Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo. Ia juga dikenali dengan nama Apam Manja. Nak cuba? Ini resipinya.

 

APAM TOKYO/MANJA

Resipi Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan. Lemak, Manis Memang Sedap!

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:

  • 1 cawan tepung gandum – diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik – diayak bersama tepung
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan marjerin cair
  • Secubit garam

 

BAHAN INTI KASTARD PANDAN:

Resipi Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan. Lemak, Manis Memang Sedap!

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan air pati pandan pekat
  • 1 cawan santan
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.

IKLAN

2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.

3. Padamkan api dan sejukkan inti.

4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.

5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.

Resipi Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan. Lemak, Manis Memang Sedap!

6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.

Resipi Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan. Lemak, Manis Memang Sedap!

IKLAN

7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.

Resipi Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan. Lemak, Manis Memang Sedap!

8. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Apam Tokyo Berinti Kastard Pandan. Lemak, Manis Memang Sedap!

 

Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.

IKLAN

 

BAHAN UNTUK INTI KASTARD:

  • 1/2 cawan tepung gandum – diayak
  • 1 sudu makan tepung kastard – diayak
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan susu kotak/cair
  • 1 sudu teh pewarna
  • Sedikit esen vanilla

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.

 

BAHAN INTI KAYA:

  • 60gm gula
  • 125ml air panas
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 170gm gula
  • 300ml santan
  • 3 biji telur
  • Daun pandan
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
  2. Satukan semua bahan lain dan bancuh hingga larut.
  3. Tuang abncuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
  4. Jika nak hasilkan kaya yang seperti yang dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin.

 

Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.

Kredit resipi & foto: Izza Howzin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI