Kalau ke gerai makan, menuKuetiau Kungfu adalah menu yang digemari ramai.
Bukan sahaja orang dewasa yang suka, malah kanak-kanak juga menggemari hidangan ini dek kerana rasanya yang tidal pedas. Nak rasa lebih ‘hangat’ nikmatilah bersama cili potong. Memamng terangkat!
Jom masak menu ni hari ni. Anda sebenarnya boleh je masak menu ni di rumah secara homemade. Hasilnya lebih istimewa dan sedap. Kos pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Afy Al Habibini. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUETIAU KUNGFU
SIMPLE TAPI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan kuetiau
1 biji telur
2 sudu makan putih telur
3 ulas bawang putih – tumbuk
Isi ayam secukupnya – hiris
4-5 ekor sotong
1 mangkuk kecil bunga kubis – hiris kecil
Sedikit kailan – potong kecil
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Ambil kuetiau dan bilas dengan air panas. Toskan. 2. Letak kuetiau dalam pinggan. Pecahkan telur, perasakan dengan secubit dua garam dan lada sulah. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Seterusnya, tumis bawang putih hingga keperangan. Masukkan isi ayam dan biar masak seketika. Kemudian masukkan sotong.
5. Masukkan 1/2 sudu teh serbuk lada sulah dan secubit serbuk lada hitam.
6. Tambahkan juga secubit dua serbuk rempah sup. Kacau rata.
7. Kemudian masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga bunga kubis lembut menggunakan api perlahan.
8. Tuang bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki.
9. Perasakan kuah dengan sedikit garam dan juga gula.
10. Selepas rasanya cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
11. Tambahkan kailan dan lobak merah. Masak seketika hingga sayur sedikit lembut. Padamkan api.
12. Tuang kuah ke dalam pinggan kuetiau yang telah digoreng tadi.
Memang sedap tau spring roll ni. Rasa moden dengan cita rasa Itali tapi diletakkan dalam kulit popia. Dimakan pula dengan keju, memang cukup menyelerakan. RASA kongsikan resipinya. Bolehlah korang try,
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Mi Hokkien versi halal? Wahh bolehlah cuba di rumah sebab selalu nampak resipi ni yang versi tak halal sahaja selalu di jual di kedai makan Cina. Teringin lepas ni bolehlah buat sendiri. Cara nak buat resipi Mi Hokkien ni pun sangat mudah dan ringkas yang paling penting masih sedap rasanya walaupun dah di tukar ke versi halal.
Jom kita cuba resipi penuh Mi Hokkien ni yang telah dikongsikan oleh Hasniza Hassan.
MI HOKKIEN
BAHAN-BAHAN:
1 pek mi kuning (rendam dengan air panas lebih kurang 30 minit, letakkan sedikit garam)
Udang
Ayam
Bebola ikan atau ayam
3 ulas bawang putih (dicincang)
4 sudu makan dark caramel sos – guna jenama ini, dijamin Halal
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar serbuk ikan bilis (goreng ikan bilis dengan minyak dan kisarkan)
Sawi
Kubis cina
Garam
1 1/2 cawan stok ayam
CARA PENYEDIAAN:
Rendam mi dengan air panas selama 30 minit sebelum memasak.
Goreng ayam, udang dan bebola secara berasingan dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang sehingga wangi. Kemudian, masukkan mi dan gaul rata.
Selepas itu, masukkan dark caramel sos, kicap cair dan serbuk ikan bilis.
Perasakan dengan garam dan gaul rata. Selepas itu, masukkan sawi dan kubis bunga.
Masukkan udang, ayam dan bebola. Gaul rata dan tuangkan stok ayam. Tutup dan biarkan selama beberapa minit.
Kredit: Hasniza Hassan
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Puas makan cara melayu, hari ni tekak terasa nak menikmati menu barat pula. Selain spagheti dimasak begitu sahaja boleh pelbagaikan cara dengan meletakkan bebola daging bakar. Barulah terasa kenikmatan spagheti tersebut.
Spagheti Bebola Daging Bakar
Bahan-bahan:-
250gm spagheti direbus hingga kembang & ditoskan
Bahan-bahan sos: Bahan-bahan tumis:-
2 ulas bawang besar didadu
4 ulas bawang putih dihiris
2 tin sos tradisional spagheti
1 sudu makan pes tomyam
5 helai daun bay
Bebola daging secukupnya
Sedikit herba Itali
1 sudu makan mentega
Minyak zaitun secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan-bahan segar
Daun coriander
Daun ketumbar
Cili hijau
1.Panaskan minyak zaitun & mentega
2.Masukkan bawang & tumis hingga naik bau
3.Masukkan daun bay
4.Masukkan bebola daging
5.Masukkan sos spagheti
6.Masukkan pes tomyam, kacau & sebatikan
7.Masukkan herba Itali
8. Sos mendidih. Tutup api
9.Masukkan garam secukupnya
10.Panaskan oven pada suhu 180’C
11.Sediakan bekas tahan ketuhar Masukkan sos sahaja di bahagian bawah bekas
12.Diikuti spagheti yang telah direbus
13. Taburkan cheese mozarella . Curahkan lebihan sos & bebola daging
14.Taburkan cheese parmesan, cili hijau, daun bay & oregano di atasnya
15.Bakar pada suhu 180’C selama 25 minit.
Sedap dihidangkan dengan roti bakar bawang putih.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @misadessertparlour