Kuih muihMelayu memang pelbagai dan enak-enak belaka. Salah satu yang mudah dibuat adalah Kuih Bom atau juga dikenali sebagai Onde-Onde Bijan. Resipi perkongsian saudari Surainah Hussin ni nampak sedap dan senang. Malah menurut empunya resipinya juga, kuih ini memang lembut, sedap malah tidak liat walaupun sejuk. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
Cucur jawa atau kuih topi juga dikenali sebagai penyaram antara kuih tradisi kegemaran ramai.
Disebabkan itu ramai juga yang cuba buat sendiri. Tapi selalu saja dengar rungutan dah cuba buat tapi tak menjadi! Kuih tak kembang atau bahagian tepi tak berkedut seperti yang sepatutnya.
Bagi memastikan kuih cucur jawa ini menjadi dengan cantik perlu latihan atau kena buat banyak kali. Jadi cuba lagi, boleh ikut pula resipi yang dikongsi oleh Norhamah Said. Resipi ini gunakan santan jadi rasanya lebih berlemak.
Tip Buat Cucur Jawa Supaya Menjadi Cantik
Bahan-bahan
1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)
1 paket tepung beras
2 cawang tepung gandum
1 cawan gula putih
100 ml santan
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih & santan dalam satu bekas dan gaul.
2. Masukkan gula merah yang telah sejuk dan gaul. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati & adunan tak berketul-ketul. Jangan terlalu cair. Siap untuk digoreng.
Walau hebat mana kuih moden, tidak mampu melawan keenakan kuih lama yang sememangnya punyai keistimewaan yang tiada tandingan. Mungkin agak remeh membuatnya berbanding kuih moden tetapi rasanya memang tidak boleh dipertikaikan. Seperti kuih bengkang ini kalau ikut cara lama kena kisar beras untuk membuat bengkang beras ini. Hasilnya jadi elok dan rasanya super enak.
Apam Kampung memang punya ramai peminat. Lebih-lebih lagi kalau resipi yang dikongsi sangat mudah dan hasilnya begitu gebu. Teruja! Bagi anda yang tercari-cari resipi Apam Kampung yang sedap, gebu dan elok bersarang, resipi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI APAM KAMPUNG GEBU BERSARANG
BAHAN A:
1/2 cawan gula pasir – beli online DISINI
2 keping nise / gula Melaka – beli online DISINI
1 sudu teh garam – beli online DISINI
2 helai daun pandan – disimpul – beli online DISINI
2 cawan air
BAHAN B:
3 cawan tepung gandum – beli online DISINI
1 paket yis mauripan – beli online DISINI
BAHAN C:
Kelapa putih parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan-bahan A. Masak sehingga gula hancur. Kemudian sejukkan.
2. Gaulkan sebati kedua bahan B. Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi. Kacau hingga sebati kemudian perap selama 1 jam.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!