji telur
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Pukul 1 biji telur dgn lada sulah hingga rata dan masukkan kuetiau anggaran seorang makan kacau rata. Goreng hingga garing. Angkat dan Ketepikan.
BAHAN-BAHAN KUAH:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
1 mangkuk isi ayam
5 ekor udang
3 ekor sotong
1 batang karot dihiris
2 pohon sayur sawi
1 mangkuk bunga kubis
1 sdk lada sulah
1 kiub ayam
1 1/2 sdb tepung jagung + air sikit
Air anggaran 4 cawan
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan udang.
Setelah mendidih, masukkan bunga kubis, carrot dan sayur sawi.
Akhir sekali, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
Masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
Tuang kuah atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Tabur bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dihidangkan.
Anda pernah buat kek ikan/ fishcake homemade? Ha..mesti ada yang tak pernah buat kan? Mudah je nak buat kek ikan ni. Malah rasanya pun lebih sedap dari yang dibeli. Malah kebersihan lebih terjamin dan diyakini halal. Rasa pun sangat sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Yati Mohd ni. Puan-puan pasti puas hati.
CARA-CARA BUAT FISHCAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri bunga ( yang ada bintik)
1 sudu makan tepung jagung – lebih sikit tak apa
Garam secukup rasa – bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
1 sudu teh lada sulah
Sedikit ajinomoto (optional)
CARA MEMASAK:
1. Pipiskan @ potong isi ikan depan belakang ikan. Macam dalam gambar.
2. Guna sudu dan korekkan isi ikan yang melekat pada tulang.
3. Satukan isi ikan, tepung jagung, lada sulah dan ajinomoto. Gaul sebati. Kemudian masukkan air garam sedikit untuk sebatikan bahan-bahan.
4. Tumbuk isi ikan sambil dimasukkan air garam sikit-sikit. Tak payah guna sampai habis air garam tu. Asalkan isi ikan jadi kenyal sudah memadai.
5. Ni hasil isi ikan yang cukup kenyal. Yang penting ikan mesti segar dan cara tumbuk ikan kena betul.
6. Letakkan plastik dalam loyang. Masukkan isi ikan. Tekan-tekan bagi padat. Guna sudu yang dah sapu sikit minyak.
7. Panaskan kukusan dan masukkan loyang. Kukus dalam 10 – 15 minit menggunakan api besar.
8. Apabila dah masak, keluarkan isi ikan kukus tadi. Biar suam sedikit barulah dipotong panjang.
9. Panaskan minyak dan goreng kepingan fishcake tadi dengan api sedang. Jangan bagi garing.
10. Toskan minyak dan boleh dinikmati mengikut citarasa.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.